Assalamualaikum dan terima kash diucapkan kepada semua 27 orang peserta termasuk 6 orang peserta dari Brunei yang menyertai misi mengibarkan jalur gemilang terbesar dan terpanjang di Everest Base Camp dan juga pihak organizer iaitu Summit Attack Resources.

Kesemua 27 orang peserta ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada di antara mereka adalah wartawan, doktor, jururawat, ahli perniagaan, pelakon dan sebagainya yang sedikit sebanyak menyumbang kepada kekuatan kepada kumpulan kami. 

Trip ini bermula dari tarikh 31 Ogos 2019 dan akan berakhir pada 16 September 2019. Sengaja kami pilih tarikh tersebut sebab kedua tarikh tersebut mempunyai makna yang besar kepada Malaysia di mana tarikh 31 Ogos merupakan tarikh seluruh rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan manakala tarikh 16 September pula merupakan tarikh di mana tertubuhnya Negara kita, Malaysia. 

Kami mula berkumpul di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) seawal jam 5 pagi untuk penyerahan baju jaket, T shirt team dan passport. 

Setelah selesai urusan check in, kami berkumpul semula untuk majlis perasmian dan pelepasan yang disempurnakan oleh Tan Sri Datuk Panglima Lee Lam Thye yang merupakan seorang aktivis sosial.


TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)
Add caption

Tidak ketinggalan juga, penyanyi lagenda tanah air kita iaitu Amy Search yang turut hadir menghantar dan memberi sedikit kata-kata semangat kepada kami di airport. 

Jam 10.50 pagi flight kami mula bergerak menuju ke Kathmandu, Nepal. Boleh nampak wajah teruja semua peserta.

Perjalanan kami menuju ke Kathmandu mengambil masa lebih kurang 4 jam dan kami tiba di Tribhuvan International Airport, Kathmandu pada jam 1.25 tengah hari. 

TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Kali terakhir Hani datang ke Katmandu adalah pada tahun 2015 dan Hani boleh nampak sedikit sebanyak kemajuan yang ada pada airport ini. 

Kami bernasib baik sebab antara yang terawal tiba di airport. Suasana di airport yang tak terlalu sibuk dan tak begitu ramai orang memudahkan pergerakan kami. 

Proses membuat visa juga berjalan dengan lancar. Team kami yang dari Brunei perlu membuat visa sebaik tiba di airport memandangkan mereka tiada Nepal Embassy di Brunei. Tapi tak perlu risau sebab proses membuat visa upon arrival cuma mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Mungkin sebab orang tak begitu ramai.

Kedatangan Kami disambut oleh Ganesh iaitu guide tempatan dengan kalungan bunga sebagai simbolik penghargaan mereka kepada kami yang sudi datang ke negara mereka. 


TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Kami dibawa ke Hotel Dom Himalaya yang terletak di Thamel. 

Thamel merupakan main city di Kathmandu. Anda boleh lihat pelbagai kedai yang menjual barang outdoor, jewelry dan handcraft di sini. Anda juga boleh menikmati nightlife di sini sebab ada banyak bar di sekitar Thamel.

Selesai check in, kami di minta berkumpul untuk sesi taklimat. 

TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Selepas sesi taklimat, kami diberi peluang untuk 'berpeleseran' di sekitar Kathmandu.

Of course perkara pertama yang kami cari adalah money changers, kemudian kedai simkad.

Oh ya, untuk beli simkad di sini, mereka perlukan gambar ukuran passport. Kalau anda terlupa nak bawa gambar ukuran passport, jangan risau. Mereka akan snap gambar anda terus dari kedai tanpa mengenakan sebarang bayaran.

It just, mereka punya procedure kena ada gambar ukuran passport untuk setiap pembeli simkad.

Kami sempat megisi perut di Anatolia. Antara restoran halal yang menjadi favourite kami di sini. 

Selepas selesai mengisi perut, melawat kedai-kedai outdoor di sekitar Thamel. Terlalu banyak kedai outdoor di sini dan harga barang dalam kategori murah.


TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Hani aim nak beli kasut hiking sebab kasut yang Hani ada tu bukan goretex. Penting sebenarnya pakai kasut goretex sebab boleh protect kaki dari basah terkena salji, air sungai atau hujan.

Sebab bila kaki kita sejuk, tendency untuk kena frostbite adalah tinggi. Sebab itu Hani sangat mementingkan kualiti kasut.

Seriously, mental anda boleh terjejas hanya kerana kesilapan teknikal yang sedikit. This is what happened to me masa Hani panjat Siguniang before this dan Hani tak mahu kesilapan yang sama berlaku kali ini. 

Ya, memang orang cakap kena test dulu kasut beberapa kali sebelum betul-betul guna tapi tak apa. Since I am a risk taker, Hani pasrah sebab nak dapat harga murah punya pasal.

Ya lah, harga barang outdoor di Kathmandu sangat murah. Rasa bodoh nanti kalau tak beli. huhu..

Hani sempat temankan Wadi beli sepasang kasut La Sportiva dengan pole jenama Black Diamond. Mulanya Hani nak ambil juga kasut La Sportiva tapi tak ada saiz Hani. 

It's ok, Hani boleh cuba kasut The North Face. 

Antara kasut goretex yang bagus pada pendapat Hani adalah La Sportiva. Seriously!

Harga kasut La Sportiva yang Wadi beli tu agak murah dan memuaskan. Untuk sepasang kasut La Sportiva yang dijual dengan harga RM900 di website La Sportiva sendiri, kami boleh dapat dengan harga RM567 di sini. Original ya... Siap dapat free stoking lagi. Kat ebay pun orang jual RM700 something.

Selesai shopping, kami semua pulang ke hotel untuk berehat sementara Huda, iaitu wakil medik kami mula buka ‘klinik’ untuk check tahap kesihatan masing-masing sebelum tiba hari pendakian. 

TRAVEL WITH HANI: TRAVELOG EVEREST BASE CAMP 2019 BERSAMA AZHAN RANI (HARI PERTAMA)

Hari pertama kami berakhir dan alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar. Masing-masing pun masih lagi excited. 

Kita tengok hari pendakian nanti pula sama ada semua orang akan kekal excited atau tidak. Haha...


0 Comments