Pokhara merupakan sebuah kawasan tanah tinggi yang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak sambil menikmati keindahan semulajadi yang terdapat di sini. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di Pokhara termasuklah mendaki, white water rafting, paragliding, bungee jumping, zip lining dan sebangainya. 

Bagi anda yang ingin ke Pokhara, anda boleh memilih untuk menggunakan laluan udara, darat atau
air. Untuk trip ini, kami memilih laluan darat dan air dimana kami bertolak dari Kathmandu (Capital City of Nepal) dengan menaiki kereta seterusnya kami menyusuri Sungai Trishuli dengan melakukan white water rafting hingga ke Pokhara. Apa yang mengagumkan kami adalah keindahan air sungai yang mengalir di antara gunung ganang dan kejernihan air sungai yang langsung tidak tercemar. 

Misi Jelajah Pokhara, Nepal


Antara aktiviti yang kami lakukan di Pokhara termasuklah mendaki hingga ke Sarangkot dimana perjalanan kami bermula dari Naudanda (hiking starting point) sejauh 10KM. Kepenatan berjalan hilang kerana kami sangat terhibur dengan keindahan alam sekitar dan keunikan perkampungan masyarakat tempatan di sini. 

Misi Jelajah Pokhara, Nepal
Bersama penduduk Naudanda yang terserempak dengan kami. Mereka sangat sporting

Di Sarangkot, kami melakukan zip line dan bungee jump. Zip Line di sini merupakan yang tertinggi, terpanjang dan terlaju di dunia dengan penurunan menegak 600 meter, kepanjangan 1,8 meter dan kelajuan 120 km/j. Dalam masa 2 minit, anda dapat melihat keindahan Gunung Annapurna yang merupakan gunung kesepuluh tertinggi di dunia dan pemandangan yang sangat cantik di sekitar Pokhara. Di tempat yang sama juga, kami melakukan bungee jump dengan penurunan menegak 70 meter selama 3 saat. Kos untuk melakukan kedua-dua aktiviti ini adalah 100USD. 

Misi Jelajah Pokhara, Nepal


Selain daripada aktiviti sukan extreme, terdapat jugak tempat-tempat menarik lain yang anda boleh lawati sekitar Pokhara. Salah satu tempat yang saya rasakan sangat unik adalah Peace Temple dan Phewa Lake. Buat pertama kali saya dapat melihat dengan mata saya bagaimana sami-sami dari Jepun melakukan pemujaan ketika matahari terbit disamping saya dapat lihat keindahan Pokhara ketika matahari terbit. Peace Temple terletak di atas puncak Bukit Ananda yang berketinggian 1100 meter di mana anda perlu mendaki tangga untuk sampai ke atas. Dari atas puncak, anda dapat melihat Banjaran Himalaya, sekitar Bandar Pokhara dan Tasik Phewa. Peace Temple sangat terkenal dengan tarikan pelancong dan ramai jurugambar yang datang ke sini untuk medapatkan the best shoot of Annapurna Mountains. 


Misi Jelajah Pokhara, Nepal
Nampak tak Banjaran Himalaya dan Annapurna? Photographer: Amir

Misi Jelajah Pokhara, Nepal
Sampan. Photographer: Amir