Busan merupakan bandar kedua terbesar di Korea yang terletak di bahagian selatan South Korea. Busan terkenal sebagai sebuah bandar pelabuhan yang kelima tersibuk di dunia. Pada bulan October hingga November merupakan waktu yang sesuai untuk travel ke Busan with clear skies and pleasant temperature. I've been in Busan but that was in Winter. Pada saya yang pertama kali travel time winter memang menggigil kesejukan walaupun memakai lima lapis baju. Hakikatnya waktu itu suhu hanyalah 11 darjah celcius tapi angin yang kuat menyebabkan kami menggigil kesejukan. 

Travel: Busan, the Port City of South Korea

Untuk anda yang sedang membuat research sebagai persediaan travel ke Busan, saya cadangkan anda menggunakan khidmat Busan City Tour Bus. Lebih mudah. Just pay 15,000 Won dan anda akan dibawa melawat ke seluruh bandar mengikut pakej yang anda pilih dengan menaiki bas. Sekiranya anda berminat untuk explore sejarah dan culture, anda boleh memilih pakej History and Culture Exploration Tour di mana anda akan dibawa melawat ke semua tempat sejarah dan culture yang terdapat di Busan seperti muzium, temple dan sebangainya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh check kat website ini http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_4_10_2.jsp. Tak perlu buang masa study banyak-banyak pasal Busan, just study pasal Busan City Tour ni pun dan cukup. Yang penting anda perlu tahu tempat apa yang anda ingin melawat, bagaimana untuk mendapatkan tiket dan bagaimana untuk ke bus station dimana tour tersebut bermula. Semua maklumat tersebut anda boleh dapat dari website yang saya sertakan di atas. 

Antara tempat menarik yang saya boleh cadangkan di sini:

Jagalchi Market
Jagalchi Market merupakan pasar ikan yang terbesar di Korea. Terdapat pelbagai makanan laut dijual di sini. Di sini anda boleh jumpa gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai jenis makanan. Terdapat satu gerai yang kami jumpa di mana mereka menjual mee goreng. Jangan risau, ianya adalah halal kerana tukang masaknya beragama Islam dari Indonesia dan bertudung. 

Travel: Busan, the Port City of South Korea
Nampak simple tapi the taste is really really good. 2 malam di Busan kami mencari mee ni. Untuk Pengetahuan, Jagalchi market tutup pukul 11 malam. 
Terdapat beberapa blog menceritakan pengalaman mereka makan King Crab di sini tapi malangnya kami tak jumpa semasa ke sana. 

BIFF Square
Tak jauh dari Jagalchi Market, anda boleh terus ke BIFF Square dengan hanya berjalan kaki. BIFF merupakan singkatan kepada Busan International Film Festival. Di sini anda boleh lihat handprints of star di sepanjang jalan yang sejauh 428 meter. Terdapat cinema, shopping centre dan nightclubs di sepanjang jalan di sini. 


Haeundae Beach
Haendae Beach merupakan pantai yang popular di Busan yang mempunyai kepanjangan berjarak 1.5 km dan lebar 30 hingga 50 meter. Sememangnya suasana sangat cantik di sini dan kami terpegun dengan burung-burung merpati yang banyak di sini tapi dalam gambar yang saya upload ni saya tak tahu ke mana burung-burung tu sembunyi. Mungkin mereka malu nak bergambar dengan saya. 

Travel: Busan, the Port City of South Korea
Nampak macam panas tapi sejuk nak mati sebab angin kuat dengan suhu 7 darjah celcius. 

Haedong Yonggungsa Temple
Actually ada kisah sejarah sikit di sebalik terjadinya temple ini di mana saya langsung tak berminat untuk ambil tahu. Kalau nak tahu juga sila google sendiri kerana saya hanya berminat dengan keunikan dan kecantikan temple ini yang dibina di atas batu tepi laut. Sekiranya anda datang awal pagi, anda akan berpeluang untuk melihat sunrise di sini. Untuk orang yang mengagumi natural beauty macam saya, pasti anda akan rasa terhibur dengan kecantikan dan kemerduan bunyi ombak yang mampu mengatasi kemerduan suara Siti Nurhaliza. 

Travel: Busan, the Port City of South Korea

Kemudian kami dibawa ke tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Busan di mana saya sendiri pun tak pasti nama tempatnya. Follow je City Tour Bus ni bawa pergi mana dan lepak lah berapa lama yang anda suka di tempat yang bus itu berhenti kerana setiap setengah jam pasti akan ada City Tour Bus datang jemput anda. So, anda tak perlu risau. Dan anda juga boleh pilih tempat mana yang anda hendak pergi. Sebagai contoh, sekiranya bus tersebut berhenti di Haedong Yonggangsa Temple tapi anda tak mahu ke situ, anda boleh just stay dalam bus tersebut dan turun di mana-mana tempat yang anda nak pergi. 

Travel: Busan, the Port City of South Korea

Jadi, kesimpulan saya di sini, sekiranya anda inginkan perjalananan yang mudah dan menjimatkan wang, sila study pasal Busan City Tour. Ok, selamat bercuti!!

Travel: Busan, the Port City of South Korea