Apa yang TWH paling suka dengan Kota Bersejarah ini adalah keunikan senibina bangunan yang ala- ala zaman dahulu kala... Boleh Fe-feeling zaman Sultan Melayu Melaka gitiewwww.... Baru-baru ni TWH dengan kawan-kawan buat "Food Hunting" dekat Melaka. Saja nak menggemukkan badan sebelum start puasa. So kami memilih untuk stay dekat Singgah De Jonker. 

Actually kami memilih untuk stay di sini sebab murah. TWH memang suka travel murah-murah ni. Setakat nak tidur jer duduk hotel murah-murah sudah la. Buat apa membazir. Lain la kalau TWH menang voucher penginapan hotel 5 bintang. Yang tu siapa yang tak suka? Anak jin pun suka... gitiewww... Ok, berbalik kepada cerita Singgah De Jonker ni, beberapa hari sebelum TWH dan kawan-kawan bertolak, kami dapat tahu dari owner Guest House tersebut bahawa dekat bilik tak ada bilik air. Bilik air kena kongsi kat luar... OHH MAII GODDD..... Nasi dah jadi bubur, kami tak boleh nak cancel. Nak murah sangat kannn!!! ambik kau... hadap je lahhh...

On that day bila kami sampai sahaja di Singgah De Jonker, terpegun sekejap. Menurut Murad (si penjaga Singgah De Jonker) bangunan tersebut berusia 35 tahun. Mereka masih mengekalkan reka bentuk bangunan zaman lama hinggakan kulat-kulat dinding pun jelas nampak seperti ukiran yang unik gitiew... Disebabkan keunikan bangunan dan layanan yang baik dari penjaga Singgah De Jonker, kami terus terlupa tentang bilik air yang seketika dahulu pernah menjadi kerisauan kami. Mandi luar pun mandi luarlah... yang penting kami happy, selesa dan enjoy. Hidup perlu diteruskan. 

Meh sini TWH share sikit gambar-gambar kenangan yang kami sempat ambil di sekitar Singgah De Jonker.

Melaka Bandar Bersejarah
Can you see the corak semula jadi dekat dinding?? haaa... kretip kan?

TWH ke Melaka mencari makanan

TWH ke Melaka mencari makanan
Pemandangan dari belakang Singgah De Jonker

TWH ke Melaka mencari makanan
Bersama Murad, si penjaga SInggah De Jonker di ruang lepak....
Ok, itu baru cerita tentang penginapan. Belum masuk lagi bab tempat makan dengan tempat melawat. Memandangkan matlamat kami ke sini adalah untuk makan, jadi kami hanya melawat tempat-tempat makan sahaja. Tak banyak tempat lain yang kami melawat melainkan kawasan-kawasan berhampiran Kota A Famosa (Tempat wajib pelacong akan pergi). Tak Melaka la kalau tak pergi A Famosa... ye dokkk??

TWH ke Melaka mencari makanan
Cuaca yang terlalu panas membuatkan kami memulakan perngembaraan kami dengan melayan cendol dulu... Boleh tahan juga la cendol dekat sini. Betul-betul sebelah Gereja atau anda boleh lihat gambar bawah ni untuk dapat gambaran kedudukan kedai cendol yang TWH maksudkan ini... 
TWH ke Melaka mencari makanan

TWH ke Melaka mencari makanan
A Famosa

Lepas puas pusing-pusing sekitar kota Melaka, kami layan asam pedas pula dekat Restoran Selera Kampung. Berhampiran dengan Menara Taming Sari.

TWH ke Melaka mencari makanan

Berbaloi-baloi makan dekat sini sebab asam pedas dia memang superb! marveles!... Setelah perut kenyang, kami gerak ke Pantai Klebang pula untuk pekena coconut shake.

TWH ke Melaka mencari makanan

Orang ramai gilosss dowhhhh... hangin jer TWH menunggu coconut shake ni sampai... dah la cuaca panas... memang menguji kesabaran TWH dan kawan-kawan. 

TWH ke Melaka mencari makanan
Layan laut yang tak berapa nak ada sangat dekat Pantai Klebang
Kemudian, malam tu kitorang pergi makan ikan bakar dekat Alai... Memang alaihaiiiii.... tak sedap langsung... dah la tu servis tak best. Lembap... sakit hati jer makan situ. Sebelum ni kitorang dah pernah makan dekat Restoran Parameswara dekat Umbai. Memang best. Tapi kali ini kami saja nak try dekat tempat lain pula sebab ada orang cakap ikan bakar dekat Alai pun sedap jugak. Tapi bagi TWH.. TWH dah banned Alai... 2 kali TWH try makan dekat Alai.. dan 2 kali jugak TWH kecewa... Sudah cukup sudah... cukup sampai di sini sahaja celoteh TWH... Kita jumpa lagi di lain hari dan di waktu yang tak sama. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

"CUTI CUTI MALAYSIA~~~"