Time bulan puasa ni TWH tak banyak berjalan. Follow rutin harian sahaja... Pergi kerja, balik kerja, pergi kelas, balik kelas.. buka puasa dekat rumah. TWH lebih selesa berbuka puasa di rumah. The reason is,

  1. berbuka puasa di rumah tak perlu nak berebut booking meja dekat retaurant.
  2. Tak perlu nak hadap 'jem' yang paling tak sedap di dunia
  3. tak perlu nak kelam kabut dan beratur di surau yang sempit untuk solat Maghrib.
  4. Lepas berbuka dah boleh bersiap pergi terawikh. Kalau TWH berbuka di luar, confirm tak pergi terawikh.
Hurmm, bulan puasa kali ni tiba-tiba TWH jadi rajin pula nak memasak... hikhikhik... Fe-feeling gadis melayu terakhir gitiewww... Hurmmm ada tanda-tanda seru dah sampai ke...?

Baru-baru ni TWH mendapat jemputan dari kawan TWH untuk main masak-masak di rumah barunya dan tema masakan kami adalah masakan kampung. TWH orang kampung. Walaupun dah 6 tahun menetap di Kuala Lumpur, lidah TWH tetap lidah orang kampung. Jadi, menu kami pada hari itu adalah ikan bakar, asam pedas, udang masak sambal, sup sayur bayam, cendawan goreng beserta akseseri-akseseri masakan yang lain...

Tadaaaa!!!!!!! dah siap... hasil titik peluh TWH dan kawan-kawan... ouh ayam dengan yong tau fu tu kami buat dekat bazar yeaa.. harap maklum!

Bibik tengah asingkan sayur....
Air Asam
First time TWH buat air asam ni. Guna resepi mak. Rupa dah sama macam mak buat tapi rasa je tak sama... Of course mak TWH buat lagi sedap. Resepi? ok, TWH share sikit resepi kat bawah ni. Tetiba blog TWH jadi blog masakan kannnn

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar dipotong halus
1 biji tomato dipotong halus
4 biji cili padi dipotong
Daun kesum
Belacan yang dibakar
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuat:
masukkan semua bahan dan gaulkan.

Simpple je kan nak buat air asam ni... so kepada yang nak try tu TWH ucapkan selamat mencuba ya...