Have you ever heard about Airbnb? Mungkin kaki travel sangat familiar dengan Airbnb. Jadi kepada mereka yang kurang familiar dengan Airbnb, let me explain to you little bit about Airbnb. 

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb

Airbnb merupakan salah satu platform yang digunakan oleh para travelers untuk mencari tempat penginapan sepajang tempoh melancong. Function dia lebih kurang macam Agoda mahupun Booking.com cuma bezanya, Airbnb lebih focus kepada mereka yang mencari rumah sebagai tempat penginapan... Atau dalam bahasa yang lebih mudah, homestay. Bergantung pada cara anda travel. Sekiranya anda travel setakat seorang atau dua orang dan lebih prefer to stay tempat budget like guesthouse or dorm, it's advisable to go through Agoda or Booking.com... Tapi sekiranya anda sedang mencari percutian family atau in group of friends around 6 person or more, you can find the accommodation through Airbnb. Lebih berbaloi dari segi kos, keselesaan dan kemudahan. 

Let me share with you my experience. TWH ada beberapa kali booking accommodation through Airbnb dan TWH suka ambil contoh my experience masa travel to Japan. We were in group in 6 people on that time. Since we know that dekat sana agak susah nak cari halal food so we decided to stay in a place where we can cook. Cari punya cari last-last kami jumpa a house dekat Roppongi. Walaupun the house agak jauh from train station dan kecil tapi kami amat berpuas hati dengan servis dan kemudahan yang ada di dalam rumah tersebut. The price pun still affordable. Tentu anda selalu dengar orang cakap kalau nak travel to Japan kena make sure that you have a lot of money because Japan is one of the most expensive country to travel. Yeah, I admit it it tapi apa yang membantu kami mengurangkan kos dalam trip ini adalah accommodation because we only pay around RM500 per person for 6 nights in Tokyo, Japan. And with that cost apa yang kami dapat?

1. Kami dapat lepak ramai-ramai dekat ruang tamu berborak, kongsi gambar, update facebook dan instagram sambil tergelak-gelak.. tengok TV sama-sama walaupun tak faham satu habuk yang pelokon tu cakap. Just imagine, kalau stay kat hotel.. satu bilik 2 orang... balik dari jalan-jalan, terus masuk bilik dan jadi antisosial.

2. Boleh main masak-masak sambil tunjuk bakat terpendam masing-masing sampai ikan terbakar dalam microwave. Nasib baik rumah tak terbakar... Cuak oooo....

3. Makan berhidang kat dapur ala-ala kat rumah sendiri.

4. Tuan rumah punya baik hati siap sediakan laptop. So dengan laptop itulah kami gunakan untuk update blog, transfer gambar dari DSLR ke pendrive serta buat research tentang tempat-tempat yang kami nak melawat.

5. Sekali lagi tuan rumah begitu baik hati menyediakan pocket wireless tanpa cas tambahan di mana kami menggunakan wireless itu untuk ke mana-mana. So kami tiada masalah untuk mencari internet access sepanjang trip kat Jepun sebab modem sentiasa dalam poket. hehe... Kalau sesat, just guna GPS atau google street view sahaja. 

6. Kami boleh beramah mesra dengan jiran-jiran seolah-olah kami ni penduduk local di Jepun sampaikan polis pun dah kenal kami siap ucap selamat pagi dalam bahasa jepun sebab setiap hari pukul 8.00 pagi kami akan keluar untuk pergi berjalan-jalan sekitar Tokyo. 

7. Ada mesin basuh di mana kami tak perlu susah-susah bawa baju banyak-banyak. Just ulang pakai baju yang sama. 

8. Buku travel, peta dan segala keperluan yang traveler perlukan tuan rumah sediakan siap-siap.

9. Dapat berwhatsapp dengan tuan rumah beberapa bulan sebelum travel date. Tuan rumah sangat informative. Tuan rumah akan update pada TWH kalau ada apa2 berlaku seperti ribut taufan... Cuaca... Suhu... tsunami dan sebagainya. TWH juga selalu tanya tuan rumah cara naik train atau mana-mana tempat yang best untuk visit. Pendek kata semua bendalah TWH tanya dia.. cuma TWH lupa tanya dia kot-kot dia ada abang atau adik yang belum berkahwin.. *gatal*

Baiklah, TWH share sikit info dan gambar-gambar rumah ni if ada di antara anda yang berminat untuk stay di sini.  

Rumah ini merupakan rumah 2 tingkat yang kecil. Biasanya rumah dekat Japan memang kecil-kecil dan orangnya pun kecil-kecil. Di tingkat bawah terdapat satu bilik, dapur, ruang tamu, bilik mandi dan tandas. Di tingkat atas pula terdapat 2 bilik, satu tandas dan beranda.

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Bilik di tingkat bawah. Boleh tidur 2 orang di sini. Kawan TWH yang merupakan pasangan suami isteri tidur di sini

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Bilik tidur di tingkat atas. TWH tidur di bilik ini dengan lagi 2 orang kawan perempuan.. so bilik ini muat untuk 3 orang actually

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Ruang tamu dan dan dapur

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Dapur yang lengkap dengan peralatan memasak. Ada mesin basuh juga

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Peti sejuk ada.. microwave ada.. coffee maker ada...

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Tandas di tingkat bawah

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Tandas di tingkat atas... Sebelah tu pintu untuk ke balkoni

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Pintu depan rumah. TWH rasa macam duduk dalam komik doraemon time ni... hehe

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Ruang tamu dan TV

Hotel Review: Tokyo, Japan through Airbnb
Bilik mandi

Nama tuan rumah: Jan atau Mink
Lokasi: Roppongi Hills, Shibuya, Minato
Link ke website: https://www.airbnb.com/