Apabila kita melalui kehidupan yang hectic di tempat kerja, kolej mahupun di rumah, pastinya kita akan memikirkan sesuatu yang dapat menggembirakan kita dan mampu membawa kita jauh dari suasana yang membencikan itu seperti pergi travel, shopping atau melakukan aktiviti kegemaran seperti berbasikal, berenang berirama dan sebagainya. TWH suka travel... TWH suka shopping dan TWH juga suka melakukan aktiviti lasak yang TWH rasa takkan menyebabkan TWH mati katak.. (terjun bangunan dari tingkat 6 tanpa memakai sebarang alat bantuan keselamatan dikira aktiviti lasak juga tapi TWH tak suka aktiviti macam tu sebab TWH tahu yang TWH takkan melihat dunia dah selepas itu). 

Kalau dulu setiap tahun pasti TWH akan selitkan sekurang-kurangnya satu slot untuk bercuti di pulau atau pantai dalam setahun tapi entah kenapa tahun ni TWH langsung tak bercuti di pulau mahupun pantai. Hari ni mood TWH nak throwback balik kenangan di pulau-pulau yang TWH pernah jejak.

Pulau Redang (Tahun 2010)

Kenangan yang tak boleh dilupakan. Kalau nak tahu, time ini adalah kali pertama TWH bercuti dengan kawan-kawan. Maklumlah baru bebas dari sangkar... hehe... Banyak betul pertama kali masa trip ni. Pertama kali TWH snorkeling... Pertama kali TWH berenang memakai jaket keselamatan... Pertama kali TWH tengok air laut yang jernih macam swimming pool.. Pertama kali TWH bercuti menggunakan duit gaji sendiri.. Baru start kijo! hehe... 

TWH Throwback Percutian di Pulau kerana Rindu

Tudiaaa... Dah nampak dah resort yang kami bakal duduk di Pulau Redang... Excited gila time ni baq hangggg.... Kalau nak tahu, TWH cuma bayar RM350 untuk pakej 3 hari 2 malam di sini. Semua di sediakan termasuk makan. TWH cuma bawa extra money dalam RM100 untuk shopping souvenir. 

Pulau Perhentian (Tahun 2011)

Time ni TWH dah pandai berenang. Cuma tak berapa confident sangat kalau nak buka jaket. Still need the jaket sebagai peneman. Gigih TWH belajar berenang dekat swimming pool semata-mata untuk trip ini. 

TWH Throwback Percutian di Pulau kerana Rindu


Ni pemandangan dari Pulau Perhentian Kecil. TWH dan kawan-kawan stay di Pulau Perhentian Besar sbb hotel di Perhentian kecil dah penuh. Untuk remaja yang suka kemeriahan better stay di Perhentian Kecil sebab Perhentian Besar lebih sesuai untuk percutian keluarga. Malam-malam agak boring tapi tenang. TWH dah lupa brapa ratus TWH bayar untuk pakej ni... Rasanya dalam 400 lebih kot untuk 3 hari 2 malam. 

Pulau Manukan, Sabah (Tahun 2012)

Kebetulan kami ke Sabah time ni, so kami ambil peluang untuk singgah bermain air di Pulau Manukan. Boleh tahan cantik jugak. Pada TWH, asal ada air laut... semuanya cantik bah... hehe

TWH Throwback Percutian di Pulau kerana Rindu

Pulau Sapi, Sabah (Tahun 2012)

After kami ke Pulau Manukan, kami singgah di Pulau Sapi pula... both cantik

TWH Throwback Percutian di Pulau kerana Rindu


Koh Sa Mui (Tahun 2013)

Ini merupakan Pulau Oversea pertama yang TWH jejak. Koh Samui merupakan sebuah pulau yang sangat cantik terletak di Thailand. TWH jatuh hati dengan Koh Samui... Terasa macam nak pergi lagi tapi macam rugi pula kalau repeat. Lebih baik TWH pergi explore Pulau Lain pula. Kalau tak silap jumlah kerugian TWH dalam trip ni lebih kurang RM800 termasuk flight, penginapan, transport, shopping, makan dan mengurut.

TWH Throwback Percutian di Pulau kerana Rindu

Maaflah... TWH kehilangan satu folder gambar-gambar di Koh Samui... Sedih! Sedih tu macam sedih kehilangan Boyfriend... 

Last.... but not least....

Pulau Maldives (Tahun 2014)

Ohhoo... Pulau ini sangat cantik seperti apa yang diperkatakan di internet... Air yang sangat jernih... pasir yang putih gebu dan halus... pulau-pulau yang sangat cantik. Tapi jiwa TWH tak kena dengan Maldives sebab TWH berjiwa backpackers.. Pulau Maldives lebih fokuskan kepada pelancong yang datang untuk berbulan madu. So, tak banyak sangat aktiviti menarik yang TWH dapat lakukan time ni melainkan menyelam sampai kembang. Kalau tak silap kos untuk trip ni lebih kurang RM3800 termasuk flight, penginapan, pakej (island hoping, fishing dan diving), makan dan beli barang souvenir. Untuk pengetahuan, barang barang souvenir dekat sini super duper mahal! fikir banyak kali kalau nak beli fridge magnet dekat orang. Yang paling bodoh dan hodoh pun dah harga RM8 after convert... Purlissss laaa....

TWH Throwback Percutian di Pulau kerana Rindu

Next pulau...... tungguuuuuuu!!!!