Nak Travel tapi Tak Ada Duit?

Ramai yang fikir kita perlu jadi kaya kalau nak travel tapi sebenarnya tidak. Tidak dinafikan, dulu pun TWH pernah terfikir macam tu. TWH asal dari keluarga sederhana tinggal di Kedah. Hanya mampu pergi Langkawi dan paling jauh pun Kuala Lumpur. Tu pun selepas 10 tahun lahir... lepas tu dah tak pergi dah sampailah habis degree. Degree pun buat dekat Kedah. Kata Mak tempat lain kos hidup tinggi, belajar dekat Kedah kos hidup lebih rendah. Maka terpaksalah TWH belajar di dalam hutan... (Cuba teka U apa dalam hutan dekat Kedah? hehe... ) Time ambil degree dulu memang TWH fokus habis habisan untuk belajar. Orang lain sibuk berjalan pergi Danok lah... Kuala Perlis lah.... Pulau Redang lah.... Thailand lah... Langkawi lah... Tapi tidak untuk TWH sebab TWH terpaksa berjimat cermat dengan duit yang ada. Ouh, waktu itu TWH adalah pemegang biasiswa satu company ni iaitu company yang TWH kerja sekarang. Dengan duit itulah TWH survive selama 4 tahun tanpa menyentuh duit dari ibu bapa langsung sebab TWH tahu yang ibu bapa TWH tak ada wang yang banyak dan TWH tak berani nak minta bimbang mereka akan susah hati. Kalau ikutkan waktu itu macam-macam TWH teringin. Budak-budak tengah nak 'up' la katakan... Pantang tengok kawan-kawan ada something, kita pun nak juga. Tapi sebenarnya semua itu mengajar TWH untuk menjadi lebih bersabar dan lebih bijak menguruskan wang walaupun TWH agak menyesal sebab waktu itu banyak benda yang TWH tak explore. Pendek kata waktu itu banyak benda yang TWH tak dapat explore disebabkan Tak Ada Duit! dan Sayang Duit!

Sebenarnya untuk travel, duit bukanlah satu isu besar. Tanpa duit pun anda tetap boleh pergi travel. Yang penting, adakah travel adalah prioriti dalam hidup anda? Orang yang meletakkan travel sebagai prioriti dalam hidup mereka akan tetap travel walaupun tanpa wang. They will find money for travel. Ini bermakna untuk travel, anda tak perlu tunggu jadi kaya. 

Jadi macam mana caranya nak travel tanpa duit yang banyak?

#Belajar di Oversea

Budak-budak lepasan SPM selalu buat kerja-kerja macam ni. Belajar rajin-rajin supaya dapat score straight A dalam SPM, lepas tu apply belajar dekat oversea. Dulu lepas SPM TWH pernah cuba apply under MARA, PETRONAS dan JPA tapi tak dapat. Result tak elok pun tapi berangan je lebih. Jadi kepada adik-adik yang teringin nak pergi travel tapi tak ada duit, sila belajar rajin-rajin mulai sekarang.

#Bekerja di Oversea

Anda dah belajar bermati-matian tapi tetap tak dapat result yang elok untuk belajar di oversea. Tak apa, jangan risau. Anda boleh apply kerja di oversea sambil travel. Terdapat beberapa pekerjaan yang anda boleh apply untuk tampung kos travel anda. Anda boleh kerja sebagai waiter, kerja kat hotel, kutip anggur (popular dekat Australia), jadi bibik ke (Orang Indon selalu buat macam ni untuk datang Malaysia), tukang kebun ke, pemandu pelancong ke, juru translate ke, cikgu English ke dan sebagainya. Mat Saleh banyak buat kerja-kerja macam ni. Ada yang sanggup lepaskan kerja selesa di office semata-mata untuk merantau. Pergi London, kerja dekat sana.. lepas tu pergi Scotland, kerja dekat sana... dan seterusnya sampai berjaya keliling dunia.. then keluarkan buku menceritakan pengalaman sepanjang jadi full time traveler. Kan best macam tu. TWH teringin nak buat macam tu tapi belum cukup keyakinan diri. TWH memang tabik spring dekat mana-mana anak melayu yang berjaya buat macam ni. So, TWH nak minta tolong sesiapa yang pernah buat macam ni, tolong komen di entry TWH ni. TWH nak minta tunjuk ajar dari anda. 

#Cheap Flight

Kalau dah tak banyak duit buatlah cara tak banyak duit. Tak payah la nak menggatal naik MAS business class pula tu. Carilah tiket-tiket flight yang murah. Janji boleh travel. Rajin-rajinlah update promo Air Asia. Kadang-kadang Air Asia akan naik gila bagi free seat dekat orang. Time tu cepat-cepatlah beli tiket. Takut habis. Actually anda juga boleh tengok-tengok tiket flight dari company lain juga seperti Tiger Airways, Cebu Airlines ke... Kalau boleh register je semua airlines yang ada. Btw, kalau anda belum ada target destination, anda boleh tunggu time promo, flight mana yang offer paling murah, then anda beli. Tapi kalau anda dah ada destination nak pergi tu, anda boleh try guna skyscanner untuk cari flight paling murah pada tarikh dan tempat yang anda nak pergi tu. 

#Cheap Hotel

Cukuplah sekadar hotel budget. Sekarang banyak negara sediakan guesthouse dan asrama untuk backpackers. Lebih murah... Simpanlah angan-angan nak stay di hotel 5 bintang. Kalau TWH stay dekat hotel 5 bintang memang TWH akan habiskan seminggu bercuti di dalam hotel je. Kalau nak honeymoon sesuai la stay hotel mahal-mahal. Satu lagi cara untuk kurangkan kos penginapan, anda boleh tebalkan muka anda untuk tumpang tidur dekat rumah kawan-kawan anda. Tapi rasanya kawan anda masti happy dan akan offer anda tidur rumah dia bila dapat tahu anda akan datang melawat dia. 

#Masak sendiri

This is the best way to save your money on the road. Seriously! Masa TWH travel dekat Jepun, kitorang masak pagi tu untuk breakfast dan bawa bekal dalam bag untuk makan tengah hari. Balik malam tu kitorang akan masak untuk dinner pula. Sebenarnya waktu tu reason kitorang masak sebab susah nak cari makanan halal tapi bila dapati cara itu sangat menjimatkan duit, trip seterusnya pun TWH prefer untuk masak sendiri. Anda tak perlu risau level masakan anda yang mungkin tak mampu menandingi level master chef sebab apa sahaja yang anda masak walaupun tak sedap tetap akan habis licin sebab bila penat, kita perlukan makanan untuk menambah tenaga. Anda boleh pilih accommodation yang sediakan dapur bagi memudahkan anda untuk memasak. Sebab itu TWH suka sewa apartment melalui Airbnb. Untuk review berkaitan Airbnb, and boleh click link ini. Atau, cara lain... anda boleh buat-buat nak jumpa kawan anda yang ada di sana. Sure dia akan belanja anda makan. hehe... 

#Guna Rail Pass

Actually anda boleh lakukan penjimatan yang banyak kalau anda guna rail pass seperti di Jepun, Europe atau Australia. Tapi masa TWH pergi Seoul dulu, TWH lagi prefer naik tour bus sebab bas tersebut akan bawa anda ke tempat-tempat menarik sekitar Seoul dengan hanya membayar 15,000 Won bersamaan RM50 sehari. Berbanding beli KR pass, kena bayar 66,000 won sehari kalau tak silap. Kalau anda ravel dalam jarak yang jauh, mungkin berbaloi untuk beli KR pass.. tapi kalau setakat dalam seoul rasanya naik tour buss pun dah memadai... 

Jangan hanya ingat orang kaya je yang boleh travel. Orang tak kaya pun masih boleh travel. Yang penting nak atau tidak. Lepas tu kena rajin buat research. TWH pun tak ada lah banyak sangat pengalaman dalam travel ni. Masih banyak lagi tempat yang TWH belum explore. Yang mana mampu TWH akan kongsikan dengan anda. Cuma tahun 2015 ni TWH terpaksa kurangkan travel ke oversea memandangkan currency negara kita dah semakin jatuh. So, explore tempat-tempat dekat Malaysia dengan Indon je laa...