Dalam entry sebelum ni TWH telah menceritakan pengalaman TWH mendaki Gunung Baling buat kali pertama. Kalau nak baca entry tu boleh klik di sini. So, for this entry, TWH nak cerita pulak pengalaman kedua TWH mendaki Gunung Baling. Kali ini TWH dan kawan-kawan cuba buat night hike pula.

Disebabkan entry kali ni lebih kepada penceritaan, rasanya TWH nak tukar kata ganti nama kepada 'aku'. Rasa macam lebih mesra gituuuuu....
Ok, aku bertolak dari Kuala Lumpur Pukul 9 malam dengan memandu kereta. Penting untuk aku merancang masa perjalanan sebab rakan-rakan seperjuangan menunggu di Seberang Perai, Penang. Kami target untuk start hike pada pukul 3.30 pagi dan alhamdulillah kami berjaya naik pukul 3.30 pagi setelah pelbagai dugaan  ditempuhi termasuklah kehilangan phone... Haihhh... Panjang kalau nak cerita pasal phone hilang ni. Sakit hati dengan diri sendiri. cisssss

Nasib baik adik ada.. dia lah yang jadi driver. Aku cuma bantai tidur sepanjang perjalanan tapi sampai di Penang aku ambil alih tugasan driving hingga ke Gunung Baling. 

Night Hike: Gunung Baling

Trek agak mencabar kali ini sebab jalan agak licin dan lembap disebabkan musim hujan ditambahi pula keadaan yang gelap. Serangga-serangga kecil pun banyak time gelap-gelap macam ni. berapa kali aku kena gigit... Marah la tu ada orang ganggu malam malam... huhu

Night Hike: Gunung Baling

Seperti biasa, setiap kali sampai di 'kem gua kepala kambing' kami akan singgah berehat sekejap... By the way, kami panggil gua kepala kambing sebab di situ terdapat batu kapur yang berbentuk seperti kepala kambing tapi bila aku tengok tak nampak macam kambing pun... nampak lebih kepada kepala bab* tuuuuutttttt.... hehe... Mungkin mata aku je kot nampak macam tu... ehhh.

Night Hike: Gunung Baling

So selepas rehat beberapa minit di sini, kami meneruskan perjalanan. Kalau anda perasan dari gambar di atas, sebelum sampai ke Kem Gua Kepala Kambing ni, trek berbentuk jalan hutan. Tapi selepas Kem Gua Kepala Kambing, bermulalah trek berbatu-batu. 

Night Hike: Gunung Baling

Semakin tinggi semakin besar batu batunya.

Night Hike: Gunung Baling

Yang paling mencabar sekali, ni haa... batu belah batu bertangkup ni... Salah parking, boleh jatuh baq hanggg....

Night Hike: Gunung Baling

Night Hike: Gunung Baling

Cabaran seterusnya adalah 'batu celah' sebab ada lubang kecik dan hikers terpaksa menyelit dekat celah-celah batu tu. kalau yang berbadan kecik macam aku alhamdulillah la... tak menjadi masalah nak menyelit kat mana-mana. Yang berbadan agak besar tu, jaga-jaga lah yea... 

Night Hike: Gunung Baling

Akhir sekali, kami melalui halangan pokok-pokok serai pula. Kalau anda perasan, kami semua memakai baju lengan panjang (kecuali sorang tu je sebab dia dah beberapa kali naik Gunung Baling) sebab pokok-pokok serai di situ agak gatal dan boleh melukakan kulit anda. Yang penting jangan lupa pakai sarung tangan untuk melindungi tangan anda dari terluka disebabkan batu-bata di sini. 

Night Hike: Gunung Baling

Akhirnya kami dah sampai pada pukul 5.25 pagi. Kami sempat berehat dan bersolat di atas puncak siap memasak lagi untuk breakfast. Ini yang untungnya kalau salah seorang geng hiking tu suka memasak. Kira bab-bab memasak memang tak perlu risau. Dia akan handle dari A to Z... meriah pulak tu... hehe

Night Hike: Gunung Baling

Kami mengambil masa berjam jam untuk bergambar dan penuh album dengan gambar di atas puncak tapi dalam entry ni aku belanja sekeping je la kot.. berat pulak blog aku nanti..

Night Hike: Gunung Baling

Then dalam pukul 10 pagi kami start gerak untuk turun. 
Waktu malam tak nampak sangat kan? Waktu siang beginilah trek untuk ke puncak Gunung Baling. 

Night Hike: Gunung Baling

Night Hike: Gunung Baling

Nampak macam gayat kan? tapi jangan risau, anda tak akan rasa gayat masa mendaki.

Night Hike: Gunung Baling

Gambar kat atas ni adalah view Kem Gua Kepala Kambing pada waktu siang. Dan kat bawah ni adalah gambar Kepala Kambing tersebut. 

Night Hike: Gunung Baling

Nampak macam kepala kambing ke?? Jujur please......
Akhirnya kami tiba di parking pada pukul 11 pagi. Beberapa kali kami terjatuh masa turun sebab trek sangat licin. 

Night Hike: Gunung Baling

Night Hike: Gunung Baling

Ramai yang bertanya aku bagai mana untuk hiking di Gunung Baling... Untuk pengetahuan, trek untuk hike Gunung Baling agak susah nak cari sebab trek tersebut bermula di belakang rumah orang. Lagipun tak ada signboard untuk ke sana. 


Photo from: Ramlan Rasdi & Hani Othman