Kadang-kadang TWH menyampah dengan statement ni,

"Ko pegi travel dengan siapa minggu depan?"
"Sorang"
"What?? Sorang?? Kesian giler kau... Kawen la cepat-cepat. At least ada teman"

Ada beberapa pembetulan yang TWH nak buat di sini. Sebenarnya, TWH tak pernah rasa orang yang travel alone tu sangat kasihan malah TWH rasa kagum dan respect dengan mereka yang mampu travel alone especially kaum wanita. It is not easy to travel alone tau.... Banyak benda yang perlu dipertikaikan especially aspek keselamatan. There must be some reasons kenapa someone tu travel alone. Doesn't mean that he or she tak ada kawan. TWH always wanted to travel alone tapi belum ada keyakinan dan keberanian sebab itu TWH tabik spring dekat mereka yang berjaya melakukan trip solo. 

Orang yang Travel Alone adalah Loser


#Travel alone will never fail to make your dreams come true!

Anda pernah tak mengalami situasi di mana kawan-kawan anda cancel trip last minit? Dah beli tiket flight, dah buat planning cantik-cantik tetapi mereka tak jadi pergi. At last, what happen? Adakah anda akan meneruskan trip tersebut seorang diri atau anda akan biarkan angan-angan anda ditiup angin puting beliung? Sekiranya anda memilih untuk meneruskan trip tersebut seorang diri, anda adalah orang yang awesome! Tapi sekiranya anda memilih untuk tidak meneruskan trip tersebut andalah orang yang loser sebenarnya. TWH pernah mengalami situasi begini.. Yang sadisnya TWH telah memilih untuk membatalkan trip tersebut dan seriously perkara tersebut telah menghantui TWH selama 3 tahun... Setiap kali TWH teringat tempat tersebut, TWH akan memarahi diri sendiri, rasa menyesal, rasa sakit hati dan bermacam-macam rasa. Sehingga sekarang TWH masih belum menjejakkan kaki ke tempat itu. Dan selagi TWH tak jejakkan kaki di situ, selagi itu perasaan itu akan datang. Tapi as a Muslim, TWH akan pujuk diri sendiri dengan berfikiran positif. 'Mungkin ada hikamahnya tu'... ya ya ya... Namun jauh di sudut hati... *sigh*

#Travel alone will give you ultimate freedom

Kenapa? Because you can do everything that you want. Suka hati nak buat apa pun tanpa memikirkan orang lain. Anda mungkin seorang pecinta sejarah. Setiap kali travel anda akan melawat tempat-tempat bersejarah tetapi kawan-kawan anda pula mungkin pembenci sejarah. Adakah anda akan mencapai tahap kepuasan maksimum dalam trip anda? Tidak kan? Nak cari partner yang satu kepala dengan anda? Boleh tapi belum tentu setiap aspek dia akan sekapal dengan anda. Ok, mungkin laaa dia suka melawat muzium... Tapi dia tak suka makan sushi sedangkan sushi adalah favourite anda. Mungkin anda bercadang untuk mencuba sushi terhebat di dunia tetpai partner anda alegik dengan sushi sampaikan bau sushi pun tak boleh. Anda masih ingin meneruskan impian anda untuk makan sushi dengan memaksa teman anda mengikut anda? TWH pasti konflik akan berlaku dari situ. hehe...

#Dapat kenalan baru

TWH pernah berborak dengan kawan-kawan TWH yang suka travel alone. Most of them cakap when they travel alone, the chances untuk dapat kenalan baru sangat tinggi. Apabila anda berjalan seorang diri, anda berpotensi tinggi untuk didekati oleh strangers yang mungkin sedang travel alone juga. Kadang-kala ia akan menjadi starting point untuk hubungan yang lebih mesra. Mungkin anda akan bertemu jodoh dari situ seperti kawan-kawan TWH? Tapi, nasihat TWH.. berhati-hatilah yea... jangan sampai membahayakan diri sendiri.

 #Increase Personal Growth

Biasanya apabila kita berada dalam keadaan antara hidup dan mati, ia akan mendorong kita untuk menjadi lebih kuat supaya kita dapat meneruskan hidup. TWH teringat ketika trip TWH ke Maldives. TWH sempat berborak dengan seorang mamat kenya ni yang bekerja sebagai diving instructor. Katanya dia pernah menjadi pelarian dan menyelinap masuk ke dalam sebuah kapal. Bila kantoi, orang kapal buang dia ke dalam laut. Waktu itu dia berusia 16 tahun dan dia tak tahu berenang langsung. Disebabkan semangat juang dia sangat tinggi ketika itu, dia dapat belajar teknik terapungkan diri secara tidak langsung siap dapat jadi cikgu diving lagi. Sebenarnya TWH nak bagitahu yang bila kita travel alone, kita akan berdepan dengan beberapa kesukaran, dan kesukaran tersebut suatu hari nanti akan menjadikan kita lebih kuat dari sekarang.

#Memberi ruang pada diri sendiri

Pernah tak tiba-tiba anda rasa sepeti malas nak bermasyarakat? Rasa macam nak berkurung dalam bilik. Tak mahu bercakap dengan orang dan tak mahu keluar jumpa orang. Sebenarnya anda berada dalam situasi di mana anda ingin mencari ruang pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang anda suka seperti tidur, tengok movie, dengar lagu mahupun bercuti di tempat yang sunyi. Mungkin disebabkan anda terlalu banyak bergaul dengan orang dan terlalu banyak menjaga hati orang sehingga anda rasa penat. So bila anda travel alone, ia secara tidak langsung memberi ruang pada diri anda sendiri untuk melakukan sesuatu yang anda suka tanpa memikirkan tentang orang lain.

Jadi, jangan ingat orang yang travel alone adalah loser. Mereka sebenarnya adalah sangat hebat!