Dah beberapa minggu TWH tak dapat update blog sebab sibuk dengan trip ke Gunung Kerinci. Sebelum trip, TWH sibuk menguruskan beberapa perkara sebelum meninggalkan Malaysia tercinta untuk 5 hari. Then lepas habis trip TWH sibuk dengan urusan yang tertangguh semasa ketiadaan TWH dekat Malaysia. Itulah lumrah hidup. Kalau nak aman damai jadilah fulltime traveler. Tak payah nak fikir benda lain.. fikir travel jer... Syok jugak kan?

By the way, bila sebut pasal Gunung Kerinci ni rasanya mereka yang bukan kaki hiking mungkin tak tahu kan? Usahkan mereka yang bukan kaki hiking, orang yang kaki hiking sendiri pun mungkin ada yang tak tahu. Tak payah cakap banyak, TWH bagi contoh TWH sendiri sudah ler. (TWH memang suka guna contoh sendiri sebab senang share pengalaman sendiri). First time kawan TWH ajak join trip Gunung Kerinci, what was in my mind... 
'What?? kat Kerinci (Bangsar) ada Gunung ker?? Biar betul...'
Disebabkan malas nak layan atau mungkin kawan TWH sendiri pun tak tahu pasal Gunung Kerinci, dia suruh TWH google sendiri pasal Gunung Kerinci. Nasib baik ada En.Google. Bila baca pasal Gunung Kerinci, TWH jadi cuak sekejap. Gunung berapi?? Gunung Berapi Aktif?? Ada harimau?? Biar betul bebudak ni nak pergi sini. Ok, untuk pengetahuan anda, this is my first time panjat gunung kat Indonesia. TWH tak tahu sangat bentuk muka bumi gunung-gunung di Indonesia. Dengan bantuan Encik Google, TWH dapat la overview sikit pasal Gunung Kerinci.

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia
View Gunung Kerinci from our homestay

Untuk pengetahuan anda, Gunung Kerinci merupakan Gunung berapi tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3805 meter. Gunung Kerinci juga adalah gunung tertinggi di kepulauan Sumatera dan kaya dengan flora dan fauna termasuk harimau sumatera dan badak sumatera (Alhamdulillah sepanjang trip kami, kami tak jumpa fauna jenis ini... Hanya jumpa tupai dan orang utan). Mengikut analisis TWH dari Google, kali terakhir Gunung Kerinci meletus adalah pada tahun 2009 tapi ada sumber juga mengatakan yang gunung ini baru meletus April tahun 2015. Wallahualam.. tak tahulah betul ke idok yea....

Next post TWH akan ceritakan pengalaman TWH sepanjang trip ke Gunung Kerinci start dari A to Z...