Dalam post TWH sebelum ini yang bertajuk Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 1), TWH ada cerita sedikit sebanyak muqadimah regarding Gunung Kerinci. So for today, TWH nak cerita sedikit tentang pengalaman TWH menjejaki gunung berapi tertinggi di Indonesia bersama kawan-kawan. Untuk pengetahuan anda, organiser for this trip adalah Outerrange Adventure. Nasib baik ada mereka ini, dapatlah TWH merasa memanjat Gunung Kerinci.

We started our journey on 29th August 2015 dengan menaiki AirAsia where the flight ticket dalam RM200 something 2 ways. So, seawal pagi kami dah bersiap sedia ke KLIA2 since the flight take off at 8.20 am. Lebih kurang pukul 11.00 pagi waktu Indonesia kami sampai di Airport Padang. Dari Airport Padang, kami sewa kereta untuk ke Kersik Tuo yang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Jalan tak payah cakap la... berbengkang bengkok. Faham-faham je la jalan kawasan gunung. One of my friend siap 2 kali muntah. TWH pun tumpang muntah jugak tengok dia muntah. Dekat-dekat Maghrib kami sampai di homestay yang terletak betul-betul mengadap Gunung Kerinci. Malam tu kami dah siap prepare barang-barang yang perlu dibawa dan uruskan hal-hal personal porter.

Lebih kurang pukul 4 pagi kami bangun dan mula bersiap-siap untuk bertolak. Sebaik sahaja lepas solat subuh kami gerak ke pintu rimba. Tapi sebelum sampai ke pintu rimba kami bergambar dulu di tugu harimau. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)
Gambar adalah hiasan... (model model TWH)
Dari homestay nak ke tugu harimau ni boleh jalan kaki je tapi kalau nak ke pintu rimba kena naik kereta sebab jarak yang agak jauh. Kena lalu ladang teh dulu. Pemandangan memang superb!

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Kami memulakan pendakian kami dengan melalui laluan kebun sayur dahulu sebelum sampai ke pintu rimba.

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)
Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)



Once dah masuk pintu rimba, bermakna kami sudah memasuki kawasan hutan simpan. Lebih kurang 30 minit mendaki, kami sampai di Pos 1 pada ketinggian 1900 mdpl untuk berehat sebentar. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Selepas beberapa minit berehat, kami teruskan perjalanan menuju ke Pos 2 pula pada ketinggian 2050 mdpl. Masa yang kami ambil untuk ke pos 2 lebih kurang 30 minit. Pada peringkat ini, trek yang kami lalui masih jalan yang landai. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Seterusnya kami bergerak untuk Pos 3 pada ketinggian 2250 Mdpl. Pada ketinggian ini, trek mula mencanak.

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Lebih kurang 45 minit, kami sampai ke Pos 3 untuk berehat. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Selepas beberapa minit, kami teruskan perjalanan sekali lagi untuk ke Shelter 1 pada ketinggian 2500 mdpl. Masa yang kami ambil untuk ke Shelter 1 adalah lebih kurang 1 jam 45 minit. Di sini kawasan rehat lebih lapang dan berumput. Boleh pasang khemah di sini. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Trek semakin mencanak dari shelter 1 menuju ke Shelter 2. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Shelter 2. Kami menjangkakan dalam pukul 1.00 kami akan sampai ke Shelter 2 dan dan situ kami akan berhenti untuk makan tengah hari. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)

Kami berdepan dengan sedikit masalah ketika di Shelter 2 di mana seperti yang dirancang, kami sepatutnya berhenti untuk makan tengah hari di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Shelter 3 untuk bermalam. Namun demikian, porter yang membawa khemah, makanan dan personal porter belum sampai. Kami terpaksa menunggu selama 4 jam dan hanya mengisi perut dengan energy bar dan sedikit makanan yang kami bawa. Masa porter sampai kami baru dapat tahu bahawa salah seorang porter kaki cramp dan mereka terpaksa mencari bantuan. Kami bertambah pelik, jarang sangat kami dengar porter kaki cramp. Selalunya porter ni kuat-kuat belaka. Rupa-rupanya mereka bukanlah porter sebenar. Mereka hanyalah pendaki yang datang dari Medan untuk mendaki Gunung Kerinci. Sambil-sambil mendaki, mereka buat part time. Serius kecewa! Dah la bayar RM120 untu satu porter, macam ni jadinya. Dah la porter tu pau air TWH satu botol besar tu. Coi sungguh! Kebetulan time kami mendaki tu musim kemarau. Tak ada punca air di Shelter 2. Terpaksa catu air. 

Organiser terpaksa tukar plan. So, malam tu kami bermalam di Shelter 2 dan esok pagi kami perlu bertolak ke puncak seawal 2 pagi. 

Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)
Pasang khemah di Shelter 2
Hiking: Gunung Kerinci, Indonesia (Part 2)
Sesi makan beramai-ramai... 
Disebabkan makanan yang ada limited, so kami terpaksa makan macam ni untuk langkah penjimatan. So, lepas makan cepat-cepat TWH tidur sebab nak recharge energy sebelum mulakan perjalanan esok pagi. 

Rasanya cukup kot coretan TWH untuk hari pertama pendakian. Untuk perjalanan dari shelter 2 ke Puncak, TWH akan ceritakan pada next post. Stay tune...!!!!

Photo by: Jonathan Mackenzie & Hani Othman