What is the difference between these two terms? Does it look same? Yeah... sebelum ni aku fikir these two words adalah sama. Kedua-dua merujuk kepada individu yang merantau atau melancong ke luar negara dan mempunyai konsep yang sama iaitu untuk bercuti dan melihat keindahan di tempat tersebut tetapi semakin lama aku dapat rasakan ada perbezaan pada kedua-dua perkataan ini. Pada mereka yang berada dalam komuniti "kaki travel" mungkin jelas dengan perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. Cuba anda pejam mata sekejap dan bayangkan imej tourist dan traveler? Gambaran apa yang keluar di minda anda?

Tourist


Kalau translate betul-betul guna google translate tourist bermaksud pelancong. Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, pelancong adalah mereka yang pergi ke sesebuah tempat hanya sekadar untuk menziarahi saudara mara atau bersenang-senang untuk melihat keindahan alam di sekitar kawasan tersebut. Secara fizikalnya, tourist biasanya akan membawa camera, memegang peta dan guidebook sepanjang masa dan berpakaian agak 'cantik' dan kemas. They tend to speak in English di mana-mana dan tidak langsung berminat untuk bercakap atau belajar bahasa local. Biasanya tourist akan berada dalam comfort zone atau senang cerita, mereka lebih selesa menggunakan khidmat travel agencies. Tourist juga hanya akan berada dalam kelompok mereka sahaja dan tidak akan bercampur dengan local people. Trip mereka lebih santai dan more to vacation di mana mereka lebih berminat untuk melawat bandar-bandar besar seperti London, Paris dan seangkatan dengannya.   

Traveler


Traveler membawa maksud pengembara. Traveler tidak akan berada di tempat yang tetap. Mereka akan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Traveler don't plan their trip. They just pack their bag and go! Mereka akan bergaul dan bercampur dengan masyarakat tempatan dan mereka sedaya upaya untuk belajar bertutur dalam bahasa local. Traveler juga adalah seorang explorer. Mereka akan cuba meneroka tempat-tempat yang jarang dikunjungi oleh orang ramai untuk menjimatkan kos. Instead of pergi shopping di butik mewah, mereka lebih prefer untuk mendaki gunung dan melawat pekan-pekan kecil yang kononnya lebih 'rare'. Their goals from the trip adalah untuk belajar dan melakukan sesuatu yang baru. A traveler will consider their trip as a journey not a vacation like what tourist did. 

Actually there is nothing right or wrong being a traveler or a tourist. Ia bergantung pada style masing-masing. Kedua-dua traveler dan tourist tetap mempunyai objektif yang sama iaitu meneroka dan menimba pengalaman di tempat orang cuma cara dan pendekatan yang mereka guna adalah berbeza. Namun, apa yang penting adalah kepuasan yang kita dapat dalam trip tersebut. Sekiranya anda rasa puas menjadi seorang tourist, just proceed to be a good tourist dan sekiranya anda puas untuk menjadi seorang traveler, just proceed to be a good traveler. Aau mungkin anda lebih selesa untuk combine both concept... Tourist and Traveler.