Bukit Dua Ringgit atau juga dikenali sebagai Bukit Rasa merupakan bukit yang terletak di Bukit Sentosa, Rawang. Ketinggian Bukit Dua Ringgit hanyalah 250 meter dan boleh sampai ke puncak dalam masa 20 hingga 45 minit sahaja bergantung pada kelajuan masing-masing. Namun demikian, anda perlu berhati-hati memanjat bukit ini kerana treknya berbatu dan licin especially ketika musim hujan. 

Kami bercadang untuk catch sunrise di atas puncak tapi memandangkan kami start hiking agak lambat, jadi tak sempat nak catch sunrise atas puncak. But still on the way tu dapat tengok sunrise.




Lebih kurang sejam kami lebih kami lepak-lepak di atas puncak, then kami turun semula ke bawah untuk breakfast dan melakukan aktiviti seterusnya iaitu abseiling di jambatan area Kuala Kubu Bharu. Maaf, lupa pula nama jambatan tu. 

Our Guide, Cikgu Loe tengah bagi penerangan cara-cara menggunakan harness

Guide dan pembantu guide tengah tunjuk demo

Alhamdulillah, event ini memberi pengalaman baru kepada TWH disamping meningkatkan keyakinan diri. Event tersebut terpaksa dihentikan pada pukul 1 tengah hari atas sebab-sebab tertentu walaupun masih ada beberapa peserta yang tidak sempat melakukan abseiling. In shaa Allah, guide dah janji nak ganti event tersebut pada tarikh dan tempat lain pulak. Wahhh... best! New experience lagi... So, kalau ada yang berminat untuk join TWH boleh roger-roger TWH ya.... Kita enjoy!!!