Assalamualaikum WTB... 
Pertama sekali TWH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengajur Trip Gunung Jono iaitu Orang Gunung KL (OGKL) kerana memberi peluang kepada hikers hikers seperti TWH untuk merasai pengalaman mendaki gunung yang jarang didaki oleh mana-mana hikers. 

Pada TWH, pengalaman mendaki gunung baru adalah satu pengalaman yang sangat luar biasa dan ia adalah satu pengalaman yang sangat menarik di mana pada saat itu mental TWH sedikit teruji. Tak pasti sama ada trek tersebut benar-benar menguji mental TWH atau disebabkan kadar kesihatan TWH yang kurang memberangsangkan. Untuk pengetahuan, malam sebelum start mendaki TWH diserang sakit kepala dan demam. Bangun keesokkan pagi tu which is dalam pukul 2 pagi, badan TWH masih panas dan hampir-hampir nak cancel trip tersebut tapi disebabkan sudah berjanji dengan member member yang lain, TWH tetap gagahkan diri lagi untuk join trip tersebut. Alhamdulillah, lepas mandi panas dalam badan dah kurang sedikit. 

Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL

Untuk pengetahuan anda, Gunung Jono merupakan gunung yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan dengan ketinggian 852 Mdpl. Gunung Jono dikelilingi oleh beberapa bukit lain termasuklah
Bukit Sangkar Puyoh, Bukit Machat, Bukit Rambai, Bukit Besar, Bukit Ulu Pilah, Bukit Lontek, Bukit Bertam dan banyak lagi. Masa yang diambil untuk mendaki ke puncak adalah 4 jam dan masa menurun pula adalah 2 jam. Gunung ini sangat tidak popular dan mengikut guide, last gunung ini didaki adalah pada tahun 2006 dan tiada lagi aktiviti pendakian di Gunung ini. Dan kami merupakan group pertama yang mendaki di Gunung Jono selepas group OGKL membuka trek tersebut beberapa minggu yang lepas.

Trek ini bermula dengan menyelusuri kawasan kebun getah.. kemudian kawasan berlalang sebelum sampai ke kawasan parit besar yang tiada air seperti gambar di bawah ini. 

Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL


Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL
Crew sedang membuat laluan untuk memudahkan pendaki-pendaki lain
Selepas kawasan parit besar ini, trek lebih kepada menurun bukit sehingga jumpa sungai kecil (Maaf tiada gambar). That is the only trek yang menurun. Selepas kawasan sungai kecil tersebut trek adalah mendaki namun kecerunannya masih lagi di tahap biasa. 
Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL

Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL

Trek masih akar kayu dan kawasan yang agak lapang sebelum berjumpa dengan kawasan yang lebih mencabar di mana kawasan tersebut masih baru ditebas dan masih penuh dengan semak samun. di sini anda harus berhati-hati dengan resam berduri di sepanjang trek, akar-akar kayu dan tanah yang agak lembut dan licin. Penting untuk memakai glove dan baju lengan panjang untuk melindungi tangan anda dari pokok-pokok berduri di sepanjang trek. 

Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL
check point pertama... Tak ingat nama batu ni apa...

Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL
Check point kedua... Batu Putih kot dorang panggi tempat ni... 
Pendakian semakin mencabar untuk ke puncak dimana trek semakin pacak namun demikian belum sampai tahap lutut bertemu dagu... hehe... 

Untuk makluman, tiada view di puncak Gunung Jono. Ia hanya dikelilingi oleh pokok-pokok dan semak samun. Mungkin disebabkan ini Gunung Jono kurang dikenali oleh pendaki-pendaki tapi pada TWH, view tak penting. Yang penting adalah pengalaman... Peace!!!

Hiking: Trip Gunung Jono by OGKL
Barisan pendaki yang menyertai trip Gunung Jono yang seramai 26 orang dari pelbagai latar belakang. Tahniah kepada semua dan tahniah kepada OGKL kerana membawa sesuatu yang baru untuk para pendaki di Malaysia