Syukur alhamdulillah... minggu lepas TWH berkesempatan utntuk mengikuti trip yang yang dianjurkan oleh OGKL ke Bukit Tajoh. Bila TWH cakap TWH nak panjat Bukit Tajoh ramai yang buat muka pelik, muka blurr.. macam-macam muka... Tak kurang juga ada yang cakap... 'sejak aku kenal Hani ni, macam-macam tempat pelik yang aku dengar'... haha.. Baru 2 kali jer kot TWH follow OGKL pergi 'trip rare'. First hari tu Gunung Jono... then kali kedua Bukit Tajoh... Sekali sekala mencari kelainan dalam beraktiviti... apa salahnya kan?

Kalau anda google Bukit Tajoh, tak banyak pun cerita pasal bukit ini. Actually trek Bukit Tajoh ni baru dibuka oleh team OGKL. Kalau tak silap bulan lepas kot trek dibuka dan kami adalah open group pertama yang berjaya sampai ke puncak Bukit Tajoh. 

Ketinggian Bukit Tajoh ni hanyalah 215 meter sahaja tapi jangan pandang rendah dengan ketinggian Bukit Tajoh sebab nak sampai ke kaki bukit tu... Subhanallah jauh bebenor... Bukannya apa, sebab kami perlu berjalan mengelilingi kawasan bukit tersebut sebelum sampai ke kaki bukit. AJK OGKL terpaksa memilih jalan tersebut sebab katanya kalau tak pusing bukit ni kena lalu satu kawasan gaun (betul tak eja macam ni) yang dalam. Demi mengelakkan gaun tu yang mungkin berisiko kepada para pendaki, jadi AJK-AJK OGKL terpaksa memilih alternative lain untuk ikut trek yang lebih selamat walaupun agak jauh. Bak kata pepatah 'biar lambat asal selamat'. 

Tempoh pendakian untuk ke puncak lebih kurang 3 jam hingga 4 jam kalau ikut pace santai mak jemah. So, kami mula berkumpul dan breakfast di kedai makan sebelah Zoo Negara sebelum bergerak ke starting point. Bila semua dah sampai kami sama-sama berkonvoi masuk ke Kampung Kemensah. 

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL

Sebelum kami mula mendaki, pihak AJK OGKL memberi sedikit penerangan berkenaan Bukit Tajoh beserta langkah-langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan. Lebih kurang pukul 10 pagi kami start trekking. 

Masa mula-mula trek tu jalan lebih kurang macam ni la. Boleh la santai-santai mak jemah sambil makan koci (Tapi kulit koci jangan buang merata-rata hokeh!). Tapi masalahnya jauh bebenor jalan yang macam ni. Masa nak pergi tu trek banyak turun bukit. Tapi masa nak balik tu memang jenuh la sebab trek naik bukit. 

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL


Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL

Bersiar-siarlah macam ni sampai jumpa kaki bukit dimana kami pendakian bermula.

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL

Seterusnya kami berjumpa dengan trek laluan motocross macam gambar bawah ni

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL

Sebelum sampai ke puncak, kami menyeberangi dalam 3 atau 4 anak sungai yang tak berapa dalam. Paling dalam pun paras betih.. ermmm bawah sikit dari betih kot... lagi 3 sungai tu memang cetek. Takat buku lali macam dalam gambar bawah ni.

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL
Model tak rasmi TWH. Nasib la... TWH tengah snap gambar nak juga posing kat situ. Nak halau tak sampai hati. Snap je la... tak pepasal jadi model TWH... huhu
Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL


Lebih kurang pukul 1 macam tu kami sampai di puncak. Taklah berview cantik bagai di sini tapi kepuasan mendaki tu tetap ada. So, kami lepak dalam sejam macam tu sambil menikmati makan tengah hari si situ. Ouh, TWH lupa nak bagitau. Di sepanjang trek ni ada banyak pacat. Jadi berhati-hatilah dengan pacat. TWH terkena pacat di leher. Jauh pacat tu mendaki sampai ke leher dia hisap darah. Ala-ala vampire gituhhh... 

By the way, ada port mandi manda juga di sini. Tapi tak boleh tiruk. Air tak dalam. Takut kepala terlekat celah batu nanti kalau tiruk. So, selepas turun dari puncak, kami lepak di sini mandi manda dan solat Zohor.

Hiking: Bukit Tajoh Anjuran OGKL

Lebih kurang pukul 6 kami selamat tiba di starting point semula di mana tempat kami park kereta kami.