Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... setelah sekian lama mengidam nak panjat Gunung Pulai, akhirnya tercapai juga hasrat di hati. Walaupun Gunung Pulai ni dekat kampung TWH je tapi susah bebenor TWH nak cari masa untuk panjat Gunung Pulai.. Ye lah... trek baru buka tahun lepas tak silap... And then nak cari masa untuk balik kampung lagi... Nak cari masa guider lagi... Masing-masing asyik busy. Tapi sekarang dah senang sebab dah ramai boleh guide naik Gunung Pulai. 

View Gunung Pulai dari Gunung Baling

Actually trip panjat Gunung Pulai tak termasuk dalam plan TWH dalam masa terdekat ni. Rancangan asal TWH nak panjat Gunung Liang pada 1/1/16 - 2/1/16 tapi terpaksa cancel sebab Gunung Liang tutup untuk sementara waktu. Jadi, demi mengubati luka di hati, TWH balik kampung dan dapat tahu yang geng Penjejak Gunung nak bawa geng photographer panjat Gunung Pulai. Jadi, TWH pun tumpanglah sekaki.... Selalunya macam tu la... benda yang dirancang berbulan-bulan selalu tak menjadi... Yang tak dirancang yang selalu menjadi. 

Kami start hike dalam pukul 2.30 pagi... Biasanya untuk hike ke Gunung Pulai mengambil masa dalam 3 - 4 jam di mana ketinggian Gunung Pulai adalah 610 meter sahaja. Walaupun tak setinggi mana tapi jangan pandang rendah dengan trek dia. Sepanjang trek adalah berbatu batu di mana anda perlu menggunakan skill climbing sedikit. Tak banyak... sedikit ja... huhu.. Biasanya kalau pergi mana-mana gunung naik tu ambil masa lama sikit dan masa turun lebih pendek. Tapi berbeza dengan Gunung Pulai, masa yang diambil untuk naik dan turun lebih kurang sama banyak. Ini kerana nak turun tu agak gayat dan bahaya. Perlu berhati-hati sebab banyak batu-batu yang curam dan tajam. 

Masa start hiking tu masih jalan rata... tapi beberapa langkah je jalan yang rata pun... lepas lepas tu semua berbatu sampai ke puncak

View Gunung Baling dari Gunung Pulai

Sempat catch for the sunrise from Gunung Pulai

Ni antara trek Gunung Pulai yang TWH sempat capture... nak capture banyak-banyak tak mampu sebab malas nak keluarkan handphone dari bagpack

So, tengok trek macam ni... anda boleh fikirlah sendiri skill climbing macam mana nak digunakan
 TWH nasihatkan untuk mereka yang nak hiking di Gunung Pulai:

1. Please bring along your glove to protect your hand.
2. Pakai kasut yang sesuai supaya kaki tak injured dan boleh grip. 
3. Jangan bawa tongkat sebab nanti tak pepasal tongkat tu akan dibaling ke bawah. 
4. Bawa air mineral secukupnya. TWH nasihatkan, pls bawa around 1.5 litre air mineral
5. Kalau anda start hike waktu pagi dalam pukul 8.. pls bawa topi sekali sebab kat atas tu panas dan kurang pokok
6. Kalau anda hike waktu pagi-pagi buta sebelum maghrib, please bawa jacket sebab kat puncak sangat sejuk. Bawa air lebih untuk wuduk.

Majoriti yang naik Gunung Pulai akan cakap itu adalah first and last.. Dah serik. Tapi normal la tu... Nanti kalau orang ajak lagi mesti nak naik lagi.. huhu... Walaupun trek dia mencabar tapi best. Tak boring dan view pun cantik. Oh ya! dekat kaki gunung Pulai ada batu kapur yang sangat cantik. Boleh la nak lepak layan guan tu after turun dari Gunung Pulai. Lebih baik layan after turun. Kalau layan masa nak naik nanti takut lambat sampai puncak sebab cantik sangat view dia... Mesti nak bergambar... hehe...

Ni TWH belanja sikit gambar pemandangan gua tu... sikit je la.. banyak lagi gambar sebenarnya tapi TWH malas nak upload banyak-banyak. Nanti berat pulak page TWH... 




Sekian, wassalam