Hi... Assalamualaikum everyone... 
Dalam post kali ini TWH nak kongsi sedikit info tentang Jeju terutama sekali berkaitan pengangkutan di sana. Untuk makluman anda yang belum pernah sampai ke Jeju, TWH sarankan untuk anda menyewa kereta. Lebih mudah sebab di Jeju tak ada train yang beroperasi seperti di bandar-bandar besar lain like Seoul dan Busan. 

Kereta Sewa di Jeju


Antara procedure yang diperlukan untuk menyewa kereta...

1. Register dahulu international driving permit di mana-mana cawangan JPJ. Dengan membayar RM150 beserta dokumen-dokumen yang diperlukan anda boleh dapat permit memandu antarabangsa dalam masa satu hari sahaja. klik dekat link ini untuk tahu dokumen apa yang anda perlu bawa. 

2. Register as member di website Lotte rent-a-car untuk dapat diskaun sebanyak 65%. Anda boleh memilih jenis kereta yang dikehendaki dan GPS akan disediakan. TWH bagi tips mudah untuk guna GPS yang mereka sediakan tu... make sure anda record number telefon tempat-tempat yang anda ingin lawati di mana number telefon tersebut anda boleh dapati dari Map. Jangan lupa ambil map dekat airport sebaik sahaja anda sampai di Jeju. Banyak info boleh didapati dari map. So, untuk navigate anda ke tempat yang anda ingin lawati, lebih senang anda key in number telefon tempat tersebut dalam GPS. Lokasinya adalah lebih tepat. Contoh, kalau anda nak ke hallasan, make sure anda tahu anda ingin ikut trail mana contoh melalui Seongpanak Trail, di peta akan sediakan nombor telefon Seongpanak Trail dan GPS akan membawa anda terus ke situ. Company tersebut akan sediakan kereta sewa dalam keadaan minyak yang penuh dan anda dikehendaki memulangkan kereta dalam keadaan minyak kereta yang penuh juga. Kalau tidak, anda akan dikenakan penalty 6000KRW untuk 1 bar kalau tak silap. Hurmmm, one more thing, sebelum anda confirm booking, anda dikehedaki memilih jenis insurans dan cas tambahan akan dikenakan berdasarkan jenis insurans yang anda pilih. 

3. So, bila dah confirm booking, anda perlu tunjukkan booking slip tersebut dan international driving permit di kaunter. Bayaran akan dibuat di kaunter. Lepas tu anda dah boleh berfoya-foya di Jeju dengan kereta yang anda sewa itu... 

Mula-mula bawa tu pasti akan rasa kekok sedikit sebab driver duduk sebelah kiri. Hati-hati bila sampai simpang empat dan bulatan. Jangan salah masuk lorong pula... hehe... boleh buat gadoh nanti.