Rugi saya katakan kalau anda ke Busan tapi tidak mencuba king crab di sana. The feeling masa makan King Crab tu... perghhhh!!! tak tahu nak cakap macam mana... Seriously you should try then baru tahu rasa macam mana. Isi yang padat, manis dan segar.... so yummehhh!! haha

Bagi menggambarkan kebesaran King Crab ni, Hani jumpa gambar ni dalam google image. Haaa... memang sebesar itulah saiz king crab sebelum di potong-potong menjadi hidangan yang lazat. Seram nak pegang... nak pegang durian pun dah seram apatan lagi ketam ni. 



Actually Hani pernah sampai ke Busan 2 times tapi masa 1st time ke Busan Hani tak berkesempatan untuk mencuba King Crab. So, kali kedua pergi memang nekad nak mencuba King Crab sebab rasa menyesal tak cuba masa first time pergi hari tu. Kebetulan kitorang tak jadi fly ke Jeju that time because of bad weather in Jeju and all flights canceled... So, untuk mengubati hati yang lara, kami belasah king crab ni di Jagalchi Market, Busan. 

Ermmm... Mungkin ramai yang nak tahu berapa harga King crab di Jagalchi Market, so that anda boleh plan your budget di sana nanti. Untuk makluman, harga King Crab mencecah ratusan ringgit sekali makan okeh... harga tak sama bergantung kepada berat ketam tu tapi Hani boleh sarankan anda sediakan RM500 - RM800 atau KRW60,000 - KRW70,000 untuk ketam seekor ni. Tapi boleh share ramai-ramai. Share 5 orang pun dah cukup. So, sorang jatuh RM100... Sekali sekala mencuba. Bukan selalu. Kat Malaysia mahal okeh... Dengar kata sampai seribu untuk seekor. Wallahualammm... Nasib baik ada orang belanja time ni...hehe... Semoga dimurahkan rezeki member Hani yang baik hati belanja makan ketam ni... huhu


Tadaaaa!!!! happy kite tawww dapat makan raja ketam besau ni walaupun muka jelas muka tak mandi. Sejuk nok nak mandi pagi tu... Suhu minus celcius.. Nak snap gambar pun takde mood sebab keras jari-jemari Hani. 

Masakan dia simple habis. Macam rebus jer tapi isi ketam tu... wallawehhhhh... sedap hingga menjilat jari.... Rasa rindu sangat-sangat dekat king crab masa tulis post ni.... Jangan la mengidam king crab masa pregnant nanti... kesian tok laki nak mencari ketam ni nanti... Sapa-sapa yang pergi Busan tolong makankan king crab bagi pihak Hani please....!!!