Dipanggil sebagai 7 Summits kerana setiap gunung tersebut merupakan gunung tertinggi di setiap 7 benua iaitu Benua Eropah, Benua Australia, Benua Asia, Benua Amerika Selatan, Benua Amerika Utara, Benua Afrika dan Benua Antartika.

#1 Gunung Everest, Benua Asia

7 Summits
Gambar ihsan Google

Gunung Everest Merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter. Gunung Everest terletak di Banjaran Himalaya iaitu di sempadan Nepal dan China. Sir Edmund Hilary merupakan Pendaki pertama yang berjaya sampai ke puncak Gunung Everest pada tahun 1953 bersama Sherpanya iaitu Tenzing Norgay. Everest merupakan gunung yang paling bahaya dan pernah merekodkan kematian yang tinggi kerana kandungan oksiden yang sangat nipis di puncak. 

#2 Gunung Aconcagua, Benua Amerika Selatan

7 Summits
Gambar ihsan Google
Gunung Aconcangua merupakan gunung tertinggi di Amerika dengan ketinggian 6,961 meter. Gunung Aconcagua terletak di Banjaran Andes di Argentina.

Gunung ini mempunyai sejumlah glasier dimana glasier terbesar adalah sekitar 10km panjang dan 3600 meter tinggi. 


#3 Gunung Denali (McKinley), Benua Amerika Utara

7 Summits
Gambar ihsan Google
Gunung Denali dahulunya dikenali sebagai Gunung McKinley namun pada tahun  2015 secara rasminya gunung ini bertukar nama kepada Gunung Denali demi mempertahankan budaya lokal tempatan. 

Penukaran nama tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Barack Obama pada ketika itu. 

Gunung Denali terletak di pergunungan Alaska dimana ia mempunyai ketinggian 6,190 meter. Ia juga merupakan gunung yang tertinggi di Amerika Utara. 

#4 Gunung Kilimanjaro, Benua Afrika

7 Summits
Gambar ihsan Google
Dengan ketinggian 5,895 meter, gunung kilimanjaro berdiri bebas tanpa disokong oleh banjaran. 

Ia merupakan gunung tertinggi di Benua Afrika. 

Gunung ini merupakan gunung berapi yang tidak aktif namun demikian ia masih mengeluarkan gas dari kawahnya. 

Di puncak Gunung Kilimajaro terdapat kawah yang lebarnya adalah 2.4 kilometer. 

Terdapat salji di puncak gunung tersebut. Namun demikian salji tersebut dikatakan semakin menipis dan dijangkakan akan terus hilang menjelang tahun 2020. 

#5 Gunung Elbrus, Benua Eropah

7 Summits
Gambar ihsan Google
Gunung Elbrus terletak di pergunungan Caucasus berhampiran dengan sempadan Georgia di mana ia mempunyai ketinggian 5,642 meter dan merupakan gunung tertinggi di Russia

Gunung Elbrus mempunyai 2 puncak dimana kedua-dua puncak tersebut merupakan gunung berapi tidak aktif. 

Puncak barat Gunung Elbrus adalah lebih tinggi berbanding puncak timur iaitu 5,642 meter berbanding 5,621 meter. 


#6 Gunung Vinson, Benua Antartika

7 Summits
Gambar ihsan Google
Gunung Vinson adalah puncak tertinggi di Benua Antartika dengan ketinggian 4,892 meter. Ia terletak di bahagian utara dataran puncak Vinson Massif di bahagian selatan Banjaran Sentinel Pergunungan Ellsworth, Kutub Selatan. 

Gunung ini merupakan antara gunung paling bahaya selepas Everest kerana hampir keseluruhan treknya adalah dari ketulan ais dan sangat licin ditambah pula dengan keadaan di kawasan ini yang tiada waktu malam kerana matahari sentiasa akan bersinar. 


#7 Gunung Puncak Jaya, Australasia

7 Summits
Gambar ihsan Google
Antara senarai 7 summits ni, Hani paling tertarik dengan Gunung Puncak Jaya ini sebab ada keunikan di sini dari segi geografi, bentuk muka bumi dan budaya penduduk tempatan. 

Puncak Jaya atau pernah dikenali sebagai Carstensz Pyramide terletak di Papua iaitu dalam negara Indonesia dengan ketinggian 4,884 meter. 

Antara keunikan gunung ini, terdapat salji di kawasan gunung ini dan merupakan satu-satunya gunung salji di kawasan khatulistiwa. 

Namun demikian, salji tersebut dikatakan semakin menipis akibat pemanasan global seperti yang berlaku pada Gunung Kilimanjaro. 

Di sini juga anda anda akan terjumpa penduduk setempat yang masih mengamalkan gaya hidup seperti zaman batu dan Hani tak pasti sama ada mereka berbahaya atau tidak. 

Tiba-tiba TWH teringat cerita King Kong... huhu... Selain itu, gunung ini juga antara gunung yang sukar untuk dijejaki dan memerlukan jumlah wang yang besar untuk sampai ke sini. 

#8 Gunung Kosciuszko, Australia

7 Summits
Gambar ihsan Google
Terdapat 'mazhab' lain mengatakan Gunung Kosciuszko adalah salah satu dari 7 summits dengan membuang Puncak Jaya dari senarai 7 summits atas alasan Puncak Jaya terletak dalam Indonesia iaitu di dalam Benua Asia sedangkan gunung tertinggi di dalam benua Asia adalah Everest. 

Gunung Kosciuszko mempunyai ketinggian 2,228 meter menjadikan ia sebagai gunung paling rendah dan paling mudah antara gunung-gunung yang tergolong dalam 7 summits. 

Namun demikian, ia merupakan gunung yang tertinggi di Australia.