Lama TWH termenung di depan laptop berfikir macam mana nak start tulis something about skydive. 

Memang dah lama TWH berangan nak menulis tentang skydive tapi asyik tertangguh dek kerana terlalu busy dengan hal-hal personal. 

Ditambah pulak rumah tak ada internet... makin tak ada mood nak tulis blog. 

Alhamdulillah semua perkara dah setel dan rumah pun dah selamat pasang unifi... So boleh la TWH menulis blog dengan aman. 

Sebenarnya TWH dah lupa bila tarikh TWH buat skydive static line ni. Rasanya sebelum bulan puasa kot. Bulan 6 maybe? 

Bertempat di Melaka. 

Organiser untuk skydive ini adalah Brader Loe dan TWH bantu dari segi account management. 

Nasib baik TWH ambik degree accounting suatu ketika dahulu walaupun sekarang tak bekerja dalam field accounting tapi boleh la nak buat sedikit record keluar masuk duit. 

So, senang sikit nak track. Takut ada terkurang atau terlebih. 

Setiap bulan kitorang akan buat cross checking dan tiap-tiap bulan jugak TWH kena marah dengan Brader Loe suruh check betul-betul jangan ada silap. 

Katanya pasal duit ni adik beradik pun boleh bergaduh... baik baik... huhu

Nak bermain dengan sukan ini memang memerlukan wang yang banyak. 

Puas pujuk Brade Loe time tu untuk bagi diskaun akhirnya berjaya. 

TWH berjaya dapat diskaun sikit sebab TWH buat kerja jugak... Tak sia-sia jadi pembantu anda... huhu... 

Untuk makluman kos untuk 2 jumps adalah RM1,550 manakala 1 jump RM1350. 

Tapi untuk mereka yang pernah jump dan teringin nak jump sekali lagi, harga yang dibayar lebih murah... tak sampai seribu pun... Dalam RM500 kot (ingat-ingat lupa). 

Ini kerana anda tidak perlu membayar kos untuk kelas. 

Untuk makluman, duit-duit tu semua digunakan untuk bayar dekat crew2 yang bekerja, sewa kapal terbang, minyak kapal terbang, penginapan, makanan semua peserta sepanjang 2 hari dan kos-kos lain lagi. 

Alhamdulillah, lebihan duit tersebut turut disalurkan kepada anak-anak yatim... 

Terdapat 19 orang peserta semuanya di mana 15 orang penerjun baru yang buat static line, 1 orang penerjun lama yang buat static line dan 3 orang buat tandem. 

Actually Brader Loe tak galakkan penerjun buat tandem sebab urusannya sangat leceh, memenatkan dan makan duit yang banyak. 

Baik pegi langkawi terus kalau nak buat tandem. Boleh buat on the spot. Tak banyak urusan. 

Tapi untuk tidak menghampakan permintaan peserta yang teringin nak rasa buat tandem, Brader Loe accept juga 3 peserta tersebut untuk buat tandem. 

Ouh, mungkin ada yang tak tahu static line tu macam mana dan tandem tu macam mana. Ok, boleh rujuk gambar kat bawah ni.

Tandem

Salah seorang peserta kitorang yang buat tandem di Langkawi. Tak perlu kelas. Boleh terus jump je nih... 

Static Line

Contoh static line... TWH ambil gambar dari internet for better view.  

Nampak tak tali dekat belakang penerjun tu? 

Selepas 3 saat lepaskan tangan dari aircraft, tali tu akan bantu untuk buka parachute. 

Seriously TWH cakap, this is better than bungee jump... 

Seminggu TWH sakit badan lepas buat bungee jump kat Nepal dulu... haha

Untuk membuat terjunan static line, anda tak perlu risau. 

Sebenarnya sebelum anda membuat terjunan tersebut, anda dikehendaki menghadiri kelas terlebih dahulu. 

Dalam kelas tersebut, anda akan diajar cara-cara untuk membuat terjunan dan perkara-perkara keselamatan yang perlu dititikberatkan kerana sukan ini melibatkan nyawa. 

TWH mengaku yang malam tu memang kitorang nervous gila nak terjun. 

Siap buat ulangkaji pelajaran sebab takut tersalah teknik. 

Tapi sebenarnya tak payah study pun tak apa... Just focus dalam kelas, berani dan yakin... 

inshaaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Gigih kitorang study malam tu melalui video youtube
Latihan amali sebelum terjunan. Instructor tunjuk cara-cara nak buat terjunan dan cara-cara untuk mengawal parachute. Setiap orang kena berlakon terjun dari aircraft sampai landing ke tanah. 
Jumper dipakaikan parachute dahulu sebelum masuk ke dalam aircraft

Jumper bersiap sedia untuk berlepas. Aircraft kecik je... tak muat ramai... so, lepas 2 orang terjun, kena turun ambil lagi 2 orang pulak. 
Gambar salah seorang penerjun... Siap pakai baju melayu lagi sempena hari raya gitiewww... hehe
Sebaik sahaja tali hitam tu terpisah dari badan, terus parachute keluar dalam jangkamasa 3 saat sahaja
Lepas tu anda akan melayang-layang diudara seperti ini... Time ni memang.... SubhanAllah.... Tak sangka boleh melayang-layang di udara sambil enjoy pemandangan yang sangat superb! Time ni baru dapat melihat dunia dari kaca mata burung gitiewwww.... Feeling dia sangat awesome... Orang yang ringan macam TWH lama sikit la melayang-layang kat udara... Kalau yang berat tu momentum dia tinggi, so cepat sikit la turun ke bawah... hehe... 

Wajah-wajah gembira anak-anak yatim yang menerima sumbangan dari HACAW Skydive... Terima kasih kepada para peserta atas sumbangan yang diberikan....

Nah TWH belanja video HACAW skydive untuk tatapan anda




Sekian dahulu daripada TWH. Sebarang pertanyaan atau kecaman boleh terus tulis di ruangan komen yang disediakan.... heheh

Terima kasih
'Bermain sukan lasak sambil beramal'