Assalamualaikum semua....

Hari ini TWH nak berkongsi sedikit pengalaman TWH ke Bandung bersama parents menggunakan perkhidmatan Dom Tour pada bulan Ogos 2016. Kalau benda baik kita share-share lah dengan orang lain bagi memudahkan orang lain pula. So, untuk mereka yang nak jenjalan dekat Bandung tapi belum decide supir atau agent, TWH syorkan anda guna perkhidmatan Dom Tour atas sebab-sebab berikut:

1. Perkhidmatan yang bagus

Memandangkan ini merupakan kali pertama TWH membawa parents dan kali pertama juga parents TWH keluar dari Malaysia, TWH dapat rasakan satu cabaran kepada TWH untuk memastikan parents TWH happy dan selesa walaupun destinasi travel tu cuma Bandung. Ye la... parents TWH tak pernah keluar Malaysia. Banyak perkara yang mereka tak biasa. Contohnya makanan, tempat solat, penginapan dan lain-lain. Kalau TWH pergi sendiri dengan kawan-kawan, kitorang main belasah jer naik angkutan kota atau teksi... makan dekat kedai yang ntah apa2... tido kat hostel... dan sebagainya. Masa tercari-cari supir untuk bawa kami sepanjang di Bandung, tiba-tiba TWH terjumpa Dom Tour. Banyak juga blog yang bagi review positif pasal Dom Tour. So, TWH terus contact Dom Tour untuk booking. Alhamdulillah, rezeki kami... berjaya jugak book walaupun lagi seminggu nak travel. Huhu.... 

So, hari kitorang sampai di Bandung, staff Dom Tour dah tunggu siap-siap dia airport. Ari namanya. Memang seorang yang punctual dan juga sopan santun.. Dengan sopan dia kenalkan diri dia dan angkat barang-barang kitorang ke kereta. Kitorang sampai dah lewat petang. So, Ari bawa kitorang pegi ke hotel untuk check in dan dia juga membantu TWH uruskan hal-hal check in hotel. Btw, Ari boleh speak in English dan Englishnya pun agak bagus. Selepas setel mandi dan solat, Ari membawa kami makan di restoran makanan Padang. Sorry TWH dah lupa nama restoran tu. Yang pasti masakan dia sangat sedap. Berselera parents TWH makan. Next day pun dorang request nak makan situ lagi. Tengok parents makan dengan selera pun TWH dah rasa kenyang... huhu... berdasarkan kata Ari, restoran tu antara yang tersedap di Bandung. Lepas makan malam di situ Ari membawa kitorang jalan-jalan pusing sekitar Bandung untuk melihat suasana dan bangunan-bangunan di Bandung sambil Ari bercerita tentang sejarah Bandung... Zaman penjajahan Belanda dan sebagainya. Kebetulan ibu bapa TWH memang suka dengan sejarah, memang layan laaa... Banyak ilmu yang TWH dapat malam tu. Walaupun Ari masih muda tapi dia ada banyak knowledge tentang sejarah dan politik di Indonesia... Bagus... bagus... 

Esok tu kitorang plan untuk melawat Bandung Utara. Tepat pukul 8 Ari dah datang pick up kitorang kat hotel. Memang punctual. Plan kitorang nak pergi Tangkuban perahu tapi berdasarkan makluman dari Ari, Tangkuban perahu mahal pada hari weekend. Dah naik harga dah sekarang sejak ada company yang uruskan tempat tu. So, kitorang tak jadi pergi Tangkuban perahu. Tapi Ari bawa pergi ke tempat-tempat lain yang tak kurang menariknya seperti floating market, Farmhouse Bandung dan sebagainya. 

The next day tu kitorang pergi Pasar Baru dan Ari upah seseorang untuk guide kitorang di pasar baru. TWH tak tahu yang Ari dah bagi upah dekat budak tu untuk guide dan bawa barang kami... TWH pun bagi juga upah dekat budak tu. Tak apalah... rezeki untuk dia dapat double upah walaupun barang yang shopping tu tak banyak... huhu... Kitorang ada juga request dekat Ari untuk pergi spa dan Ari juga yang tolong telefonkan spa dan bookingkan untuk kami. Pendek kata... kalau dengan Ari, request je apa saja... Nanti dia akan uruskan. Mudah kan? Parents TWH pun suka dengan servis Dom Tour. 


2. Harga berpatutan

Tadi TWH cerita dari segi servis. Sekarang kita cerita bab harga pula. Pada TWH harga yang ditawarkan oleh Dom Tour sangat berbaloi dengan servis yang diberikan. Kitorang bayar IDR1,440,000 untuk 4 hari tapi TWH calculate 3 hari je lah sebab hari pertama dengan hari last tu consider 1 hari sebab TWH sampai Bandung pukul 5 dan balik KL pun pukul 5 juga. So, bermakna harga untuk sehari adalah IDR480,000 termasuk minyak, parking dan tips untuk orang yang jaga parking dan seangkatan dengannya. Actually ada promo time tu. Kalau TWH share pakej Dom Tour kat FB sebelum tarikh travel dapat diskaun lagi 20% tapi TWH tak share pun... Terlupa nak share... hehe... Kalau dapat diskaun 20% jadi IDR384,000 which is murah sangat sebab 2 tahun lepas TWH pernah sewa sehari dengan supir lain IDR550,000 ok.... siap kena belanja dia makan lagi duduk satu meja dengan kitorang... Time tu tak tahu... so bayar je lah.... Btw, walaupun TWH punya harga tu untuk kereta Avanza tapi masa hari kejadian, Dom Tour bagi kereta Toyota Innova dekat TWH.... Lebih besar dan lebih selesa... hehe... Sepatutnya untuk pakej kereta Toyota Innova, harga lebih mahal. 

Siap ada payment receipt tu... Nampak keprofesionalisme dorang kat situ... hehe

Jadi kesimpulannya di sini, TWH syorkan anda guna khidmat Dom Tour di Bandung. Lebih selesa dan lebih jimat gitu..... Confirm tak kena tipu atau kena ketuk...

Contact info: 

facebook: dom tour
Instagram: domtour
Whatsapp: +6281222255582
Email: dom.reservation@gmail.com