Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel

Alhamdulillah... 

Baru-baru ni Hani berkesempatan untuk makan malam di Kuala Lumpur International Hotel bersama rakan-rakan blogger yang lain. 

Ramai para blogger dan wartawan hebat yang turut hadir pada malam tersebut dan kami dihidangkan dengan pelbagai makanan dan cerita yang sangat sedap sampai termimpi-mimpi.

Kuala Lumpur International Hotel terletak di suatu lokasi yang sangat strategik berhampiran dengan tempat shopping dan tempat makan yang popular sekitar Kuala Lumpur. 

Dari Kuala Lumpur International Hotel ini, anda boleh membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Sogo dengan mudah dan mencuba pelbagai makanan yang menarik sekitar Chow Kit Road dan Kampung Baru selain dapat menikmati suasana pasar malam di sekitar Chow Kit Road. 

Selain itu, anda juga boleh menikmati terus masakan yang sangat lazat yang terdapat di Kuala Lumpur International Hotel. 

Untuk makluman, Kuala Lumpur International Hotel merupakan hotel pertama yang dianugerahkan sijil halal di Malaysia. 

Berbeza dengan hotel-hotel lain, semua pekerja di Kuala Lumpur International Hotel merupakan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tempat di dalam Malaysia. 

Yang paling menarik, Kuala Lumpur International Hotel mengekalkan konsep menu masakan melayu asli rakyat Malaysia dari seluruh negeri di dalam Malaysia seperti kerabu, rendang, masak lemak dan sebagainya. Ternyata menu ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai selera orang Melayu. 

Ok, antara menu yang dihidangkan pada malam tersebut adalah:

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel
Rendang Tok. Antara masakan terlazat malam tu.... ramai yang memuji kelazatan menu rendang tok di sini. 
Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel
Kerabu
Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel
Sambal belacan dan ulam ulaman

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel
Udang masak lemak cili api

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel
Kari Kambing
Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel
desert
Terus rasa lapar bila Hani upload gambar-gambar makanan ni sebab masih teringat-ingat kelazatan makanan di sini. 

So apa tunggu lagi, jom la kita mencuba masakan di Kuala Lumpur International Hotel.

Kebetulan sekarang tengah ada promo lunch buffet hanya RM29.00 seorang, Hani ulang sekali lagi HANYA RM29.00 SEORANG! ok... 

Murah sangat... Rugi kalau tak gunakan peluang ini untuk mencuba masakan di Kuala Lumpur International Hotel. 

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Kuala Lumpur International Hotel

Promosi ini khas untuk FB members Kuala Lumpur International Hotel sahaja. Jadi apa tunggu lagi, jom cepat-cepat kita like FB Page Kuala Lumpur International Hotel dengan klik di sini untuk mendapatkan update-update menarik dari Kuala Lumpur International Hotel

FB: @klihotel
Instagram: @klinternationalhotel