Hai semua.... dan salam sejahtera...

Sempena Deepavali yang hampir tiba ini, pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga kan? 

By the way, Hani pun ada plan nak bercuti juga tapi minggu lepas baru start plan. 

Bila nak book hotel, semua tempat dah full. Kecewa!

So, kepada mereka yang nasib tak begitu baik macam Hani, apa kata kita pergi jalan-jalan cari makan sempena Hari Deepavali nanti. 

Pastinya pada hari tu meriah dengan pelbagai jenis makanan tradisi India seperti maruku, putu mayam, vadai dan sebagainya. 

Apa kata anda pergi ke Paya Serai Reastaurant yang terletak di Hilton Petaling Jaya. 

Ini kerana sempena Hari Deepavali, Paya Serai Restaurant menyediakan Spice Trail Buffet yang menghidangkan makanan-makanan asli dari Northern & Southern India yang sangat lazat. 

Terdapat 30 jenis makanan yang anda boleh pilih di sini. 


Promosi ini bermula 24 Oktober 2016 hingga 7 November 2016 yang diketuai oleh Chef S.Vengadeson. Beliau  memulakan perjalanan dalam  bidang culinary sejak 10 tahun yang lalu. 

Walaupun Chef S. Vengadason merupakan graduan dalam bidang Mechanical Engineering tapi minatnya yang mendalam dalam bidang masakan India tidak menghalang beliau untuk terus menceburi bidang ini. 

Walaupun Beliau suka bereksperimen dengan flavour baru dalam masakan, namun Chef S. Vengadason tetap mengekalkan keaslian resipi tradisional. 

Untuk makluman, di sini juga Chef S. Vengadason telah memperkenalkan menu baru yang berasal dari negara India seperti Mysore, Kerala, Rajastani dan banyak lagi. 

Anda boleh mencuba Lamb Shank Briyani, Crab Varuval (Spicy dry curry), Mysore Chicken, Malabar Mackarel Curry dan banyak lagi.

Crab Varuval


Tandoori Malai Chicken


Fried Fish with Indian Spices
Terdapat juga pelbagai jenis roti untuk pilihan anda seperti roti naan dan samosas yang dimakan bersama pelbagai jenis kari seperti palak paneer (dimasak dengan bayam dan cheese) dan aloo ghobi (campuran kentang dengan bunga kobis).




Dhall Tadka


Paneer Saag


Bendi Do Pyaza
Ini adalah antara hidangan yang Hani sempat snap gambar. Sebenarnya terdapat banyak lagi hidangan yang sangat sedap dan lazat yang disediakan di sini thosai, idli, rasmalai, Jelebi, Gulab Jamun, Laddhu dan sebagainya. Anda cubalah sendiri.

Promosi Spice Trails Buffet hanya available waktu Lunch, Dinner dan Weekend Hi-Tea sahaja pada harga RM114 Nett untuk dewasa & RM60 Nett untuk kanak-kanak (Weekend Hi-Tea), RM104 Nett untuk dewasa & RM58 Nett untuk kanak-kanak (Lunch), RM119 Nett untuk dewasa & RM64 Nett untuk kanak-kana (Dinner).

Untuk makluman anda, harga yang diberi itu termasuk 10% cas perkhidmatan dan 6% GST.

Untuk tempahan, anda boleh menghubungi:

Tel: 03-7955 9122 extension 4060/4056
Facebook: www.facebook.com/hiltonpetalingjaya
Website: www.zestpj.com