Hai semua.... 

Anda penggemar makanan Jepun?

Hani? Of Course! 

Apa kata anda cuba makanan Jepun dekat Gen Japanese Restaurant di Sunway Putra Hotel?

Tak jauh dengan PWTC. Kalau anda pergi MATTA Fair ke atau apa-apa event dekat PWTC, apa kata anda singgah sekejap di Sunway Putra Hotel untuk mencuba makanan Jepun di Gen Japanese Restaurant. 

Untuk makluman anda, Gen Japanese Restaurant telah memperkenalkan WEEKDAY LUNCH BUFFET pada harga RM78 nett untuk dewasa dan RM39 nett untuk kanak-kanak.

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant

Buffet ni hanya available bermula hari Isnin sampai Jumaat sahaja pada jam 12.00 pm hingga 2.30 pm. 

Terdapat pelbagai makanan yang lazat dihidangkan di sini yang dibahagikan kepada beberapa corner.

Appetizer dan salad corner 

Anda boleh memilih pelbagai jenis salad seperti Chicken Marble Toast Salad in Hot Sauce Dressing, Edamame, Marinated Seaweed, Renkon kimpira, Kurage Su, Roasted Beef Salad in Asian House Dressing dan banyak lagi.

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant

Sushi Bar

Anda boleh mencuba sushi roll, sashimi dan sushi maki. Di sini merupakan bahagian kegemaran Hani. Memang melting sangat tengok sushi kat sini yang berwarna-warni sambil tengok chef menyediakan sushi. 

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant



Main Dish

Ada nasi (Japanese steamed rice), noodles, ayam, ikan dan pelbagai sayur sayuran.

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant


Japanese Fried Items

Boleh buat ratah-ratah sambil mengumpat makan fried items ni. hehe..

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant
Breaded Crab Claw

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant




Dessert Corner

Ada green tea cheese cake, red velvet cake, french pastries, pudding ais krim dan banyak lagi. makan sampai kembung perut. Haha... 

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant

Selain itu, Gen Japanese Restaurant juga menawarkan WEEKEND JAPANESE DINNER BUFFET pada harga RM98 nett untuk dewasa dan RM49 nett untuk kanak-kanak. Siap free parking lagi oke!

Oh ya, kalau anda taknak buffet... anda juga boleh mencuba set BENTO dengan harga hanya RM39 nett sahaja seperti gambar di bawah ini. 

Makanan Jepun yang Pasti Sedap di Gen Japanese Restaurant

Menarik kan makanan di sini? Harga juga berpatutan. So apa lagi, jom la try makan di sini. Serius anda akan rasa puas hati macam Hani rasa. 

Untuk tempahan, anda boleh hubungi 

Phone: 03 40409888
Email: dinesph@sunwayhotels.com
Facebook: www.facebook.com/sunwayputrahotelkl/