Hello everyone... Rasanya not too late la kalau Hani nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua orang kan? Biasanya bila masuk tahun baru je orang akan tanya 'Apa azam baru anda?'

Persoalannya, azam yang tahun sebelum sebelum ni dah tercapai ke tidak?

Ada yang siap kumpul azam-azam dia dari tahun 2010.. Tak tercapai... bawa ke 2011... tak tercapai lagi... bawa ke 2012 dan seterusnya...

Ok , di sini Hani nak senaraikan antara azam yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia.

Anda yang mana satu yaaa.....

#1 Kurangkan berat badan

Paling trending yang Hani dengar azam nak kurus la...
Tapi bila jumpa makanan... Ayat standard 'ok hari ni last aku makan banyak... esok aku diet balik'.
Masalahnya bila masuk hari esok dia repeat ayat yang sama juga sampai ke hujung tahun.
Last-last sampai ke sudah azam nak kurus tu tak berjaya... hahaha... ye dok? haaaa... jangan tak mengaku... uols pun macam tu jugak kan? kan? kan?

#2 Berjimat Cermat

Haaa... sejujurnya Hani nak mengaku. Ini adalah azam Hani tahun 2017...Melihat pada kadar perbelanjaan Hani pada tahun 2016... Hani tak dapat nak nafikan yang Hani perlu lebih berjimat cermat tahun ni. Dengan kadar ekonomi kita yang semakin teruk sekarang ni... kos hidup makin tinggi sedangkan kadar kenaikan gaji tak mampu nak lawan kadar kenaikan harga barang... So, kena la ikhtiar untuk hidup lebih berjimat cermat. Mungkin terpaksa kurangkan travel???!! oh nooooo!!!!!! pengorbanan yang terlalu berat....

#3 Berhenti Merokok

Ye ke? Ada yang berjaya? Kalau ada yang berjaya tu... sekalung tahniah Hani berikan pada mereka... Walaupun Hani tak merokok tapi Hani tau... bukan senang kan nak berhenti merokok? Dah puas Hani bebel dekat suami Hani pun tetap sama sahaja... Takkan berhenti merokok pun... Last-last dah malas dah nak bebel... buat penat jer...

#4 Mengamalkan gaya hidup sihat

Yes. Hani pernah berazam untuk amalkan gaya hidup sihat tahun 2015 and yes... Time tu Hani memang giat pergi Gym... workout lah, zumba lah... hiking lah... masuk running lagi... viper challenge lagi... Macam-macam.... Masalahnya bila masuk tahun 2016... semua tu hanya tinggal kenangan sahaja... Apa yang Hani buat tahun 2016 ehhh? ok takpa... Hani dah dapat idea... Next post Hani nak post pasal summary hidup Hani masa tahun 2016... hehe

#5 Travel

Hohoho.... Walaupun Hani suka travel tapi azam ni tak pernah terlintas dalam hidup Hani sbb Hani akan travel bila Hani rasa nak travel lepas tu kelam kabut cari duit untuk tampung kos travel. Mungkin pada mereka yang tak pernah travel akan pasang azam ni bila tengok kawan-kawan asyik post pasal travel kat facebook or instagram. Tak apa... selagi umur masih muda, pergilah travel... Duit boleh cari.. Apalah sangat kos untuk travel kalau dibandingkan dengan pengalaman yang kita dapat dari negara orang. Banyak tau benda yang kita boleh belajar dari negara orang. Dari segi sejarah, culture, ekonomi, nature dan banyak lagi. Time tu baru kita rasa sama ada kita bersyukur dengan apa yang kita ada atau sebaliknya. Kalau tak kaya macam Hani, tak perlu la travel ala2 orang ada ada... travel cara orang miskin pun tak apa... sebenarnya travel cara orang miskin lebih seronok dan banyak cabaran dia dan pengalaman yang kita dapat tu memang superb!

#5 Berkahwin

Azam ini Hani selalu dengar masa usia Hani antara 25 - 28 tahun... Sebab time tu ramai yang tengah nak menggatal termasuk Hani sendiri. Alhamdulillah... umur 29 tahun 10 bulan Hani kahwin. Agak lambat sebenarnya untuk perempuan tapi tak kisah la... ada baik dan buruknya sebenarnya kawen lambat. Yang penting kita sentiasa berfikir positif. Apa yang Tuhan aturkan pada kita adalah untuk kebaikan kita juga. So, yang mana yang berazam nak kawen tahun 2016 tapi tak tercapai... Jangan la bersedih ok... Ada hikmah semua tu... Ada sebab Allah lambatkan perkahwinan anda... Yang penting, anda hargailah hidup anda sekarang.. Anda kena ingat... Hidup sebelum dan selepas kawen tak sama tauuu...

#6 Kumpul Aset

Memang sesuatu yang bagus kalau anda mempunyai azam untuk kumpul harta especially rumah. Semua orang tahu yang harga rumah makin lama makin mahal. Kenaikan harga rumah pun laju dari tahun ke tahun. So, kalau anda tidak bertindak dari sekarang, bila lagi? Nak tunggu gaji naik baru nak beli rumah? Baik anda lupakan je lah hasrat anda. Kalau anda mempunyai pemikiran macam itu... sampai anda umur 40 tahun pun belum tentu anda akan memiliki sebuah rumah. Banyak cara yang anda boleh cuba demi memiliki sebuah rumah. Boleh menuntut ilmu dengan hartawan-hartawan rumah. Study macam mana strategy mereka. It is a good investment. Kalau anda bijak, umur 30 tahun pun anda dah mampu memiliki 5 biji rumah dan mungkin lebih. Tak perlu tunggu jadi kaya baru nak beli rumah.