Lately ni Hani tengok ramai yang mula berlumba-lumba nak berkongsi trip siapa yang paling termurah sekali di dunia... 

Errr.... Ada award ke untuk traveler yang berjaya memaksimumkan penjimatan? Kalau ada award Hani pun nak jugak. Tapi Hani lagi suka kalau award tu diberi dalam bentuk wang ringgit. Muahahaha..... 

Dengar kata ada yang berjaya travel ke Korea hanya dengan RM200.... Dengar je laa... Tak tahu betul ke tidak apa yang Hani dengar ni.

Kalau betul anda berjaya mendapat penjimatan sampai ke tahap itu baguslah... Tapi ada beberapa persoalan bermain di minda Hani.

Pertama, berapa lama dia travel tu? 2 hari? 3 hari? atau hanya 2 jam?

Kedua, transport? Macam mana dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat? Mungkin hanya berjalan kaki jer kot sekitar seoul city? Kuat kakinya tu... jaguh marathon agaknya...

Ketiga, tidur dekat mana? Ermmm mungkin dia ada saudara atau kawan-kawan kat sana kot. So, dah boleh jimat kos penginapan kat situ.

Keempat, makan? Apa yang dia makan? Ouh lupa... dia makan sardin... 

Kelima, dia melawat tempat apa je? Mungkin cuma pergi tempat free yang tak kena admission fee... 

Kalau inilah penjimatan yang dia buat, memang tak mustahil dia boleh pergi dengan kos RM200. Tapi masalahnya tak semua orang mampu buat seperti itu.

Travel adalah something yang subjektif which is kita tak boleh nak measure dengan hanya berapa kos yang kita dah habiskan dalam trip tu sebab setiap orang mempunyai objektif yang berbeza. 

#Pertama

Ada yang travel just untuk show off kat kawan-kawan facebook atau insta. 

Ok, aku dah berjaya sampai US, UK, Greece, London.....

Aku mampu duduk hotel mewah kat sini... kau hado? *flip hair*

Tapi bila ditanya tempat-tempat menarik di situ? Apa sejarah kat situ? Apa makanan yang best dekat situ?... Habuk pun tak tahu!

Habis kau buat apa kat sana dik? Oh, lupa.. Nak show off kat kengkawan jer.

#Kedua

Ada juga yang jenis travel suka membeli-belah. Maklumlah kat negara sendiri tak ada barang-barang tu... 

So, habis satu kedai dia borong barang-barang tu siap balik buat business lagi. 

Kalau manusia yang macam ni agak-agak RM200 tu cukup ke dia nak survive? 1 jam pun dah habis RM2000. Acener tu?

#Ketiga

Manusia yang jenis yang pentingkan keselesaan. 

Buat apa travel tapi terpaksa merempat di jalanan. 

Tidur tepi jalan, merempat di rumah orang tak kenal. 

Bersempit di asrama backpackers. Kongsi bilik air dengan orang dari negara lain... 

Dah penat berjalan sure la malam tu nak berehat dengan aman dan selesa untuk sambung perjalanan keesokkan harinya.

#Keempat

Manusia yang jenis travel nak cari pengalaman.

Ada juga manusia macam ni yang jenis memang travel nak rasa sendiri pengalaman local people kat negara yang dia pergi tu.

Dia akan naik public transport, makan local food, tinggal di rumah orang tempatan dan join aktiviti-aktiviti orang tempatan kat situ.

Hah, kalau macam ni mungkin la dia boleh survive dengan RM200 jer.

Jadi, apa yang hani nak tekankan kat sini bahawa setiap orang mempunyai tahap kepuasan yang berbeza. 

So, pada Hani nak compare compare kos travel siapa paling murah tu sangat tak relevan! Sangat tak relevan ok!

Anda sendiri yang nak travel. Jadi anda sendiri kena tentukan travel style macam mana yang boleh memaksimumkan kepuasan anda. 

Kalau anda rasa tujuan utama anda travel adalah pengalaman dan anda boleh survive dengan keadaan yang tidak selesa, just go ahead. 

Pada hani, traveler yang paling berjaya adalah traveler yang berjaya memaksimumkan kepuasan diri sendiri... Bukannya memaksimumkan penjimatan.