Alhamdulillah... setelah sekian lama... Yes!! I am Back!

Since 2016 based on my last post kat dalam blog ni, now I am back! Reason Hani menyepi sebegitu lama adalah disebabkan blog Hani ni entah macam mana tak boleh nak dihidupkan.

Dan entah macam mana tiba-tiba hari ni blog Hani hidup kembali dengan hanya klik 1 button sahaja. Magic tak?

Betullah kata orang yang ajal maut di tangan tuhan. hahaha! (Ok, Tak ada kaitan)

Ok I am really missed writing on my blog because I really like writing. 

I like to share my activities, my idea, my life and everything. Ermmm... Bukan tujuan untuk riak ye. Korang jangan salah interpret pulak.

Kengkadang ni netizen amat menakutkan. Lebih menakutkan dari hantu.

Sebab itu ada beberapa kes yang intafamous, blogger dan seangkatan dengannya tertekan sampai nak bunuh diri.

Nak jadi orang popular bukan senang dik. Hati tu kena kuat, kena keras, kena kental! 

Kalau setakat kena usik sikit dah down better jangan jadi popular. 

Seseorang tu jadi popular kerana diangkat sebagai idola oleh pengikut-pengikut atau peminat-peminat beliau. Jadi, sebagai idola, korang perlu menunjukkan contoh teladan yang baik untuk pengikut-pengikut korang. Bukannya dengan cara buat video lucah tayang kat seluruh dunia atau buat announcement kat seluruh dunia yang korang tu tak berpuasa dan tak solat.

Contoh paling senang sis bagi kes adik Faiz Roslan tu ha... Muda lagi budak tu. Mungkin belum cukup matang dan fikir semua pengguna instagram adalah sebaya dia. Tau nak seronok ja post benda-benda merapu kat IG. Tak pepasal kena sound bertepek-tepek dengan akak-akak dan abang-abang senior.

Tak cukup tu segala ustaz-ustaz dan daie-daie pun turut sound jugak. 

Hani nak cerita sikit pengalaman Hani. Waktu tu Hani sekolah menengah dan Hani ada seorang adik tengah belajar di tadika.. umur 5 tahun. Time tu Hani borak dengan adik Hani pasal aurat dan hukum halal haram yang paling basic level budak-budak tadika.

Adik: akak, lelaki dengan perempuan boleh pegang tangan kan?

Sis: Eh, mana boleh... haram tau laki dengan perempuan bersetuhan. (Sis malas nak tambah ayat kalau bukan mahram. Nanti dia tanya pulak mahram tu apa. pastu soalan akan jadi melarat.)

Adik: Tapi adik nampak ada orang laki dengan perempuan pegang tangan... ok jee...

Sis: (Alamak, aku nak jawab apa ni? Hani tarik nafas panjang-panjang Hani jawab) Mungkin sebab mereka tu suami isteri kot. Kalau suami isteri boleh pegang tangan. 

Dan seperti biasa.. soalan budak-budak akan sentiasa melarat walaupun cuba dielak. Kenapa? Kenapa dan kenapa? 

Ok, tu paling basic ye. What if ada budak-budak taknak puasa then bila ditanya kenapa tak puasa budak tu akan jawab, "Faiz Roslan tak puasa ok je."

Hah! macam mana nak jawab tu?

Lain kali hati-hati dik kalau nak post sebab netizen ni datang dari pelbagai background. Tak semua yang kita buat di media sosial akan mendapat sokongan dan pujian dari netizen. 

Sebelum decide untuk post sesuatu kat media sosial, korang kena tanamkan dalam minda korang tu yang tak semua manusia akan suka apa yang korang post. Kalau korang memang manusia tak popular tak apa la... Tapi kalau korang jenis manusia popular? korang solat dalam kereta pun orang kecam okeh! 

So, nasihat Hani untuk kita bersama... kalau nak post sesuatu di media sosial... Jangan post benda-benda mengarut yang boleh mengundang kemudaratan kepada diri sendiri dan netizen. 

Ok, bye!