Pada sesetengah orang mungkin menganggap Sri Lanka bukanlah destinasi idaman mereka. Tak seperti melancong di London, Paris, US, New Zealand, Australia dan seangkatan dengannya. Ini kerana ramai yang menganggap negara seperti Sri Lanka kotor dan tercemar sama seperti di India.


Hani belum pernah sampai India, tapi suami Hani pernah pergi India. Katanya Sri Lanka lebih bersih dan tak sekotor India. Yes, Hani akui sebab sepanjang Hani berada di Sri Lanka Hani rasa tahap kebersihan di Sri Lanka tak ada lah teruk sangat pun. Lebih kurang Malaysia jer. 

So, dalam entry kali ni Hani nak share sikit pengalaman Hani dan suami backpack di Sri Lanka selama 3 hari 4 malam. Kenapa 4 malam? Sebabnya kami sampai di Sri Lanka waktu malam dan balik pun waktu malam jugak. 

Memandangkan trip kali ni hanya kami berdua, jadi kami bercadang untuk buat ala2 backpackers so kami tak book mana-mana hotel pun kecuali malam pertama sahaja. Kami book hotel yang berdekatan dengan airport. Hotel murah-murah aja tapi agak menyeramkan sebab Hotel agak pedalaman macam dalam kawasan kampung dan jalan sangat gelap. Kehadiran kami siap disambut oleh salakan anjing yang sangat kuat. Gugur jantung. Brader yang bawa tuk tuk tu pun lain macam muka dia macam nak suruh kitorang bayar cepat-cepat lepas tu dia nak blah cepat-cepat. huhu

Antara rancangan dan objektif utama trip kami adalah panjat Adam's Peak dan Scuba Diving. Apa yang menariknya dengan Adam's Peak ni? Ok, nanti Hani akan cerita dengan lebih details tentang Adam's Peak sebab entry kali ini Hani nak fokus pada itinerary dahulu.

Malam Pertama


Kami tiba di Colombo lebih kurang pukul 9.50 malam bersamaan pukul 12 waktu Malaysia. Di Colombo Airport, Hani agak tertarik dengan kedai-kedai yang terdapat di sini. Biasanya mana-mana airport pun, terdapat pelbagai kedai yang jual handbag, perfume, coklat atau apa-apa butik branded. Tapi di Colombo lain sikit. Ada jual alat elektrik ok! Agaknya ada ke orang beli mesin basuh kat airport bawa masuk flight? hurmmmmm... Misteri yang masih belum terjawab... huhu

Seperti biasa, sebelum kitorang meninggalkan airport, kitorang beli simkad dulu. Antara keperluan penting setiap kali travel. Paling penting adalah internet. Mana-mana destinasi yang Hani pergi, Hani prefer untuk beli simkad dan tukar duit di airport. Biasanya Hani akan beli convert dalam bentuk USD dulu di Malaysia. Sampai ja dekat negara yang dituju, Hani akan tukar kepada duit tempatan. Senang sebab USD ada di mana-mana.

Setelah selesai urusan di airport, kami keluar mencari transport yang boleh bawa kami ke hotel. Banyak teksi-teksi dan 'grab car' yang dok tunggu pelancong-pelancong di luar airport and surprisingly kereta yang tunggu tu semua kereta mahal-mahal ok. Kereta baru lagi. Tapi dia punya charge.. Mak aihhhhh mahal nak mampos. Nak pergi hotel yang jarak 3km dari airport pun dia dah pau RM100. Memang tidaklah kitorang nak naik teksi atau kereta. Kitorang sanggup jalan mencari tuk tuk dan akhirnya kami jumpa tuk tuk. Selepas tawar menawar, dapat la harga murah sikit. Lebih kurang RS300 untuk 2 orang atau RM8.30 after convert. Jauh beza weh RM8.30 dengan RM100.. haha.. Nasib baik kami tak termakan pujuk rayu driver kereta tu. No wonder la dorang mampu beli kereta mahal buat bisnes. Banyak untung rupanya. Huhu...

Hari Kedua

Pada keesokan harinya, kami terus bertolak dari hotel ke airport bus station dengan menaiki tuk tuk. Kemudian dari airport, kami menaiki bas ekspres menuju ke Colombo Train Station. Actualy bas ekspress tu dia guna van jer. So, harga tambang bas tu dalam RS500 untuk 2 orang. Bersamaa RM13.80. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Ala, macam KLIA nak ke KL la camtu.


Harga tiket train dari Colombo ke Galle adalah LKR180 dengan jarak yang lebih kurang KL ke Ipoh. Hah, korang convert la sendiri kepada MYR kalau nak bajet harga.

Masa di Railway Station ni Hani ada fefeeling macam dalam cerita Harry Porter sikit walaupun rakyat keliling tak macam rupa rakyat dalam Harry porter tapi rupa railway Station tu agak klasik gitu.


Kalau korang pegi Sri Lanka, korang wajib naik train ok.. WAJIB!! kalau korang tak cuba naik train korang memang rugi sebab pemandangan sepanjang dalam train tu emang superb!! Nah, belanja sekeping gambar yang Hani sempat snap masa dalam perjalanan ke Galle.


Cantik kan? Ni baru sikit tau... Banyak lagi view yang cecantik. Nak tahu, korang kena pergi ke Sri Lanka dan nikmati pengalaman dan pemandangan yang menarik di sana.

Tujuan utama kami pergi ke Galle adalah untuk diving. Tapi nasib tak menyebelahi kami sebab time tu musim tengkujuh. Laut bergelora. Ombak kuat dan visibility sangat low. Kebanyakan diving centre tak galakkan kami untuk diving sebab sangat berisiko dan khuatir kami takkan enjoy diving.

Jadi, kami batalkan hasrat untuk diving dan gantikan dengan aktiviti merempit di sekitar Galle menikmati keindahan dan tinggalan sejarah di sekitar sini. Kami juga sempat menyaksikan cara traditional rakyat kat sini memancing ikan yang dinamakan stilt fishing.



By the way, sepanjang di Galle kami menyewa skuter dengan kos RS2000 sehari kalau tak silap. Sebenarnya dah lupa berapa harga sewa skuter tu tapi lebih kurang lah. Sorry lah tak boleh nak recall balik harga sewa skuter ni.

Hari Ketiga

Pada hari ketiga, kami siap-siap packing baju awal pagi untuk balik semula ke Colombo dengan menaiki train. Kemudian dari Colombo, kami menaiki bas pula untuk ke Adam's Peak. Perjalanan hari ketiga agak mencabar sebab kami perlu naik turun tukar bas awam untuk sampai ke kaki Gunung Adam.



Sempat snap gambar dorang ni ha dok merenung sakan tengok Hani
Kami menjadi tumpuan penduduk-penduduk tempatan di sini bila kami menaiki bas awam. Hani tak pasti kenapa. Mungkin jarang jumpa orang luar naik bas kot? Entah la. Tapi mata semua orang dalam bas ni merenung pelik melihat kelibat kami. Seram pun ada. Tapi mereka ni sangat baik dan sangat membantu bila kami dalam masalah.

Kami tiba di kaki Gunung Adam pada waktu malam. So, tak banyak sangat view yang sempat kami saksikan sepanjang berada di sini.

Hari Keempat

Seawal 3.00 pagi kami mulakan pendakian untuk ke Adam's Peak. cuaca sangat sejuk pada waktu itu dan kami perlu memanjat lebih kurang 5500 anak tangga untuk sampai ke puncak yang berketinggian 2243 meter.



Di puncak Gunung Adam terdapat kuil dan dikatakan tapak kaki nabi Adam berada di dalam kuil tersebut. Memandangkan kami ke sini pada low season, maka kawasan kuil ini dikunci dan kami tidak dibenarkan untuk masuk melihat kesan tapak kaki Nabi Adam.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami selamat sampai ke bawah. Sesampai di hotel, kami bersihkan badan dan sambung tidur sekejap sebelum berkemas untuk pulang ke Colombo semula.

Dari hotel, kami menaiki tuk tuk hingga ke Hatton dan dari Hatton kami menaiki private bas yang merupakan van sebenarnya untuk ke Colombo. Kos tuk tuk dari hotel ke Hatton lebih kurang RS1500 dan private bas dalam RS700.

Semasa dalam perjalanan menuju ke Hatton, kami sempat menikmati pemandangan yang indah dah berhenti sebentar untuk bergambar di sekitar kawasan ini.


Tasik ini merupakan empangan yang digunakan untuk membekalkan air keperluan air untuk penduduk Sri Lanka. Menurut kata uncle tuk tuk, mereka tidak dibenarkan memancing ikan di tasik ini kerana dikhuatiri akan mencemarkan kebersihan air. See? Siapa kata Sri Lanka kotor? Mereka sangat menjaga kebersihan ok. So, korang tak perlu risau dengan kebersihan air di Sri Lanka.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Hatton ke Colombo. Kami tiba di Colombo lebih kurang pukul 4 petang.

Sementara tunggu flight kami yang dijadual kan pada pukul 10 malam, kami menghabiskan masa sebentar berjalan-jalan keliling bandar Colombo dan mencuba makanan di sekitar bandar ini.

So, berikut adalah ringkasan perjalanan kami selama 3 hari 4 malam.

Day 1
9.50 pm - Arrived Colombo
              - Stay 1 night at near to the hotel

Day 2
8.30 am - Depart from hotel to Colombo Fort Station
1.15 pm - Depart from Fort Station to Galle
3.30 pm - Arrived Galle
              - Check in hotel
              - Ronda-ronda area Galle naik skuter

Day 3
8.30 am - check out dan jalan-jalan sekitar bandar Galle
10.00 am - Depart from Galle to Colombo
12.15 pm - Arrive Colombo.
2.00 pm   - Take bus to Hatton
5.30 pm   - Arrive Hatton and change bus to Sripada (Kaki Gunung Adam's Peak)
7.00 pm   - Arrived and check in. Sleep and rest

Day 4
3.00 am - Start hiking Adam's Peak
6.30 am - Reach Peak
8.30 am - Reach down. Rest and sleep
10.00 am - Depart from Adam's Peak to Hatton
11.00 am - Arrived Hatton
12.00 pm - Depart to Colombo
4.00 pm - Arrived Colombo. Jalan-jalan cari makan
7.00 pm - Depart from Colombo to Airport
10.00 pm - Bye bye Sri Lanka

Total kos untuk seorang:

Flight Air Asia - RM500 (return)
Public Transport - RM100
Penginapan - RM110
Lain-lain - RM80

Jumlah keseluruhan - RM790