Aceh merupakan salah satu provinsi di dalam Indonesia dan terletak di Pulau Sumatera. Dahulu, Aceh merupakan tempat di mana bermulanya penyebaran Agama Islam di Asia Tenggara.


Sebelum Tsunami melanda, penduduk Aceh berjuang untuk menuntut kebabasan daripada cengkaman orang luar mahupun Kerajaan Indonesia sendiri. Rakyat Aceh beranggapan mereka mampu membentuk Negara mereka sendiri dan bebas dari cengkaman politik Kerajaan Indonesia. Aceh merupakan kawasan yang sangat kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan gas di mana gas di Aceh merupakan yang terbesar di dunia. Mereka yakin, tanpa campur tangan Kerajaan Indonesia, mereka mampu menjadi negara yang lebih maju dari sekarang.

Pada tanggal 26 Disember 2004, tsunami telah melanda Aceh di mana lebih kurang 170,000 rakyat Aceh telah terbunuh di dalam tragedi tersebut. Bagi penduduk Aceh, Tsunami telah membawa kesan yang positif kepada mereka kerana selepas Tsunami melanda, mereka berjaya menyelesaikan konflik politik yang melanda sejak sekian lama. Aceh juga semakin maju dan mula menjadi daya tarikan pelancong luar.

Hani bertolak dari Kuala Lumpur bersama keluarga pada pukul 7.30 pagi dan tiba di Banda Aceh pada pukul 8 pagi. Hani anggarkan perbezaan masa antara Kuala Lumpur dengan Aceh lebih kurang 1 jam 15 minit.

Ketika kami tiba di airport, supir dah siap-siap tunggu dah di balai ketibaan.

Public transport di Aceh tak begitu maju sangat. So, untuk memudahkan perjalanan, Hani cadangkan anda upah lah supir. Lebih mudah. Nak pula kalau anda membawa keluarga.

Di Aceh, anda tak perlu risau tentang keselamatan. Di sini semua penduduk sangat baik dan kegiatan jenayah sangat kurang. Boleh dikatan hampir tiada kes jenayah seperti kecurian, rompakan, pelacuran dan seangkatan dengannya. Sangat aman!

By the way, setibanya kami di airport, kami terus dibawa oleh pemandu menuju ke Pelabuhan Ulee Lheu untuk naik feri menuju ke Pulau Weh. Perjalanan daripada airport ke pelabuhan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Untuk makluman anda, sekiranya anda menaiki teksi dari airport menuju ke pelabuhan, anda perlu sediakan kos tambang teksi sebanyak 120,000 RP dengan maksimum jumlah penumpang 3 orang.

Di sini terdapat 2 jenis Feri iaitu feri laju dan feri perlahan. Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui jadual feri beroperasi. 

boat schedule aceh
Kami berjaya menaiki feri laju pada pukul 10.00 pagi. Perjalanan daripada Pelabuhan Ulee Lheu menuju ke Pulau Weh mengambil masa lebih kurang 45 minit dengan menaiki feri laju. 

Di Aceh, Pulau Weh juga dikenali sebagai Pulau Sabang. Jadi jangan terkejut atau confuse pula bila penduduk tempatan di sini asyik cakap Pulau Sabang. Sebenarnya sama sahaja kedua-duanya.

Pemandu kami di Pulau Weh dah siap-siap menunggu kami di Pelabuhan Balohan untuk membawa kami ke Mr. Bean Resort yang terletak di Iboih. Perjalanan dari Balohan ke Iboih mengambil masa 1 jam. Lama kan?

Di sini Hani kongsikan peta Pulau Weh. Kenapa perjalanan dari Balohan ke Iboih mengambil masa selama 1 jam?


Anda nampak tak di mana terletaknya Balohan dan di mana terletaknya Iboih? Satu dekat selatan, satu lagi dekat Barat. Jalan pula berbukit dan melingkar-lingkar. Kalau anda jenis cepat pening dalam kereta, lebih baik anda sediakan minyak angin.

Kenapa Hani pilih Iboih? Kenapa tak menginap sahaja di tempat yang lebih dekat dengan bandar?

Kalau anda pergi Aceh dengan tujuan untuk diving sahaja, anda boleh menginap di Sabang atau Sumur Tiga. Tetapi kalau anda pergi ke Pulau Weh untuk tujuan snorkeling, Iboih adalah yang terbaik untuk anda kerana satu-satunya port untuk snorkeling adalah di Pulau Rubiah, berhadapan dengan Iboih.

Memandangkan ibu bapa dan adik-adik Hani tak ada lesen diving, maka kami bercadang untuk melakukan aktiviti snorkeling sahaja di sini. 

Sepanjang di Pulau Weh selama 3 hari 2 malam, kami menginap di Mr. Bean Resort yang terletak di Iboih. Lebih kurang 1,100,000 RP untuk seorang untuk tempoh 3 hari 2 malam tersebut.



Murah ke tidak? Pada hani ok je harganya sebab dalam pakej tersebut dah termasuk sekali airport transfer pergi dan balik. Dan termasuk juga dengan pakej snorkeling uolsss.

Sebenarnya pakej tersebut tidak termasuk snorkeling, makan dan minum tapi Hani berjaya nego dengan tokey Mr. Bean untuk dapat free snorkeling di Pulau Rubiah. Siap guide tu tolong ambil gambar lagi dalam laut. Makan tengah hari pun disediakan tapi Indo Mee goreng sahaja lah ya.

Hari pertama kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sini. Untuk makluman, cas untuk tour di sekitar Pulau weh adalah 100,000 RP untuk sehari dan 50,000 RP untuk separuh hari seorang. Murah sangat. Bersamaan RM15 - RM30 sahaja untuk seorang.

Antara tempat-tempat yang kami sempat melawat adalah:

Pantai Gapang



Kami cuma spent masa selama lebih kurang 20 minit sahaja di sini untuk bergambar dan rileks-rileks mencari ketenangan sambil melihat panorama yang indah. Cukuplah sekadar untuk menambah koleksi gambar di instagram.

Gua Sarang

Tempat ini dibina dan diuruskan oleh syarikat swasta. Jadi, untuk masuk ke Gua Sarang, anda perlu membayar 5,000 RP seorang per entry.



Gambar ini di ambil dari bahagian atas. Sebenarnya anda boleh menuruni anak tangga hingga ke bawah dan di situ anda dapat melihat gua yang cantik dengan air laut yang jernih macam kristal. Memandangkan Hani datang bersama ibu bapa Hani dan mereka tak sanggup untuk turun anak tangga yang banyak tu, maka kami hanya lepak sahaja di atas sambil layan view.

Kilometer zero

Penduduk di Aceh memanggil tempat ini sebagai Kilometer Nol yang bermasuk Kilometer Zero. Terdapat monumen yang mempunya makna yang menarik simbolik kepada Pulau Weh. Kilometer Nol merupakan titik pertama Indonesia dari arah Barat.



Hani cadangkan anda melawat kawasan ini ketika sunset. Memang cantik view sunset di sini.

Rubiah Island



Pulau Rubiah merupakan sebuah pulau yang kecil terletak berhadapan dengan Iboih. Dari Mr. Bean Resort pun anda boleh nampak port snorkeling di Pulau Rubiah. Nama Pulau Rubiah diambil sempena nama isteri kepada seorang ulama. Penduduk tempatan di sini mengatakan bahawa tanah di Pulau Rubiah tersebut dimiliki oleh isteri ulama tersebut.

Pulau Rubiah merupakan satu-satunya tempat snorkeling yang terdapat di Pulau Weh. Terdapat buaian dan motor diletakkan di dalam dasar laut untuk dijadikan tarikan para pelancong. Hani sempat bergambar dengan motor di dasar laut tersebut. Tapi Hani tak dapat bergambar dengan buaian sebab terlalu dalam dan Hani tak mampu nak free diving sedalam tu.

Sedangkan nak free dive dekat motor macam dalam gambar bawah ni pun beberapa kali cuba baru dapat.



Terdapat beberapa lagi port untuk diving di sekitar Pulau Rubiah. Namun demikian arus terlalu kuat. Ada yang bagitahu Hani bahawa Pulau Weh memang terkenal dengan kawasan arus deras oleh para diver. No wonder lah. Susah juga la nak control buoyancy bagi Hani yang baru beberapa kali dan jarang diving ni.



Untuk Tour di Pulau Rubiah, kami dujemput oleh boat dari Mr.Bean Resort. Hani kagum seketika melihat boat yang berwarna-warni tersebut. Bukan setakat warna sahaja yang menarik. Lebih menarik lagi bot tersebut ada kaca jernih di lantai. Mula-mula naik bot tu Hani pelik juga memikirkan apa fungsi tong tersebut dan apa fungsi kaca tersebut. Rupanya kaca tersebut berfungsi untuk melihat dasar laut dari atas bot.

Serius kami memang excited gila!



Kesesokan harinya kami hanya berehat sahaja di Mr. Bean Resort sampai tengah hari dan kami mula packing barang-barang untuk bergerak ke Banda Aceh. Resort owner sangat baik. Beliau lah yang membantu Hani untuk arrange segalanya termasuk hal-hal transport, snorleking dan diving. Anda boleh kawtim harga dengan owner dia. Memang senang bawa berbincang.