Kedua-dua camera ni merupakan antara kamera yang terbaik. Hani ambil masa berbulan untuk kaji kamera yang mana paling sesuai untuk Hani. Kalau ikutkan hati nak ja beli kedua-dua sekali tapi apakan daya, hanya mampu beli salah satu sahaja. Itu pun macam- macam aspek nak kena kaji dari segi keperluan, kualiti, warranty, support, kos dan seangkatan dengannya.

gambar dari page http://cameracreativ.com/compare/gopro-hero-6-vs-olympus-tg-5

Mungkin ada yang tertanya, dalam banyak-banyak camera kenapa Hani hanya buat perbandingan untuk dua camera ini sahaja?

Kalau anda nak tahu, GoPro merupakan the best Action camera di abad ini manakala Olympus Tough TG-5 merupakan the best compact camera di abad ini. Sebenarnya kedua-dua product ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Bergantung kepada anda untuk pertimbangan yang mana paling sesuai untuk anda.

Jadi, post kali ni Hani nak bantu anda yang mempunyai situasi sama macam Hani untuk membuat pilihan yang terbaik supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Untuk makluman, dalam post ini Hani tak specific sangat pada gopro hera apa. Just kamera gopro secara umum dan Hani lebih fokus kepada non-profesional photographer macam Hani. Haha..

Apakah perkara yang anda perlu lakukan sebelum mengambil keputusan untuk membeli kamera?

1. Memahami siapakah anda

Adakah anda seorang youtuber? Skydiver? Scuba diver? motor rider? surfer? Traveler? Hiker atau seangkatan dengannya?




2. Memahami keperluan kamera untuk anda.

Anda sendiri perlu jelas apa tujuan anda ingin memiliki sesebuah kamera terlebih dahulu. Adakah untuk capture moment moment penting? Ingin menghasilkan video yang menarik? Mengambil gambar pemandangan yang indah? Mengambil gambar hidupan laut?

Sekiranya anda berminat kepada hidupan laut especially hidupan laut yang kecil-kecil tu, Olympus Tough TG-5 merupakan kamera yang paling sesuai untuk anda. Namun demikian, GoPro dah banyak buat improvement pada Hero 6 dan mungkin sesuai juga untuk para scuba diver. Cumanya Gopro Hero 6 masih mengekalkan features fixed focus lens. Tak boleh zoom. Mungkin kurang digemari oleh mereka yang gemar pada hidupan laut yang kecil.

Sekiranya anda melakukan aktiviti seperti skydiving, GoPro Hero adalah camera yang paling sesuai untuk anda kerana ianya bersaiz kecil, ringan dan sememangnya direka untuk memudahkan anda attach kamera tersebut di helmet dan gambarnya yang wide angle akan memberikan hasil gambar yang lebih dramatik.

Apa kata kita buat perbandingan dulu bagi kedua-dua kamera ini dari beberapa sudut.

1. Saiz

Gambar dari http://cameracreativ.com/compare/gopro-hero-6-vs-olympus-tg-5

Dari segi saiz ternyata Gopro mempunyai saiz yang lebih kecil dan lebih ringan iaitu separuh dari berat Olympus TG-5. Ia mudah dibawa ke mana sahaja untuk pelbagai aktiviti berbanding Olympus Tough TG-5 yang mempunyai saiz yang lebih besar.

My Score: Gopro Hero

2. Keluasan gambar



Gambar nudi yang diambil menggunakan Olympus tough TG-5

Gopro Hero mempunyai keluasan gambar yang lebih tinggi berbanding Olympus TG-5 iaitu masing-masing 170 darjah dan 130 darjah. Maka untuk mereka yang suka ambil gambar pemandangan, anda pasti akan rasa sangat berpuas hati dengan hasil Gopro. Tapi bagi mereka yang gemar mengambil gambar macro object, lebih baik anda pilih Olympus Tough TG-5 kerana Gopro Hero tidak mempunya features zoom. 

My Score: Gopro Hero sebab Hani lebih suka ambil gambar pemandangan

3. Jangka Hayat Bateri

Bateri Gopro Hero mampu bertahan selama 105 minit pada 1080p 30fps manakala Olympus TG-5 hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja.

My Score: Gopro Hero

4. Waterproof

Kedua-dua kamera ini adalah waterproof tanpa menggunakan waterproof casing. Namun demikian, Gopro Hero 5, 6 and 7 hanya mampu bertahan di dalam air pada kedalaman 10 meter sahaja tanpa waterproof casing manakala Olympus TG-5 mampu bertahan sehingga kedalaman 15 meter. Jadi, kepada scuba diver, anda memerlukan waterproof casing sekiranya anda memilih Gopro Hero 7. Tapi anda harus pertimbangkan juga kos waterproof housing bagi Olympus Tg-5 sekiranya anda  ingin menyelam jauh lebih ke dalam. Harga waterproof casing bagi Olympus TG-5 tersangat lah mahal iaitu lebih kurang RM1300 - RM1500. Dah lebih kurang sama harga dengan kamera itu sendiri. Jadi, anda rasa berbaloi atau tidak? Terpulang pada penilaian anda sendiri.

My Score: Gopro Hero

4. Auto Setting

Pada Hani, antara Olympus TG-5 dan Gopro, Hani lebih suka dengan auto setting Olympus sebab gopro agak leceh. Ada pelbagai aksesori yang terdapat di pasaran untuk membantu Gopro menghasilkan gambar yang lebih menarik seperti polarize lens, lens filter, external light, zoom lens dan sebagainya. Pada Hani nak install semua benda ni untuk setiap aktiviti berbeza agak leceh especially bila nak pergi diving.

Kadang-kadang masa dalam bot tu kita nak juga bergambar dengan kawan-kawan. Jadi, Hani terpaksa keluarkan red filter yang Hani dah pasang pada gopro. Lepas tu kena pasang balik bila nak turun ke laut. Pernah Hani tersalah pakai filter dan hasil gambar sangat mengecewakan sebab Gopro mempunyai beberapa jenis filter ikut jenis air dan kedalaman air, contoh air di dalam tasik, dalam laut pada kedalaman 12 meter dan laut pada kedalaman lebih dari 12 meter. Hani juga pernah beberapa kali hilang filter di dalam laut sebab terlupa yang Hani tak ikat dengan tali.

My Score: Olympus Tough TG-5

5. Support and warranty

Warranty untuk Gopro hanya 1 tahun manakala untuk Olympus Tough TG-5 adalah 3 tahun. Hani pernah guna Gopro Hero 3+ yang Hani beli since 2014. Sekarang dah rosak. Bila Hani nak hantar repair, tukang repair tu tak advise Hani untuk repair sebab kos repair sahaja adalah RM550. Katanya lebih baik Hani beli sahaja yang baru. Katanya lagi, Gopro takada service and support centre. Dia pun hanya partime yang ambil upah repair gopro. Biasanya Gopro hanya akan bertahan selama 2 tahun. Lepas tu Gopro akan mula buat hal.

My Score: Olympus Tough TG-5

6. Harga

Pada Hani harga kedua-dua kamera ini lebih kurang sama sahaja. Dalam range RM1400 - RM1900.. Anda boleh cek harga tersebut di dalam website iprice untuk mengetahuai harganya yang lebih tepat. Tapi anda perlu juga ambil kira akseseri- akseseri kedua-dua kamera ini. Olympus TG-5 memerlukan akseseri yang lebih kurang berbanding Gopro. Tapi semua ini bergatung kepada keperluan anda. Sekiranya anda hanya menggunakan kamera untuk ambil gambar semasa travel, jadi anda tak perlu akseseri yang complicated. Mungkin akseseri seperti Gopro Pole atau monopod sudah memadai untuk anda.

My Score: Olympus Tough TG-5

Jadi, kesimpulannya di sini, untuk orang seperti Hani, Gopro adalah kamera yang paling sesuai untuk Hani walaupun ada kelebihan dan kekurangannya. Bagaimana pula dengan anda?