Bagi yang pertama kali berpeluang untuk travel ke oversea, anda pasti rasa sangat teruja dan tidak sabar untuk packing barang anda. 

Sila pastikan anda tidak tertinggal barang-barang penting kerana bimbang mood anda akan rosak ketika travel nanti. 

Bagi memudahkan anda, nah... Hani sediakan beberapa senarai barang penting yang anda wajib bawa ketika travel. 

#1 DOKUMEN  PERJALANAN



Dokumen-dokumen ini termasuklah:

Passport. Make sure anda check dulu tarikh luput passport anda. sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tiba tarikh luput tu anda dikehendaki membuat passport baru. 

Visa. Sesetengah negara memerlukan visa. Kenalpasti dulu sama ada tempat yang anda nak pergi tu perlukan visa atau tidak dan berapa lama tempoh untuk siapkan visa. 

Boarding pass. Tapi sekarang dah maju, guna apps atau barcode pun dah ok. Tak perlu print. Kadang-kadang ada juga sesetengah penerbangan tu anda kena pergi check in counter juga untuk dapatkan tiket yang sah. Mereka tak layan boarding pass yang print dari rumah tu. So, sekarang ni Hani memang dah tak print dah boarding pass. Just simpan info tu dalam handphone sahaja. Jimat kertas dan ink. 

Voucher Hotel sebagai bukti anda sudah booking hotel sebab sesetengah hotel, hostel atau gusesthouse akan minta printed voucher tu untuk disimpan sebagai bukti dan rekod mereka. 

Cash, Credit Card dan Kad ATM. Pastikan anda sudah aktifkan kad anda untuk tujuan ke luar negara. 

Itineraries. Buat back up juga dalam phone in case printed copy anda hilang atau tercicir di mana-mana. 

#2 TOILETRIES



Kalau boleh bawalah yang penting sahaja seperti ubat gigi, berus gigi dan pencuci muka. Jangan bawa yang bersaiz besar sebab bimbang akan dibuang masa pemeriksaan kastam. Lagipun memberatkan bag. 

Kalau anda jenis yang tak kisah pakai pencuci muka jenis apa pun, anda tak perlu bawa toiletries pun tak apa. Sampai destinasi nanti baru beli. 

Contohnya kalau anda melancong ke Korea, anda tak perlu bawa skin care pun tak apa. Anda beli sahaja di sana. Harga lebih murah berbanding di Malaysia. 

#3 GADGET



Antara gadget yang penting seperti:

Handphone dan charger
Camera dan charger
Electrical adapter
Power Bank

#4 PAKAIAN 

Baju dan seluar. Bawa setakat mana yang cukup untuk anda mengikut keada iklim di destinasi pelancongan anda. Kalau musim panas cukuplah anda membawa pakaian yang simple sahaja seperti baju T, jeans atau khakis. Pastikan anda tahu waktu travel anda itu pada musim apa. 

Tudung. Kalau boleh bawa tudung yang tak perlu iron dan sesuai dipadankan dengan semua baju. Tudung hitam paling selamat. Kalau tak nak hitam mungkin boleh try warna kelabu army green, coklat atau maroon. 

Pakaian Dalam. Sangat penting. Hani paling takut kalau tertinggal benda ni. Kalau anda nak senang, anda boleh beli yang pakai buang dijual di Guardian atau Watson.

Kasut. Dinasihatkan untuk memakai kasut yang memudahkan pergerakan anda dan selesa. Kaki melecet akan menyebabkan mood anda hilang ketika travel. 

Selipar. Walaupun anda nampak lebih bergaya dengan kasut sneaker atau boot, tapi sediakan juga slipar untuk kecemas. Mungkin anda akan memerlukan ia nanti. 

#5 BARANG-BARANG KESIHATAN



Sanitizer. Untuk kebersihan diri sebab kita tak tahu keadaan di luar macam mana. Hani selalu bawa sanitizer bila masuk hutan. 

Wet Tissue. Malas nak explain panjang. Korang akan tahu kegunaan dia nanti especially bila nak masuk toilet. Bawa jaaaa.

Ubat-ubatan seperti panadol, ubat selesema, ubat gestrik, minyak cap kapak, plaster luka atau mana-mana ubat yang ada rasa perlu untuk dibawa. 

Contact Lens dan kaca mata. Mereka yang rabun tu maku sure bawa kedua-dua ini. Hani lebih prefer daily contact lens sebab dah tak perlu bawa solution. Walaupun pakai contact lens, Hani tetap bawa kaca mata. In case contact lens habis stok sebab asyik terjatuh ja. 

Pernah contact lens Hani hilang sebelah tanpa sedar. Time tu rasa tak selesa dekat mata. Dah la pakai contact lens yang monthly punya. Kaca mata pula tak bawa. Memang bad mood sebab vision tak clear. Start kejadian tu memang Hani akan pakai daily contact lens dan akan bawa extra. 

#6 KOSMETIK


Deodorant. Kalau anda tak kisah orang bau ketiak hapak anda, anda boleh skip keperluan ni. 

Sunblock. Untuk melindungi kulit muka anda dari rosak disebabkan sinar UV.

Lotion. Penting kalau anda travel di tempat yang sejuk untuk elak kulit anda kekeringan dan gatal-gatal. Jari dekat area kuku boleh luka dan berdarah kalau anda tak sapu losyen di tangan ketika musim sejuk. 

#7 LAIN-LAIN



Kaca Mata Hitam. Untuk melindungi pandangan mata anda disebabkan cuaca terik especially kalau anda travel ke pulau

Payung atau baju hujan. Orang cakap sediakan payung sebelum hujan. Sentiasa bawa payung dalam bag anda sebab kadang-kadang kita tak boleh ramal keadaan cuaca.

Botol Air. Lagi bagus anda bawa botol air yang boleh lipat tu. Boleh didapati di sport direct. 

Buku. Untuk menghilangkan kebosanann masa dalam flight bagi mereka yang gemar membaca.

Earphone. Kalau anda jenis yang malas membaca, bawa earphone untuk mendengar lagu atau menonton movie yang dah download dalam phone. 

Pen. Penting sebab selalunya sebelum landed, anda dikehendaki mengisi borang kastam dahulu. 


Hani cadangkan sebulan sebelum tarikh anda travel, anda buat list siap-siap atau sediakan bakul untuk anda campak barang-barang yang anda nak bawa. 

Tengah basuh pinggan tiba-tiba rasa nak bawa botol air, so cepat-cepat ambil botol air tu dan campak dalam bakul tersebut supaya anda tak menyesal masa travel nanti sebab tak bawa barang-barang yang perlu. 

Mungkin ada juga barang-barang yang kita tak ada. So, dalam masa sebulan tu anda masih ada masa untuk beli barang tersebut. 

Ini adalah teknik yang Hani guna. Harap dapat membantu anda.

Selamat melancong dan Hani doakan perjalanan anda dipermudahkan. Aminnnnn.....