Gunung Siguniang, Siguniangshan atau turut dikenali juga sebagai Four Sister Mountain merupakan sebuah gunung yang terletak di Sichuan, China. Terdapat 3 lembah di sekitar Gunung Siguniang iaitu Changping Valley, Haizi Valley dan Shuangqiao Valley. Pekan yang terdekat dengan gunung ini adalah Pekan Rilong.

Gunung Siguniang sangat terkenal dengan keindahannya. Taman Nasional Gunung Siguniang telah dikenalpasti sebagai Tapak Warisan UNESCO sebagai sebahagian daripada Sichuan Giant Panda Sanctuaries pada tahun 2006. 

Gunung Siguniang merupakan gunung tertinggi di Pergunungan Qionglai yang terletak di Barat China. 

Gunung Siguniang mempunyai 4 puncak iaitu:

Puncak 1 - Da Feng. Ia juga dikenali sebagai puncak kakak tertua dengan ketinggian 5,035 meter.

Puncak 2 - Er Feng. Ia dikenali sebagai puncak kakak kedua dengan ketinggian 5,276 meter

Puncak 3 - San Feng. Ia dikenali sebagai Puncak kakak ketiga dengan ketinggian 5,355 meter. Puncak ini lebih mencabar berbanding puncak kedua dan ketiga di mana anda memerlukan teknik asas untuk mendaki.

Puncak 4 - Yaomei Feng iaitu puncak paling tinggi dengan ketinggian 6,250 meter dan ia juga merupakan gunung kedua tertinggi di Provinsi Sichuan. Tak ramai yang mendaki puncak ini kerana tahap kesukarannya.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gunung Siguniang Hani Othman

Gunung Siguniang menjadi pilihan ramai para pendaki untuk mendaki di sini kerana keindahan lanskapnya. Ia juga menjadi salah satu daripada tempat latihan mountaineering kerana lanskap gunung yang sangat sempurna.


Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gunung Siguniang Hani Othman

Gunung Siguniang terletak 220 KM dari barat Chengdu. Perjalanan dari Chengdu ke Rilong mengambil masa selama 4 jam dengan melalui beberapa terowong. Apa yang menariknya, anda dapat melihat pemandangan yang indah sepanjang 4 jam perjalanan dari Chengdu ke Rilong.

Bilakah Waktu yang sesuai untuk mendaki Gunung Siguniang?

Oleh kerana bentuk muka bumi yang tinggi, Gunung Siguniang adalah sejuk sepanjang musim. Suhu dalam sehari tidak menentu dan akan berubah kadang-kadang melebihi 20 C.

Walaupun Gunung Siguniang mempunyai 4 musim, tapi suhu tak banyak sangat berbeza di mana suhu purata Gunung Siguniang sepanjang tahun adalah 12 C.

Musim hujan biasanya akan datang bermula bulan Mei hingga September dimana hujan paling banyak pada bulan Mei hingga Jun. Biasanya ia akan sejuk pada waktu pagi, panas pada waktu tengah hari, sejuk dan berangin pada waktu petang dan malam.

Pada musim bunga biasanya ada salji dan angin yang kuat manakala pada musim sejuk, cuaca lebih tenang dan kurang berangin.

Secara amnya, cuaca adalah baik bermula bulan Oktober hingga April dengan hari yang cerah tetapi sejuk.

Biasanya pada bulan Februari dan Mac, Gunung Siguniang akan diliputi oleh salji tebal dan tidak boleh diakses. Adalah dinasihatkan untuk mengelak dari mendaki pada bulan Februari dan Mac.

Musim Bunga (Pertengahan Februari - April)

Musim Panas (May - August)

Musim Luruh (September - Oktober)

Musim Sejuk (Nov - Pertengahan Februari)

Trekking di Gunung Siguniang

Trekking di Gunung Siguniang tidaklah sesusah mana pun tapi ia akan menjadi sukar sekiranya anda tidak bersedia dari segi fizikal dan mental.

Ketinggian perjalanan di Gunung Siguniang adalah sekitar 3,200 meter hingga 5,000 meter. Pendakian adalah bermula pada ketinggian 3,200 meter di Rilong.

Terdapat 2 jenis laluan yang anda akan lalui semasa trekking Gunung Siguniang.

Trail pertama, adalah trail di ketinggian yang lebih rendah di mana anda boleh melihat semak dan rumput. Laluan-laluan ini dapat dikenali dan mudah.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gunung Siguniang Hani OthmanTrail kedua, adalah pada ketinggian yang lebih tinggi selepas base camp atau di tempat-tempat yang mempunyai ketinggian 4,000 meter. Laluan ini dibuat di atas batu. Walaupun banyak pendaki kerap menggunakan laluan ini tapi anda dicadangkan untuk mendapatkan guide tempatan bersama anda kerana berkemungkinan salji akan menutupi laluan tersebut.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gunung Siguniang Hani Othman

Anda akan berpeluang melihat pemandangan puncak yang sangat indah sepanjang perjalanan anda mendaki.

Perjalanan ke Puncak Da Feng mengambil masa selama 2 malam dan anda perlu bermalam di trek. Namun demikian, terdapat banyak tempat yang anda boleh berkhemah di lembah Gunung Siguniang. 

Kem terbaik adalah di Base Camp Da Feng dimana kawasannya agak rata pada ketinggian 4,400 meter.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Gunung Siguniang Hani Othman

Di Base Camp terdapat rumah untuk disewa di mana terdapat tempat tidur asas di situ. Namun demikian, anda juga boleh menggunakan khemah sendiri kerana tiada haiwan menbahaya di sekitar ini.

Unggun api tidak dibenarkan di sini kerana di sini merupakan taman nasional even anda tak dapat cari kayu api pun di sini sebab kawasannya seperti padang dan tiada pokok tumbuh di sini.

Anda tidak dinasihatkan untuk minum air dari aliran dan cuba untuk makan makanan yang sihat. 

Sekiranya anda menggunakan packhorses, para horseman tersebut boleh memasak untuk anda untuk makan malam dan sarapan pagi. Tapi untuk sesetengah pendaki terutama pendaki Muslim, mereka lebih gemar untuk memasang sendiri menggunakan peralatan sendiri.

Anda dinasihatkan untuk makan makanan yang panas dan segar semasa mendaki. Anda juga boleh membeli buah-buahan segar, sayur-sayuran dan lain-lain di Rilong sebagai bekalan. Terdapat juga kedai runcit di Rilong yang menjual makanan ringan seperti coklat, roti dan sebagainya.

Di Rilong, anda perlu beringat untuk mengunci bilik anda semasa anda tiada di dalam bilik. Pelancong semakin ramai di Rilong dan pelbagai kemungkinan akan terjadi di sini seperti kehilangan barang. Semasa anda berada di tapak perkhemahan, pastikan anda menyimpan barang berharga anda di dalam khemah dan bag daypack anda. Walaupun jarang berlaku kecurian dan rompakan di sini tapi kita perlu beringat kemungkinan yang boleh terjadi.

Dari segi tawar menawar pula, adalah lebih baik anda jangan nego terlalu murah sehingga menyinggung perasaan orang tempatan. Harga perkhidmatan mungkin tak semurah seperti dulu tapi sekarang harga dianggap berpatutan pada standard tempatan.

Pasukan penyelamat di Gunung Siguniang sangat cekap dan pantas berbanding destinasi lain di China. Sekiranya anda menderita AMS yang serius ketika mendaki, para penunggang kuda akan membuat keputusan untuk memindahkan anda ke kawasan lebih rendah dengan cepat menggunakan kuda mereka.