Lebih kurang minggu pertama pada bulan Ogos, tiba-tiba Hani dapat whatsapp message dari suami Hani ajak mendaki di Siguniang.

Mungkin sebab berkali-kali Hani cakap kat dia teringin nak mendaki di Siguniang dan kebetulan kawan kepada suami Hani ada buka trip untuk Siguniang. Lepas tu tiket flight tengah promo pula, jadi tanpa berfikir panjang, Hani terus setuju dan kami terus membeli tiket flight pada 7 Ogos 2018.

Hani tak pernah tahu tentang Siguniang sebelum ini sehinggalah Hani mendaki di Snow Mountain pada awal bulan Januari 2018hari tu. Rakan-rakan pendaki dan guide ada berborak dan berbincang tentang Siguniang dan dari situ Hani tahu serba sedikit tentang Siguniang secara tak langsung menarik Hani untuk merasai pengalaman mendaki di Siguniang setelah berjaya menawan puncak Snow Mountain.

Sebaik sahaja kami siap membeli tiket penerbangan dan membayar deposit sebanyak RM500 kepada trip organizer, maka bermulalah new adventure bagi Hani.

Ini merupakan pengalaman pertama Hani mendaki Gunung setinggi 5,000 meter dan persediaan fizikal dan mental amat penting untuk Hani. 


Berikut adalah perkara-perkara yang Hani lakukan sebagai persediaan sebelum mula mendaki di Siguniang:

# Dapatkan Info

Dapatkan info mengenai Gunung Siguniang terlebih dahulu seperti tahap ketinggian Gunung Siguniang, kedudukan geografi, bentuk trekking, musim dan apa sahaja yang berkait dengan Gunung Siguniang bagi memudahkan Hani menyediakan kelengkapan ketika mendaki nanti. Hani check juga itinerary yang disediakan oleh pihak organizer. 

# Download Aplikasi Ramalan Cuaca

Kemudian Hani download Aplikasi Ramalan Cuaca di dalam phone Hani untuk memudahkan Hani memantau dan menyediakan pakaian yang sesuai. Perlu diketahui bahawa cuaca di kawasan pergunungan tak sama seperti cuaca di bandar. 

# Latihan Fizikal

Sebaik sahaja Hani beli tiket penerbangan, terus Hani start training memandangkan Hani hanya tinggal lagi 2 bulan sebelum tarikh pendakian. Antara training yang Hani buat seperti jogging, home workout dan hiking. 

Tapi kebanyakan training yang Hani buat hanyalah home workout disebabkan cuaca asyik hujan dan kesibukan bekerja. Antara workout yang Hani selalu buat di rumah termasuklah jumping jack, side wall, Abs crunch, steper, tricep, bridging, mountain climbing, squad dan apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menguatkan otot dan stamina. 

# Latihan Mental

Biasanya latihan mental yang Hani buat adalah dengan mendapatkan info sebanyak yang mungkin tentang Gunung Siguniang. Hani juga membaca pengalaman mereka yang pernah mendaki Gunung Siguniang di blog. 

Antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah risiko Altitude Mountain Sickness (AMS) dan langkah-langkah pencegahannya. Hani ada share tentang AMS di post Hani sebelum ini. Ada boleh baca di link ini

# Uruskan Permohonan Visa

Lebih kurang 2 minggu sebelum bertolak ke Chengdu, Hani dan suami dah mula menguruskan permohonan visa. Tempoh untuk menyiapkan visa mengambil masa lebih kurang dalam 4 hari. 

Antara dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan visa adalah seperti berikut:

  • Passport original yang sah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas
  • Salinan pasport muka depan
  • Cetak tiket penerbangan
  • Borang permohonan Visa
  • 2 keping gambar background putih

Anda perlu hadir ke China Embassy untuk permohonan visa. Untuk makluman and juga, anda boleh memohon bagi pihak orang lain. 


Macam Hani, husband Hani yang pergi ke embassy untuk apply bagi pihak Hani. Cuma Hani perlu sediakan dokumen-dokumen yang disenaraikan di atas sahaja.


# Checklist Barang Perlu dibawa

Sebulan sebelum tarikh ke Siguniang, Hani dah start packing sikit-sikit. Persediaan awal penting untuk Hani check barang-barang yang tak ada, so that Hani ada masa untuk beli dekat online atau mana-mana kedai outdoor. 

Hani sediakan satu bakul, apa sahaja yang Hani teringat untuk bawa, semua Hani campak dalam bakul tersebut. 

Antara barang-barang penting yang perlu disediakan termasuklah:

  • Snow Cap / Buff
  • Head Lamp. Jangan lupa spare baterry juga
  • Helmet
  • Cermin mata gelap
  • Rain coat
  • Thermal
  • Baju T. Dinasihatkan untuk elak memakai baju dari jenis cotton.
  • Fleece
  • Down Jacket
  • Mountain Jacket
  • Liner Glove
  • Water proof Glove
  • Hear pad
  • Goretech pants atau seluar yang kalis air.
  • Harness
  • Carabiner
  • Trekking Socks
  • Liner Socks
  • Wool Socks 5000m
  • Gaiters
  • Kasut trekking yang kalis air
  • Crampons
  • Sleeping bag -15 C
  • Thermos/botol air
  • Ice Axe
  • Trekking Pole
  • Snack
  • Ubat ubatan
  • Water Proof Duffel Bag
  • Tracking Bag 40L - 50L
  • topi trekking
  • Bum Bag
  • Tali
  • Baju Hujan
  • Sunblock
  • Toiletries
  • Camera
  • Handphone
  • Charger
So, seminggu sebelum bertolak ke Chengdu, Hani dah start packing barang-barang Hani tu dalam bag dah in case ada barang lain lagi yang tak cukup. 

# Pemeriksaan Kesihatan

Pastikan anda berada dalam keadaan yang sihat sebelum pergi. Dapatkan khidmat nasihat doktor anda sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan jangan lupa untuk membawa ubat-ubatan personal anda. 

Hani ada gestrik. Jadi seminggu sebelum bertolak Hani cuba dapatkan nasihat dari doktor Hani dan cuba untuk menjaga makan minum Hani sebaik mungkin sepanjang tempoh pendakian.

Semoga perkongsian Hani ini dapat membantu anda melakukan persediaan sebelum mula mendaki. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat balik.