Seriously, perkara yang paling awesome yang Hani dapat lakukan sepanjang di Bandar Chengdu adalah menunggang basikal. 

Rugi rasanya kalau anda melawat Bandar Chengdu tapi terlepas peluang untuk bersiar-siar di sini dengan menunggang basikal. 

Hari pertama sampai di Chengdu Hani hanya memandang sahaja deretan basikal yang tersadai di tepi jalan dengan hati yang sedih sebab tak tahu macam mana nak sewa basikal kat sini. Ada install Apps pun macam tak guna ja sebab tak reti. (Study tak habis)



Tapi Hani bernasib baik sebab salah seorang daripada rakan Hani berkenalan dengan seorang pelajar Malaysia ketika solat Jumaat di Masjid. 

Pelajar yang berasal dari Pantai Timur tersebut menawarkan diri untuk membawa kami bersiar-siar di sekitar Bandar Chengdu menaiki basikal. 

Dia menggunakan pass basikalnya dan membuka kunci untuk 5 basikal. Menurut pelajar tersebut, dia hanya membayar sekitar RM20 sahaja untuk pass bulanan basikal dan penggunaan basikal adalah unlimited. 

Sebab itu dia boleh buka 5 buah basikal serentak. 

Sebelum Hani bertolak ke Chengdu, Hani ada juga study sikit-sikit pasal sistem sewa basikal di Bandar Chengdu di mana anda perlu install salah satu aplikasi mobile pengeluar basikal sewa di Chengdu.

Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan servis basikal sewa iaitu Mobike, Ofo, Xiaoming Danche, Zou Zou Danche, Xiangqi Chuxing, Hello Bike, UniBike, Bluegogo, Ubike dan banyak lagi. 

Mobike dan Ofo adalah antara yang paling popular dan hanya kedua syarikat ini sahaja yang menawarkan aplikasi mobile dalam Bahasa Inggeris dan China.

Tapi antara Mobike dan Ofo, Hani cadangkan anda install Ofo sebab aplikasi mobile dia lebih foreigner friendly berbanding Mobike. 

Sebelum Hani bertolak ke Chengdu, Hani cuba untuk install apps Mobike tapi Hani stuck di tengah jalan sebab tak tahu macam mana nak buat payment. 

Seems like Mobike tak begitu mesra dengan credit card. Kena guna WeChat Pay atau Ali Pay which is Hani memang tak reti la nak guna benda alah ini. 

Selepas Hani pulang dari Chengdu baru Hani cuba install Ofo dan ternyata Ofo lebih mudah dan aplikasi mobilenya lebih mesra alam. 

Pelajar Malaysia yang bawa kami bersiar-siar tu pun menggunakan Ofo. 

Bagaimana cara menyewa basikal di Chengdu?

First, anda type Ofo dekat Play Store atau apple Store anda dan klik install. 

Lepas anda install apps Ofo di telefon pintar anda, anda perlu register dengan memasukkan email, nombor telefon dan verification code akan dihantar melalui SMS. 

Masukkan verification code tersebut. 

Seterusnya, anda perlu membuat bayaran dengan memasukkan deposit berjumlah lebih kurang 99RMB hingga 299RMB.

Kaedah pembayaran paling popular di Chengdu adalah dengan menggunakan WeChat Pay atau Ali Pay. Tapi for sure ramai di antara kita yang tak ada WeChat Pay atau Ali Pay kan? 

Tak perlu risau, anda juga boleh membuat bayaran menggunakan credit card anda. 

So, lepas buat deposit, anda dah boleh locate basikal yang berhampiran anda. 

Just buka apps Ofo, simbol berwarna akan keluar menunjukkan lokasi basikal paling hampir dengan anda. 

Kemudian, anda boleh unlock basikal tersebut dengan dua cara iaitu scan bar code yang terdapat pada basikal tersebut dan cara kedua dengan manually masukkan code number basikal tersebut.

Of course la cara paling mudah dan cepat adalah dengan scan bar code. 

Nahhhh!! basikal anda dah ready untuk ditunggang. 



Ofo akan cas harga ikut berapa lama anda menggunakan basikal tersebut dan terus tolak dari e-wallet anda. 

Biasanya cas penggunaannya adalah dalam lingkungan 0.5 - 1 RMB untuk tempoh 30 minit. Murah sangat! 

Kalau ikutkan peraturan sebenar, setiap syarikat servis sewa basikal ni ada tempat parkingnya sendiri. Contohnya kalau Ofo, tempat parking dia warna kuning. 

Tapi Hani tengok orang dekat sini main belasah ja parking ikut suka kat mana pun. 

So, rasanya tak da hal kot bab nak parking basikal. Unless kalau anda seorang yang prihatin dan mengikut peraturan. Lagipun taknak la nampak orang Malaysia ni teruk sangat kan? Jadi, anda boleh la parking ikut parking yang ditetapkan tu. 

Sebaik sahaja anda park basikal anda, anda perlu lock balik dengan menarik picu di tempat lock tersebut. 

Pengiraan masa akan berhenti dan cas penggunaan anda akan berakhir sebaik sahaja anda lock basikal yang anda gunakan tu. 

So, lock! Jangan Tak lock. Nanti tak pasal-pasal orang lain dapat naik percuma, anda pula kena bayar untuk dia. 



Mudahkan? Tapi make sure anda berhati-hati ketika menunggang basikal di sini sebab agak bahaya dengan jumlah pengguna jalan raya yang begitu ramai dan padat. 

Lagi pun trend dekat sini, mereka seolah-olah tak reti guna hon atau loceng. 

Dah la motor elektrik mereka tak berbunyi sampai tak sedar rupanya ada motor tengah cucuk di belakang.

Semoga post ini dapat membantu memudahkan perjalanan anda di Chengdu nanti. 

Wassalam.