Perjalanan Ke Gunung Siguniang bermula dari Chengdu dan berakhir juga di Chengdu. Chengdu merupakan bandar persinggahan yang terbaik untuk perjalanan ke Siguniang kerana ia terletak 220 km ke barat dari Chengdu dan pemanduan mengambil masa lebih kurang 4 - 5 jam.

Biasanya trekking ke Puncak Da Feng Gunung Siguniang mengambil masa selama 4 - 5 hari dari Chengdu ke Chengdu. Tapi untuk trip ini kami mengambil masa selama 6 hari dari Chengdu ke Chengdu dan 9 hari dari Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur.

Kenapa lama sangat? Anda akan tahu jawapannya selepas anda baca post Hani seterusnya. Ada rasa suspend tak? Haha...


Hari Pertama merupakan perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Chengdu dengan menaiki penerbangan Air Asia D7 326.

Kami diminta oleh organizer untuk berkumpul di KLIA 2 pada pukul 2.30 petang untuk taklimat dan pengagihan barang 'company'.

Barang 'company' yang dimaksudkan di sini adalah barang makanan untuk sepanjang tempoh pendakian nanti.

Hani dan suami tiba agak lewat kerana kami ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum bertolak. Lebih kurang pukul 3 kami tiba di KLIA 2.

Setibanya di tempat berkumpul, Hani lihat suami Hani bersalaman dengan Pak Am iaitu Presiden Kelab Jelajah Alpine Malaysia, Abg Aie iaitu wartawan surat khabar Utusan dan beberapa orang lagi yang Hani tak begitu kenal.

Selepas bersalaman dengan mereka, suami Hani mengenalkan mereka kepada Hani. Dr. M, seorang doktor pakar bius di sebuah hospital swasta. Abang Rahim, wartawan NSTP dan Abang Man, antara orang yang sangat berpengalaman dalam selok belok gunung.

Terasa kerdil sangat bila berada bersama mereka kerana mereka semua hebat-hebat dan sangat berpengalaman sedangkan Hani baru sahaja berjinak-jinak dengan mountaineering.

Rekod pendakian Hani sikit sangat berbanding mereka yang pernah sampai ke Seven Summits seperti Everest, Elbrus, Kilimanjaro, Carstenz Pyramid.

Selesai uruskan pengagihan barang company, kami terus beratur untuk check in luggage. Nasib baik cukup-cukup 50kg untuk Hani dan suami.

Selesai check in, Hani dan suami mengisi perut terlebih dahulu. Hani lihat Abang Deeno iaitu penasihat Kelab Jelajah Alpine baru sahaja tiba di KLIA 2.

Jam 6.10 petang flight D7 326 mula bergerak dan dijangka akan tiba di Chengdu pada jam 10.40 malam.

Flight agak membosankan, Hani hanya bermain game, membaca majalah dan kejap-kejap tidur.

Nasib baik ada majalah Travel 360

Nak kurangkan bunyi bising katanya... hahaha.. macam ni punya orang pun boleh wujud

Kami tiba di Airport Chengdu awal lebih kurang 10 minit dari masa yang dijangka dimana suhu di Chengdu ketika itu adalah 17 Darjah Celcius. Sejuk-sejuk manja gitu. Hani hanya memakai baju T Hard rock dan cardigan yang sedikit tebal.

Time zone di Chengdu adalah sama dengan di Kuala Lumpur. So, kurang sikit masalah nak sesuaikan diri dengan masa. Tak perlu nak adjust jam tangan.

Setelah selesai urusan di imigresen, kami mengambil luggage dan terus bergerak menuju ke departure hall di mana driver sudah sedia ada menunggu kami di sana.


2 Van diperlukan memandangkan jumlah kami adalah 9 orang. Sebenarnya 10 orang tapi Pak Ayob dijadualkan tiba lebih lambat kerana Pak Ayob mempunyai urusan kerja lain.

Kami mula mengalami masalah komunikasi di sini kerana driver van tersebut hanya bertutur dalam Bahasa Cina dan tak seorang pun dari kami yang tahu atau faham Bahasa Cina.


Ternyata sangkaan Hani tentang Chengdu meleset. Chengdu bukanlah bandar utama di China. Kalau tak silap Hani, Chengdu adalah bandar kelima terbesar di China. Sebelum ini Hani imagine Bandar Chengdu lebih kurang macam Alor Setar tapi Hani ternyata salah kerana Bandar Chengdu sangat besar dan maju. Malah lebih besar dan maju daripada Kuala Lumpur.

Lebih kurang 40 minit kami tiba di Decent Hostel. Sekali lagi kami mengalami masalah komunikasi ketika check in di sini kerana pekerja hostel berkenaan tidak tahu bertutur dalam bahasa Inggeris.


Lama juga kami tunggu untuk selesaikan urusan penginapan memandangkan ada masalah komunikasi. Masing-masing tak faham apa yang masing-masing cakap.

Setelah kami semua dapat kunci bilik, cepat-cepat kami angkut bag duffel kami naik ke bilik dengan menaiki tangga sebab masing-masing dah tak sabar nak berehat untuk meneruskan perjalanan keesokkan hari pula.

To be continue... Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang , Puncak Da Feng (Hari Kedua)

Related Artincle : Apa itu Seven Summits?