Bangun pagi hari  ini Hani dah mula rasa sakit kepala sedikit.

Lepas bersihkan diri dan packing, Hani try check oksigen dalam badan Hani menggunakan oximeter.

Drop sikit. 88% berbanding semalam 90%. Normalnya pada ketinggian 3000 meter bacaan adalah minimum 90%.

Suhu di Rilong pagi ini adalah 0 Darjah Celcius. Sejuk sampai ke tulang.

Debaran makin terasa kerana hari ini merupakan hari pertama pendakian dan ini merupakan gunung 5000 meter pertama yang Hani akan tawan.

Tak ada benda lain yang merisaukan Hani melainkan AMS.

Setelah siap sedia, Hani meletakkan backpack Lowe Alpine Hani di luar dan menunggu yang lain di dalam lobby sebab lebih hangat di situ berbanding di luar.

Sambil duduk di kerusi melihat lantai tiba-tiba Hani tersedar sesuatu.

Kasut yang Hani pakai!!! Ada tulisan Camel Active di kasut tu! Itu merupakan kasut zaman Hani baru nak berjinak dengan hiking!

Masa beli kasut tu, ilmu hiking level zero. Kasut tu dah la tak sedap pakai. Ketat, keras, sakit kaki, berat dan not really water proof.

The worst case is kasut tu sebenarnya dah lekang di tapaknya. So Hani dah memang lama gila tak pakai kasut tu.

Selepas kasut tu rosak, Hani pernah beli 3 jenis lagi kasut hiking yang lain. 2 daripada kasut tu pun dah rosak. 

Ya Allah... Belum start hiking lagi Hani dah mental. 

No wonder lah beberapa hari sebelum tu Hani rasa macam tak selesa dengan kasut tu. Rupanya tersalah bawa kasut.

Tiba-tiba Hani terbayangkan kaki Hani terkena frostbite. Tak pasal-pasal hilang kaki. Nak menangis ja time tu tapi Hani cuba mengawal minda Hani dengan hanya berfikir perkara-perkara positif sahaja.

Flashback balik cerita sebelum Hani bertolak ke Chengdu.

Disebabkan kesibukan bekerja, biasalah sebelum nak start cuti, macam-macam kerja yang Hani perlu siapkan. Masa untuk packing bag tu agak limited.

Hani ambil masa seminggu untuk packing sikit demi sikit. Kononnya tak mahu ada kesilapan ketika packing.

Ye lah, packing untuk panjat gunung bukannya macam packing nak pergi melancong ke London. 

Ia melibatkan risiko kehilangan nyawa atau cacat tubuh badan. Barang-barang perlu lengkap dan selamat untuk digunakan ketika hiking.  

3 hari sebelum tarikh penerbangan Hani keluarkan kasut dari rak kasut dan Hani lihat kasut Hani dah lekang.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Hani meluahkan rasa kecewa kepada suami sebab baru sahaja beli kasut Quechua kat Decathlon tapi lepas pakai 3 kali dah terkeluar tapak. Siap kutuk-kutuk lagi jenama Quechua tu. (Maaf Quechua.. huhu)

Hani langsung tak sedar rupanya kasut yang Hani maksudkan itu bukan kasut Quechua.. Tapi Camel yang dah berkurun tak pakai.

Suami Hani cadangkan Hani pergi ke tukang repair kasut untuk jahit.

Mulanya Hani plan nak beli kasut baru tapi peruntukan kewangan tak mengizinkan.

Lagipun tak dinasihatkan untuk beli kasut 3 hari sebelum hiking sebab dikhuatiri akan menyebabkan masalah pada kaki.

Orang cakap kalau beli kasut baru kena pakai jalan-jalan dulu baru boleh pakai untuk hiking sebab nak biasakan kaki dengan kasut baru.

Jadi, Hani mengambil keputusan untuk repair sahaja kasut tu. Tukang repair kasut tu cakap dia hanya boleh jahit di bahagian atas sahaja tapi bahagian bawa tak boleh jahit sebab tapaknya keras. Apa yang dia boleh buat adalah letak gam sahaja.

No choice. Hani hanya setuju.

Sejujurnya Hani betul-betul rasa terkilan dengan kesilapan Hani membawa kasut sambil berdoa agar tiada apa-apa akan berlaku pada Hani sepanjang pendakian nanti.

Kalau keadaan tak mengizinkan, mungkin Hani hanya akan mendaki setakat base camp sahaja sebab keselamatan dan nyawa Hani lebih penting. 

"Getting to the top is optional but getting down is mandatory"

Kata-kata yang Hani selalu pegang setiap kali pergi mendaki.

Ah, sedih!

Selepas semua dah bersedia, Dr. M mengambil bacaan SpO2 kami terlebih dahulu. Bacaan Hani dah kembali normal iaitu 92% begitu juga yang lain cuma heart rate Mat Din agak tinggi. 

Kami bergambar seketika di hadapan Sun and Moon Guest House sebelum menapak menuju ke Outdoor Acrivity Management Center untuk melaporkan diri sebelum mulakan pendakian.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman
Ya... Hani seorang sahaja perempuan tersesat dalam trip ini. Huhu..

3 ekor kuda sudah bersedia untuk membawa peralatan camping kami seperti khemah, sleeping bag, baju dan dan lain-lain. 


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Kami hanya menggalas backpack yang diletakkan barang personal sahaja seperti kudap-kudapan, jacket dan air.

Fikiran Hani dah mula terganggu. Sekejap-sekejap Hani termenung sebab terkilan salah bawa kasut.

Setibanya kami di Outdoor Activity Management Center, kami diminta untuk menyerahkan passport, menulis nama dan cop jari di dalam buku yang disediakan.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Setelah semuanya selesai menulis nama, pekerja di situ menyerahkan semula passport serta tiket masuk ke kawasan Taman Nasional Siguniang kepada kami.

Kami memulakan perjalanan kami dengan mendaki trek bertangga hingga kami tiba di pintu masuk utama.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Kami mendaki tangga hingga tiba di kawasan pintu masuk utama.

Hani sangkakan trek bertangga tersebut adalah starting point. Rupanya tidak.

Ada toilet disediakan di situ. Sebelum start trekking lebih baik Hani uruskan apa yang penting dahulu sebab masa trekking nanti tak pasti bila pula nak jumpa toilet.

Jangan sesekali anda imagine tandas di kawasan gunung sama macam tandas di tanah rata. Hehe

Tandasnya cuma dibuat lubang sahaja tanpa proper sistem kumbahan. Boleh nampak segala bahan buangan di bawah. Bau? Jangan cakap la... Nasib baik wet tissue Hani bau wangi. Hani menekap wet tissue di hidung Hani untuk tutup bau yang meloyakan itu.

Selesai urusan personal, Hani terus menuju ke pintu masuk utama. Hani lihat suami Hani sedang menunggu Hani di situ kerana dia memegang tiket masuk Hani.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Kami menunjukkan tiket masuk kepada pekerja wanita yang sedang menunggu di pintu masuk tersebut. Palang besi terbuka sebaik sahaja pekerja wanita tersebut scan barcode di tiket masuk kami. 

Hani melangkah masuk ke dalam kawasan trekking. Maka, bermulalah perjalanan kami yang sebenar.

Terlupa sekejap pasal kasut Hani sebab rasa excited.

Pak Am mengarahkan Hani berjalan dahulu di belakang guide yang bernama Liew.

Hani hanya berjalan mengikut langkah Liew. Kami melalui trek yang agak becak dan berlumpur.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Beberapa ketika, Liew berhenti dan memusing ke belakang untuk memantau yang lain tapi tak seorang pun kelihatan.

Mulanya Hani ingat untuk berhenti sebentar sementara menunggu yang lain muncul tapi Liew mengarahkan Hani untuk terus berjalan dan Hani terus berjalan dengan langkah yang perlahan sehingga tiba di suatu kawasan lapang yang sangat cantik.


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Dari situ boleh lihat Pintu masuk utama Changping Valley dan beberapa gunung yang diselaputi salji. Pemandangan yang sangat indah pernah Hani lihat.

Kami mengambil peluang untuk bergambar sepuas-puasnya di sini sambil berehat membasahkan tekak dan mengisi perut.

Setelah selesai bergambar, kami meneruskan perjalanan kami dengan melalui trek seperti padang yang agak mendatar tetapi panjang.

Di sebelah kanan, kami boleh lihat deretan gunung-ganang yang diselaputi salji. Sangat indah dan memukau mata. 


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Kami berselisih dengan beberapa pelancong yang bersiar-siar di sini. Ada yang menaiki kuda dan ada yang berjalan kaki.

Kami meneruskan perjalanan dengan santai menuju ke Tea House dan sekali sekala kami berhenti berehat sekejap. 


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Pada asalnya, kami merancang untuk trekking terus ke Base Camp yang berada pada ketinggian 4,400 meter pada hari ini dan berehat sehari di base camp untuk acclimatize sebelum summit attack keesokkan harinya di mana perjalanan dari starting point menuju ke base camp mengambil masa selama 8 jam. 

Tapi rancangan kami berubah. Kami hanya akan bermalam di Tea House yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Kalau tak silap Hani, Tea House berada pada ketinggian sekitar 3,600 meter dari aras laut. 

Setelah melalui trek yang ada berpokok, akhirnya kami tiba di Tea House. 

Beberapa ekor yak seperti sedang menanti kehadiran kami. 


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Pada Hani, tidakan mengubah rancangan dengan bermalam di Tea House adalah tindakan yang tepat untuk memberi peluang kepada badan kami membiasakan diri dengan ketinggian. 

Pada mulanya Hani menyangka kami akan bermalam di bilik yang disediakan di Tea House, tapi guide menyuruh Hani jalan lagi ke hadapan melintasi Tea House dan tandas sehingga kami tiba di satu kawasan lapang iaitu tapak perkhemahan.

Hani lihat kuda yang yang membawa barang kami sedang diikat di bawah pokok dan lagi 2 orang guide sedang memasang khemah. 


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Ada banyak najis yang dah kering di sekitar tapak perkhemahan itu which is Hani tak pasti sama ada itu najis kuda atau najis yak. Atau mungkin kedua-dua sekali. 

Hani cuba berjalan menuju ke khemah sambil mengelak dari terpijak najis sebab geli tapi Hani tengok guide rileks aja pijak najis tu sambil ke hulu ke hilir penguruskan penginapan kami.

Entah-entah khemah kami pun di pasang di atas najis tu. Huhu

Kami mengambil tempat di khemah masing-masing. Ada 5 khemah semuanya untuk kami 10 orang. 

Setelah meletakkan barang-barang di dalam khemah, kami mengeluarkan pinggan, cawan dan sudu menuju ke Tea House. 


Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Keempat) travel with hani othman

Rimas nak berjalan sambil elak najis kuda/yak yang bersepah-sepah tu, last-last Hani pun selamba juga jalan pijak najis kuda/yak sambil membayangkan yang najis tu cuma tanah biasa. 

Menu dinner hari ini adalah nasi lemak lebihan sarapan pagi tadi dan megi sambil kami dihidangkan teh halia panas oleh guide. Terasa nikmat sangat minum teh halia time sejuk-sejuk macam ni. 

Hari semakin gelap dan semakin sejuk. Kami hanya berehat di dalam khemah. Sungguh Hani katakan yang khemah yang disediakan ini memang perform gila.

Mulanya kami agak kecewa sebab tak dapat tidur di dalam bilik yang disediakan di Tea House. Tapi selepas merasa performance khemah yang disediakan ini, kami rasa lebih baik kami tidur di dalam khemah sebenarnya. 

Kalau tidur di dalam bilik yang disediakan mungkin kami akan menggigil kesejukan. 

Hani terjaga sekejap malam tu sebab sakit perut. Nak keluar ke toilet macam malas sebab sejuk gila diluar dan gelap. 

Nak kejutkan suami kat sebelah macam tak sampai hati sebab tengok dia sedap sangat tidur. Jadi tahan aja lah. Lama-lama rasa sakit perut tu hilang sendiri dan slowly Hani tertidur. 

To be continue.... Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Kelima)

Baca Juga:

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Pertama)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Kedua)

Catatan Perjalanan Ke Gunung Siguniang, Puncak Da Feng (Hari Ketiga)