Nama diberi adalah Nurulhani Binti Othman tapi lebih dikenali sebagai Hani Othman.

Hani merupakan anak jati Kedah yang berasal dari Baling.

Dengan ketinggian 144Cm dan berat 38Kg, Hani sering mengalami masalah untuk mencari pakaian dan kasut yang diidamkan.

Mendapat pendidikan pertama di Sekolah  Kebangsaan Kulim sehingga darjah 2.

Bermula darjah 3, Hani bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kupang.

Seterusnya Hani melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Hani merupakan pelajar yang 'biasa-biasa' sahaja di sekolah.

Bukan dari kalangan yang bijak pandai dan bukan dari kalangan pelajar yang aktif bersukan, aktif debat atau aktif segalanya. Tidak!

Hani adalah seorang pelajar yang pasif. Selalu pengsan masa perhimpunan.

Tapi Hani suka bermain bola keranjang.

Setiap petang waktu riadah Hani akan bermain bola keranjang walaupun Hani sedar yang ketinggian Hani memang tak layak untuk bermain bola keranjang.

Ya, sebab itu Hani tak pernah mewakili apa-apa sukan ketika di sekolah sebab saiz fizikal yang menghalang. Pendek, kecik dan lemah.

Seterusnya Hani melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Perlis dalam bidang perakaunan selama 1 tahun.

Hani mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang perakaunan di Universiti Utara Malaysia.

Selepas beberapa tahun bekerja di sebuah syarikat swasta, Hani nekad untuk meneruskan meneruskan pengajian ke peringkat Master in Business Administrative (MBA) di Universiti Utara Malaysia.

Hani mula berjinak-jinak dengan travel sejak mula bekerja kerana pengaruh rakan sebaya.

Dari situ Hani mula jatuh cinta dengan travel.

Semakin banyak Hani travel, semakin Hani mengenali diri sendiri.

Hani tak pandai berenang. Hani takut air. Tapi sejak terjebak dalam dunia travel, Hani semakin pandai berenang bila kerap kali melancong ke pulau-pulau.

Perasaan phobia dan takut pada air telah bertukar kepada perasaan lebih yakin dan lebih tenang.


Dari situ Hani mula mencintai pulau dan laut.

Dalam setahun Hani akan pastikan sekurang-kurangnya ada 1 trip Hani ke pulau untuk menyelam.

Betul la orang cakap,

"Travel is not about going to a place but it is about exploring yourself"

Kemudian Hani mula terjebak dengan aktiviti hiking kerana pengaruh rakan sebaya juga.

Pada mulanya Hani cuma hiking sekadar suka-suka sahaja untuk beriadah tapi semakin banyak tempat Hani hiking semakin Hani kenal potensi diri maka Hani semakin yakin untuk mendaki di tempat-tempat yang lebih mencabar.


Ya, seorang wanita yang suatu ketika dahulu langsung tak ada keyakinan kerana dalam otak dia dah set yang dia adalah seorang yang pendek, kecik, lemah, dan tak berguna.

Tapi sekarang dia dah mula yakin dengan diri sendiri.

Dia yakin yang dia bukan seorang penakut secara tak langsung mendorongnya untuk mencuba sukan payung terjun.


Itulah serba sedikit info mengenai penulis blog Travel With Hani. Hani bukanlah sesiapa. Hani cuma budak kampung yang suka meneroka sesuatu untuk mengutip pengalaman dan memperbaiki diri yang masih serba kekurangan.

Nasihat Hani kepada pembaca blog Hani, go travel! kerana dari situ anda akan faham sesuatu yang anda tak pernah belajar di sekolah.