Ini bukan penipuan tapi ini memang betul. Mungkin ada yang memang sedia ada tahu tentang Shopback dan mungkin ada yang tak tahu.

Yang dah tahu tu, teruskan mengumpul wang anda dengan shopping melalui Shopback sebab ada dijamin akan dapat semula wang anda lepas shopping. Ini baru dinamakan shopping yang bijak kan?

Kepada yang masih belum tahu tentang Shopback, meh sini Hani nak cerita sikit. 

Apa Itu Shopback?


Shopback adalah satu cashback program di mana anda akan mendapat sebahagian daripada wang anda selepas anda membuat pembelian secara online.  

Shopback juga menawarkan kupon diskaun, kod voucher dan juga perbandingan harga untuk online shopping, travel booking mahupun food delivery. 

Buat masa sekarang, Shopback dah buat partnership dengan lebih dari 500 online store seperti Lazada, 11street, Zalora, Agoda, Expedia, Malaysia Airlines dan banyak lagi. 


Ini bermakna, setiap kali anda membuat pembelian di website atau mobile apps tersebut, anda akan mendapat pulangan wang mengikut peratusan tertentu. 

Contoh, setiap kali Hani book hotel di Agoda, Hani akan dapat 6% daripada jumlah tempahan tersebut. Let say, jumlah booking Hani di hotel xxx adalah RM1,000 maka, Hani akan terima cashback sebanyak RM60. Banyak kan? 

Kalau anda memang kaki travel, cuba bayangkan berapa banyak yang anda boleh kumpul? 

Hani start register cashback masa March 2018 dan setakat ini Hani dah berjaya kumpul RM568.74 cash hasil dari shopping di Lazada, Cameralah, Booking.com, Agoda, Expedia, Malaysia Airlines dan seangkatan dengannya.


Salah seorang kawan Hani dah siap kumpul RM3,000 dah. So, sesiapa yang memang 'Big Spenders', korang memang wajib register casback. Sangat berbaloi. 

Kalau tak nanti korang akan menyesal. 

Baru-baru ni Hani kenalkan cashback dekat kawan Hani, marah betul dia dekat Hani sebab lambat bagitahu dia. Dia baru saja buat tempahan dekat expedia sebanyak RM1,000.. Haha... 

Sebelum tu pun dia ada banyak buat tempahan dah. Bayangkan berapa banyak dia dah boleh collect kalau setiap bulan dia buat tempahan sebanyak RM1,000... Hehe.. 

Macam mana nak dapatkan duit dari Cashback?

#1 Sign Up and Register

Anda kena register dulu cashback di link berikut: https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=5DMeZ0

Lepas anda register, anda akan terima bonus sebanyak RM5 dari Cashback kalau tak silap Hani. Kalau anda nak lagi duit, anda share link anda dekat kawan-kawan anda yang lain. Nanti anda akan dapat lagi RM5 selepas kawan anda register dan membuat pembelian sekurang-kurangnya RM25. 

Contohnya, bila anda click link  https://www.shopback.my/referred-signup-bonus?raf=5DMeZ0 Hani akan dapat RM5 apabila anda register dan membuat pembelian sekurang-kurangnya RM25. 

Lepas tu anda share pula link anda dekat kawan-kawan anda untuk dapat RM5 dari cashback. Jangan share link Hani pulak. Nanti Hani yang dapat RM5 tu bila kawan-kawan anda register. 

#2 Browse, Click and Buy


Anda nak beli apa? Anda search saja online store yang anda nak beli tu. Ada lebih dari 500 online store yang partnering dengan Shopback. 

Contoh, anda nak beli barang di lazada, click lazada dan shopback akan bawa anda terus ke aplikasi lazada. Oh, by the way, untuk Lazada, anda hanya akan dapat cashback kalau anda membuat pembelian melalui mobile apps sahaja. Kalau anda buat pembelian melalui website lazada, anda tak akan dapat cashback. 

Untuk store lain macam Malaysia Airline, expedia dan sebagainya, anda masih lagi boleh buat pembelian melalui website. 


Setiap store mempunya peratusan cashback yang berbeza. 

Sebagai contoh, kita tengok lazada. Kalau ikutkan gambar tu dia cakap up to 11% tapi anda perlu tahu yang bukan semua pembelian anda akan dapat 11%. 

Bergantung pada category barang yang anda beli tu juga.

Nahhhh... ni senarai dia. 


Bila anda click Lazada, Shopback akan bawa anda ke sini dulu. Kalau anda setuju dengan senarai peratusan tu dan terms and condition dia, anda click 'continue to app'.

So, shopping lah apa barang yang anda suka. Kalau anda new customer untuk lazada dan berminat untuk membeli pakaian, anda layak untuk dapat 11% cashback dari pembelian anda. Let say anda beli pakaian yang berharga RM100. Anda akan dapat cashback sebanyak RM11. 


Cashback Hani di Lazada tak banyak sangat. Tapi boleh la... better than nothing.

Hani paling suka kalau dapat cashback dari booking.com sebab setiap tempahan hotel, anda akan dapat 9% cashback ok!

Tak percaya? Nahhh... ni buktinya... banyak kan? 


#3 Get Real Cash

Lepas anda shopping, cashback akan terus update berapa amount yang anda dapat dari pembelian anda. Tapi itu tak bermakna anda boleh terus dapat duit anda. 

Anda kena tunggu beberapa bulan baru anda boleh keluarkan duit tersebut.

Cuba tengok gambar yang Hani share di atas. Hani tempah hotel pada 25 November 2018 dan confirm my stay dekat hotel tersebut pada 11 December 2018. 

Hani hanya akan boleh keluarkan duit tersebut selepas 25 Februari 2019 iaitu 3 bulan selepas Hani tempah. 

Sekiranya anda tak jadi menginap pada tarikh tersebut, shopback akan reject cashback anda. 

#4 Withdraw Your Money


Daripada summary dalam gambar ini, anda boleh lihat 3 status. 

Available Balance adalah jumlah wang yang anda boleh keluarkan. Wang tersebut akan terus transfer ke dalam akaun bank anda. Anda perlu mengisi online form dan masukkan nombor akaun bank anda. Nanti Shopback akan transfer jumlah tersebut ke dalam akaun bank anda. 

Pending Earnings adalah jumlah yang anda akan dapat dalam tempoh 3 bulan selepas anda membuat pembelian. Anda tak boleh keluarkan lagi duit ini sehingga statusnya bertukar kepada available.

Withdrawn adalah jumlah amount yang anda dah transfer masuk ke dalam akaun anda. 

So, Hani harap perkongsian Hani dapat membantu anda untuk menjadi pembeli yang lebih bijak. Sebelum Hani tamatkan post ni, Hani share sikit review mereka yang dah lama join Shopback ni.