Minggu lepas Hani berkesempatan untuk mengikut suami Hani ke Gopeng atas urusan kerja. Suami Hani telah ditugaskan untuk mengajar peserta team building dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang bertempat di Kuala Razila Adventure and Resort, Gopeng.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Kami bertolak pada jam 4.30 petang dari Kuala Kubu Bharu bersama 3 orang rakan sekerja suami Hani dengan menaiki van. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam utuk tiba di Kuala Razila Adventure and Resort.

Setibanya di Kuala Razila Adventure and Resort iaitu pada jam 6.30 petang, kami diberi kunci bilik masing-masing. Ini merupakan kali pertama Hani menjejakkan kaki di Kuala Razila Adventure and Resort.

Pada Hani, resort ini agak menarik. Lebih menarik kalau kami dapat bilik yang betul-betul mengadap sungai. Malangnya kami dapat bilik yang agak ke dalam di mana ia bersebelahan dengan padang dan pokok kelapa sawit.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Tapi not bad juga bilik tu. Bersih dan unik dengan sedikit hiasan lama yang ala-ala vintage gitu cuma sedikit panas terutama bila menjelang tengah hari. Bilik ini tidak dilengkapi air cond dan hanya bergantung pada kipas dinding sahaja.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Oh ya, pastikan anda ke sini dengan membawa toiletries sendiri kerana resort ini bukan seperti resort 3 stars atau 5 stars yang anda biasa pergi di bandar-bandar besar. Resort ini tidak menyediakan sabun, shampoo, berus gigi dan juga ubat gigi. Begitu juga dengan tuala.

Setelah selesai membersihkan diri dan solat, kami mengisi perut terlebih dahulu sebelum program bermula.

Program dimulakan dengan aktiviti ice breaking terlebih dahulu diikuti beberapa aktiviti lain. Semua peserta nampak excited dan enjoy dengan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan pada malam itu.


Pada keesokkan harinya program diteruskan dengan aktiviti-aktiviti kerja dalam kumpulan di sebelah pagi manakalan pada sebelah petang mereka melakukan aktiviti outdoor pula yang diadakan di kawasan padang.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Sekali-sekala Hani mengambil peluang untuk meninjau-ninjau suasana di sekitar Kuala Razila Adventure and Resort ini.

Tenang rasanya dapat berehat di atas buaian sambil melihat orang lain membuat aktiviti white water rafting di sungai ini.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Pada Hani, Kuala Razila Adventure and Resort agak sesuai untuk dijadikan lokasi team building kerana tempat ini menyediakan pelbagai fasiliti asas yang biasanya diperlukan untuk aktiviti team building seperti dewan serbaguna dan padang. Selain itu, resort ini juga turut menyediakan aktiviti-aktiviti lain seperti white water rafting, waterfall abseiling, caving, jungle trekking, sunset hiking dan tubing.

Program ini berakhir pada keesokkan hari tapi sesi suami Hani hanya tamat pada jam 4 petang hari ini. Setelah selesai sesi team building tersebut, kami bersiap dan mengemas barang untuk pulang ke Kuala Kubu Baharu. Kami mula bertolak lebih kurang jam 5.30 petang.

Kami sempat singgah sebentar di HOGA Gaharu Tea Valley yang jaraknya hanya 4 KM dari Kuala Razila Adventure and Resort.

Melihat pintu gerbang Gaharu Tea Valley yang seakan tembok besar cina ini sahaja pun sudah cukup membuatkan kami rasa teruja untuk masuk ke dalam melihat apa yang lebih menarik di sini.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Salah seorang daripada rakan kitorang mencadangkan kepada kami untuk mencuba ais krim gaharu yang dijual di sini. Sedap katanya tapi by the time kami tiba di cafe yang menjual ais krim tersebut, mereka sedang mengemas untuk tutup.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Kami tak sempat untuk mencuba ais krim di sini tapi kami sempat meninjau bahagian store outlet yang menjual pelbagai barang seperti teh, mee segera, kopi, minyak wangi, dan banyak lagi barang yang mana semua barang tersebut diperbuat daripada kayu gaharu.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Kalau anda nak tahu, gaharu merupakan kayu resin yang mempunyai bau wangian yang berbeza-beza di mana ia diperolehi daripada pokok Aquilaria yang telah tersenarai sebagai spesis pokok yang terancam akibat pembalakan.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Gaharu dikenali dengan sifat penyembuhan dan digunakan dalam bidang perubatan suci untuk mengurang pelbagai penyakit dan gangguan jin. Dimaklumkan bahawa setiap agama seperti agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha ada menyebut tentang gaharu di dalam kitab-kitab mereka.

Terdapat juga pelbagai hadis yang bercerita tentang kayu gaharu dan manfaatnya dalam perubatan Islam.

Dua Tempat Menarik untuk Dikunjungi  di Gopeng, Perak

Gaharu Teh Valley ini dibuka pada setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan by the time kami tiba di sini pun dah lewat.

Tak banyak tempat yang kami sempat melawat di sekitar ladang yang dikatakan mempunyai lebih kurang 200,000 ribu pokok gaharu.

Mungkin next time kalau Hani ada kesempatan untuk datang ke sini lagi, Hani akan cuba explore lagi tempat ini sebab pada pendapat Hani, Gaharu Teh Valley ini merupakan tempat sangat menarik dan Hani tak pernah menyangka rupanya terdapat tempat yang menarik seperti ini di kawasan yang agak terpencil.