Alhamdulillah baru-baru ini Hani dan suami berkesempatan membawa keluarga sebelah suami Hani berjalan-jalan di Thailand selama 6 hari bermula di Songkhla kemudian ke Koh Samui dan berakhir di Hat Yai.

Trip kami dengan menaiki 2 buah kereta disertai Hani, suami, mak mentua, bapa mentua, anak buah 3 orang, adik ipar dan isterinya menjadikan trip kami berjumlah 9 orang semuanya.

Hani bertolak dari Kuala Lumpur sebaik sahaja selepas office hour terus menuju ke Kuala Kubu Bharu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.

Lepas transfer barang-barang Hani ke dalam kereta suami, kami terus bergerak ke Sik iaitu rumah mentua Hani.

Macam biasa, Hani hanya tidur sahaja dalam kereta. Sedar-sedar dan sampai Sik dah. Penat sebab biasanya sebelum nak start cuti panjang confirm banyak kerja yang perlu disiapkan. Ok, logik juga alasan ni. Haha

Kami tiba di Sik lebih kurang jam 10.30 malam. Mentua Hani buat kenduri maulud malam tu. Tetamu ramai yang dah pulang sebaik sahaja kami sampai. Hanya tinggal beberapa orang yang masih berbual.

Hani lihat di dapur mak mentua Hani dan ahli keluarga yang lain tengah mengemas dapur. Menu kenduri malam ini nasi daging. Kami tak singgah makan dekat RNR pun sepanjang perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Sik. Just singgah sekejap di station minyak untuk ke toilet dan solat. Memang lapar tak ingat.

Lepas makan Hani bersihkan diri dan berehat. Lagipun keesokkan hari Hani perlu bangun awal kerana kami akan bertolak awal pagi.

Hari Pertama

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami bertolak dari Sik lepas sarapan tapi kami sempat singgah di Pekan Sik dulu untuk membeli beberapa keperluan.

Perjalanan dari Sik menuju ke Durian Burung mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit.

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Durian Burung adalah salah satu pintu masuk Thailand yang terletak di Daerah Padang Terap, Kedah yang kurang popular berbanding Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar.

Kami memilih untuk masuk ke Thailand melalui Durian Burung sebab lebih dekat dengan Sik dan kurang sesak berbanding di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Kami tak perlu beratur panjang di imigresen dan segala urusan berjalan dengan lancar dan pantas.

Boleh dikatakan hanya 2 atau 3 keluarga sahaja yang ada di sini.

Mentua Hani terserempak dengan saudaranya di sini dan sempat berbual sebentar sementara menunggu segala urusan selesai. Mereka pun menuju ke destinasi yang sama dengan kami.

Oh, ya! lupa nak bagitau. Actually kami ke Songkhla sebab ada reunion family di sana. Kata bapa mentua Hani, lebih kurang 800 ahli keluarga dari Malaysia dan Thailand akan berkumpul di Songkhla untuk program tersebut.

Hani masih tak boleh bayangkan lagi program ni macam mana. Kenapa sampai 800 ahli keluarga? Takkan sebegitu ramai ahli keluarga? Sebelum ni Hani cuma imagine ahli keluarga yang berkumpul mungkin dalam 30 orang sahaja.

By the way, kami tiba di Durian Burung lebih kurang pukul 11.45 pagi dan lebih kurang jam 12.30 kami dah bergerak memasuki sempadan Thailand.

Tak ada lah lama sangat cuma stuck sekejap masa nak declare kenderaan tu sebab adik ipar Hani bawa kereta company. Syarat nak bawa kereta company perlu ada surat dari boss company dan memang adik ipar Hani bawa surat tu cumanya surat tu ditulis dalam Bahasa Melayu tapi staff imigresen kat situ tak pandai baca tulisan dalam Bahasa Melayu.

Lepas tu dia suruh bagi form 49 pula sebab nak pastikan orang yang sign surat tersebut adalah director company. Lepas pujuk dan cakap baik-baik dengan staff imigresen tu, baru adik ipar Hani dapat kebenaran untuk bawa kereta masuk ke Thailand. Alhamdulillah.. Nasib baik.

Di sini tak semeriah Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam kerana tiada mall atau shopping complex. Pendek kata memang tak ada urusan jual beli langsug di sini. Sebab itu tak ramai manusia yang datang ke sini.

Perjalanan dari Durian Burung menuju ke penginapan kami di Songkhla mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 menjadikan jumlah masa perjalanan kami dari Sik menuju ke Songkhla adalah lebih kurang 4 jam.

Macam biasa lagi, Hani just tidur sahaja dalam kereta. Pantang naik kereta confirm akan tidur. Haha..

Lebih kurang jam 3.00 petang kami selamat tiba di D'Aman Hotel & Resort yang terletak betul-betul di sebelah laut.

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Kami sempat berehat di tepi laut sambil layan angin laut sebelum lunch tapi kami hanya mampu duduk di tepi pantai dan lihat laut sahaja sebab ombak terlalu kuat dan bahaya untuk mandi.

Sebenarnya laut di sini boleh mandi kalau kena pada musim yang sesuai tapi malangnya kami datang ke sini pada musim tengkujuh.

Kesian pula dekat anak buah Hani tak dapat mandi laut. Hanya mampu main ombak ja kat tepi pantai.

Kami makan tengah hari agak lewat di restoren D'Aman Hotel.

Hani tak pasti sama ada kami betul-betul lapar atau makanan di sini sememangnya sedap sebab kami semua makan dengan pernuh berselera sekali sampai tak sempat nak ambil gambar makanan. Masing-masing dah lapar. Macam-macam lauk kami order dan yang pasti tomyam wajib ada. Kensom (Tak pasti ejaan) pun boleh tahan sedapnya dan pedas dia sampai berpeluh-peluh.

Selesai makan tengah hari, kami terus membawa barang-barang kami masuk ke bilik. Abah book rumah yang ada 2 bilik di dalamnya.

Hani rate 2/5 untuk bilik tu sebab pada Hani terlalu basic tanpa sebarang dekorasi. Ruang tamu kosong tanpa sofa atau carpet. Tapi bagus juga. Senang nak hampar tilam atau comforter untuk tidur memandangkan bilik hanya ada 2 sahaja. Mak abah ambil satu bilik, geng perempuan satu bilik dan mangsa yang kena tidur kat ruang tamu haruslah geng lelaki. Haha...

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Lokasi Hotel: 5/5 sebab dekat dengan laut. Best!
Kebersihan Hotel: 3/5 Boleh la. Cuma lantai tu rasa belengas sikit.
Staff: 3/5 Mungkin sebab yang datang ni ramai. So mereka tak menang tangan nak melayan customer.
Fasiliti : 4/5 sebab ada dapur BBQ.. hehe
Keseluruhan: 3/5 

Kalau datang pada musim yang sesuai dan orang tak ramai mungkin much better. Tapi Hani tetap tak serik kalau nak datang ke D'Aman Hotel & Resort lagi lepas ni. Haha

Petang tu kami sempat ke Tesco berhampiran untuk membeli simkad. Murah ja. Dalam 50 Baht. Internet unlimited dan boleh guna selama sebulan. Cukup lah untuk kegunaan kami selama 1 minggu di Thailand.

Lepas beli simkad, kami menuju ke pasar berhampiran untuk membeli barang-barang barbeque malam ni.

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)



Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Rempah ratus ni sedap gila buat perap ayam dengan sotong untuk BBQ. Kami beli dalam pack pack kecil yang harganya dalam 10 Baht satu. 

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Ada macam-macam jenis untuk pelbagai jenis masakan. Boleh guna untuk buat kari, tomyam dan seangkatan dengannya tapi kami hanya guna untuk buat perap ayam, sotong dan ikan. 

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Kami juga ada beli sos cicah makcik ni di sini. Memang sedap. Di Songkhla masih lagi banyak orang Islam dan ada yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu. So kami tak risau sangat untuk dapatkan makanan halal di sini.

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Alat pemanggang tu memang disediakan oleh pihak hotel. Just request dekat pekerja hotel kalau nak guna.

So aktiviti kami malam tu adalah bonding time bersama keluarga sambil menikmati makanan bbq.

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Hari Pertama Road Trip Thailand (Songkhla, Koh Samui dan Hat Yai)

Nahhhhhh... lepas makan kenyang terus terdampar macam ikan paus sambil melayan angin malam di tepi pantai.

By the way, seafood dekat sini memang murah-murah berbanding di Malaysia. Boleh dikatakan separuh dari harga di Malaysia. So, memang mewah la juadah barbeque kami malam ini.

To be continue.....